Sunday, January 1, 2012

Lakaran penghujung 2011

Mata, bila dah pejam maknanya lena yang indah,di ulit mimpi bergurindam dengan kesyaduan yang teramat mendamaikan.Tapi bagi dri ku mata yang tertutup bukanlah istirehat yang damai melainkan kekusutan jiwa dan raga yang sekadar terhenti seketika.Saat mata tercelik lingkaran kekusutan itu pun tersedar dan kembali beralun-alun di benak otak fikiran ku.
Dan di penghujung tahun 2011 kekusutan itu bagaikan berombak seperti "Ombak Rindu yang sedang hangat meruntun jiwa si penggemar panggung wayang.Satu demi satu peristiwa bagai bersusun teratur siap untuk muncul dan terjadi dalam hidup ku, tepat pada bulan Disember penghujung tahun 2011.Segala ruang dalam jiwa dan raga aku telah terisi dan di penuhi oleh sesawang kekusutan dan kegelisahan di penghujung tahun 2011.Menjadi parah bila semua sesawang itu bagaikan menjerut leher lalu menyekat nafas ku pada 31.12.2011.Kawan-kawan dan kenalan semuanya tak henti- henti menghantarkan SMS ucapan selamat tahun baru 2012,dan tiap kali ucapan itu aku baca bagai di rentap-rentap jiwa ku menjadi pilu.
Kerana aku tidak mampu menilai erti sambutan tahun baru dalam suasana begini dan jiwa ku sedang sarat menahan ujian dan dugaan yang maha kuasa Allah swt timpakan pada ketika insan-insan lain sibuk bercerita acara sambutan tahun baru.Namun ku gagahi juga hadapi semua ini.aku tahu tiada siapa tahu dan akan faham deita ini dan betapa sengsaranya aku menanggung semua bebanan ini.Kerana aku tiada siapa-siapa untuk aku suarakan jeritan hati ini.
Mereka yang dekat dan terdekat,saudara atau siapa pun, apa yang mereka lihat pada diri aku ialah seraut wahaj yang tenang,bersih,comel.Selain dari itu mampukah mereka membaca dan menyelami nun jauh sampai kedasar hati ku.
Lalu aku bersujud pada mu yang maha kuasa ya ALLAL SWT, pada mu jua aku tujukan segala pengharapan dan ku serahkan seluruh kelemahan dan ketidak upayaan ku untuk kamu ya ALLAH dengar dan berikan petunjuk jalan keluar dari segala kebuntuan ini..

amin ya rabbal al amin...............................................