Thursday, November 14, 2013

Hutang 1000

Aku ada terhutang rm1k dengan adik Ku yang belom dapat aku lunas man,talk aku dah janji bayar Cara ansur...dah pun aku bayar rm250. Hujung minggu nie insyallah lagi rm250.
Ada pun sebab aku terhutang adalah hari tu duit untuk bayar rawatan Ku xcukup, jsdi terpaksalah aku buka mulut untuk pinjam duit.
Mungkin jug sebab ini kut adik aku dah mulai buat statement fitnah dan marah pads aku.
Kara aku pelakon,pura 2 sakit,minta belas kasihan dan banyak lagi.
Do tambah pula anak sedara Ku yang mmg x
Puas hati, maka ada genglah meka duk asyik mengata aku,

terus melawan sakit

Dulu aku sering memikirkan kematian yang kian mendekat.kini aku kuat dan berani tempuhi semua cabaran ini.walau apa pun rintangan tak kan aku mengalah sebelum melawan.

Wednesday, July 31, 2013

Tamujanji Hospital..

Yesterday approximate 3.30pm i received a call from kak siti from Pusat Kesihatan Kuala Selangor,She told me to come to see her at the centre to collect the hospital form for my Heart CT Scan.... 

Thursday, July 18, 2013

Bacaan CD4 ku semasa meningkat kepada354 berbanding 291 sebelum ini
tetapi bacaan untuk fungsi hati dan limpa ku menunjukkan peningkatan kepada 395,menurut doktor aras bacaan tersebut sudah mencapai tahap bahaya.Walau bagaimana pun belom ada tanda-tanda aku menghidap penyakit hepititis atau kerosakan hati yang teruk.
maka atas saranan doktor aku terpakasa akur pada pendangan agar membuat rawatan lanjut ke Hospital Besar sungai Buloh.Dan doktor telah membuat :Booking Date" untuk aku stay kat wad buat beberapa waktu agar aku dapat melalui saringan demi saringan..
aku juga terpaksa memalui pelbagai rutin pemeriksaan untuk beberapa waktu lagi kerana selepas ini aku akan memulakan rawatan dengan peringkat pertahanan sebelom melalui peringkat melawan...........................

Wednesday, June 5, 2013

Mencari Damai yang Terhakis

Makin hari makin hari singkat waktu yang ada
setiap ruang yang terluang aku mencoba untuk
terus menyedarkan kamu yang jauh tersasar
dari landasan hasrat dan harapan sebenar......

Namun apalah daya ku,suara ku tak mampu mengubah
segala tingkah dan hala tujuan,kemahuan mu terlalu tinggi
sedang tindakan mu tiada berhakikat.........

bagaimana jika nanti perpisahan terjadi jua
walau hati tidak merelakan ia ,namun
tiada lebih baik antara kita selain memilih derita
atau sengsara
kerana kita yang mencipta ruang
tidak memberi ruang demi peluang
juga kita tak berjuang
membiarkan semuanya terbuang
di akhirnya siapa yang di julang
menyesali segalanya tak akan berulang...

Wednesday, March 13, 2013

penyakit kronik

Ketika terjaga dari tidur jarum jam dinding menunjukkn pukul 3:15 pagi,masih terlalu awal untuk memikirkan aktiviti hari ini.Namun itu bukan yang bermain dalam benak fikiran ku ketika itu,sebaliknya adalah kesakitan yang teramat mencengkam dari urat tengkuk sampai kepalaku.Telinga berdenggung-denggung,pandangan mata kabur,urat-urat kejang,badan berpeluh,sendi-sendi sakit di bibir ku cuma mampu mengucapkan kata-kata memuji mu ya Rabbi,ya Rabbi,la illa anta subhanaka ini kuntu minozdholimin..........
Kenapa pagi pagi di subuh hari ku tetap menghadapi kesakitan seperti ini?dan sedikit demi sedikit badan ku susut dek selera makan tiada.Fikiran ku runsing dan tiada tenang dengan jiwa bercelaru kerana memikirkan garangan apakah yang sedang terjadi pada ku.Namun aktiviti harian ku tiada pernah berkurang walau sedikit pun.Ku jadikan kesibukkan harian ku sebagai rutin demi aku dapat melalaikan diri dari memikirkan soal sakit dan kelainan rasa yang sedang melanda tubuh..
Dan akhirnya aku kuatkn diri berjumpa doktor untuk membuat rawatan lanjut,lalu aku pun menjadi bahan uji kaji dan kajian oleh beberapa doktor di Hospital Besar Sungai Buloh.Sampel darah ku ntah dah berapa banyak di ambil untuk tujuan ujian di makmal darah.Namun tiada satu pun yang memberikan keputusan yang menyakinkan mahu pun jawapan tentang apa sebenarnya menghuni didalam tubuh ku.Akibatnya aku berulang alik ke klinik kesihatan Daerah berjumpa dengan Dr.Nora iaitu Doktor pakar yang di beri tanggungjawab  untuk memantau kesihatan ku di daerah.Ini kerana aku menolak dari tinggal di Hospital.Bulan ke 2 keputusan pertama aku perolehi, dari Doktor Nora:keputusan ujian darah memberikan maklumat tentang sifat darah di dalam darah ku yang amat jarang terjadi kepada orang yang normal.Doktor menyimpulkan bahawa aku mungkin menghidapi penyakit LEUKIMIA/HEPITETIS.Selang beberapa hari berikutnya tetiba di awal waktu subuh ketika aku coba bangkit dari tidur,aku merasakan ada yang tidak kena pada bahagian anggota  badan ku terutama di bahagian muka sebelah kanan.Terdapat kesan-kesan lebam,biru dan keadaan yang amat sejuk sangat pada ketika itu.Ya Allah,kenapa muka tak dapat ku gerakkan?
bersambung

Saturday, February 16, 2013

salam sajahtera untuk sekalian.
Hari ini genap 17 hari kesihatan ku betul-betul tak stabil,cuma alhamdulillah jam 3.45 pagi tadi aku terjaga sakit kepala ku agak berkurangan.Namun aku tetap bersyukur kerana di bagi peluang untuk sujud pada Tuhan  yang maha Esa....