Ketika terjaga dari tidur jarum jam dinding menunjukkn pukul 3:15 pagi,masih terlalu awal untuk memikirkan aktiviti hari ini.Namun itu bukan yang bermain dalam benak fikiran ku ketika itu,sebaliknya adalah kesakitan yang teramat mencengkam dari urat tengkuk sampai kepalaku.Telinga berdenggung-denggung,pandangan mata kabur,urat-urat kejang,badan berpeluh,sendi-sendi sakit di bibir ku cuma mampu mengucapkan kata-kata memuji mu ya Rabbi,ya Rabbi,la illa anta subhanaka ini kuntu minozdholimin..........
Kenapa pagi pagi di subuh hari ku tetap menghadapi kesakitan seperti ini?dan sedikit demi sedikit badan ku susut dek selera makan tiada.Fikiran ku runsing dan tiada tenang dengan jiwa bercelaru kerana memikirkan garangan apakah yang sedang terjadi pada ku.Namun aktiviti harian ku tiada pernah berkurang walau sedikit pun.Ku jadikan kesibukkan harian ku sebagai rutin demi aku dapat melalaikan diri dari memikirkan soal sakit dan kelainan rasa yang sedang melanda tubuh..
Dan akhirnya aku kuatkn diri berjumpa doktor untuk membuat rawatan lanjut,lalu aku pun menjadi bahan uji kaji dan kajian oleh beberapa doktor di Hospital Besar Sungai Buloh.Sampel darah ku ntah dah berapa banyak di ambil untuk tujuan ujian di makmal darah.Namun tiada satu pun yang memberikan keputusan yang menyakinkan mahu pun jawapan tentang apa sebenarnya menghuni didalam tubuh ku.Akibatnya aku berulang alik ke klinik kesihatan Daerah berjumpa dengan Dr.Nora iaitu Doktor pakar yang di beri tanggungjawab untuk memantau kesihatan ku di daerah.Ini kerana aku menolak dari tinggal di Hospital.Bulan ke 2 keputusan pertama aku perolehi, dari Doktor Nora:keputusan ujian darah memberikan maklumat tentang sifat darah di dalam darah ku yang amat jarang terjadi kepada orang yang normal.Doktor menyimpulkan bahawa aku mungkin menghidapi penyakit LEUKIMIA/HEPITETIS.Selang beberapa hari berikutnya tetiba di awal waktu subuh ketika aku coba bangkit dari tidur,aku merasakan ada yang tidak kena pada bahagian anggota badan ku terutama di bahagian muka sebelah kanan.Terdapat kesan-kesan lebam,biru dan keadaan yang amat sejuk sangat pada ketika itu.Ya Allah,kenapa muka tak dapat ku gerakkan?
bersambung