Thursday, April 5, 2012

Hari yg xde air...

Kali ini kita bicara soal xde air....
air tang mana yg xde tu?ntah semua bahagian dlm hdup manusia ini perlukan air,ermm xkiralah baik yang kecik atau pown besar tetap nkkn sesuatu yang bernama air......air seorg budak ialah bilan dapat susu,air sang remaja ialah bila dah berumur 13 atau 15tahun.bagi orang dewasa plak air meka sangat banyak maksudnya....
air yang paling powere ialah yang dapat menghasilkan benih untuk kelangsungan generasinye
ermmm cam betul aje, statesman aku nie..tp mmg ia pun jk sorg dewasa dah ada air yang di namakan air 'mani' ......
Tapi ari nie aku nk ceta yg cafe aku sehari suntuk air xde,ada pun mcm kencing budak2 aje kuar dari paip..ermmmm jd mangsa staf2 aku sebab kena angkut air dari paip utama kt depan cafe....
banyk jg lah kami angkut air untuk ari nie......smpi ke malam air cam jg air..im so stressed because air xde nie...

Monday, March 5, 2012

PASAL BUAT LOAN...

Mungkin aku benar2 merajuk

Terasa benar sakit hati ku,terasa benar aku merajuk dan berjauh hati......mungkin itulah kata2 yang amat sesuai untuk menjelaskan perasaan ku ketika ini.Ketika dia melangkah mendekati aku,jauh di sudut hati ku tiada terdetik pun perasaan terhadapnya.Seperti aku cuma melihat bayangan seseorang yang terlalu asing tetapi tidak menarik perhatian ku.
Dia pun mula berkata-kata seperti mengalunkan madah dan lantunan puisi kata yang berbaris-baris.Tapi tiada satu pun yang mampu menarik perhatian ku untuk mengikuti jalan cerita dia itu.Semacam ada isi harapan,impian,pelan dan perancangan masa depan.....ntahlah aku langsung xamik kisah pun patah-patah kata dari dia.
Ya,adakala aku menyampuk dan mencelah tapi itu sekadar untuk menokok tambah cerita,namun nun jauh kedasar hati ku sedang menjerit:persetankan semua kata-kata mu.............Aku telah menjadi pendendam pada kamu,aku sudah jadi merajuk pada kamu,aku sudah tiada perasaan pada kamu.maaf juga ku katakan yang aku sudah semakin melupakan kamu......

Wednesday, February 29, 2012

jika terlajak ke kuala selangor sila lah rajin2klann diri singgah.....

kemalangan kecil

Lama dah aku menyepaikn diri dari melontarkan idea dan ilham dalam laman blog ku ini,bzz atau mmg malaz nk luah rasa kut.
ermmmm baru-baru nie aku ada ceta yg nak aku share dgn korg semua.sebab ceta nie adalah aku dan diri aku yang terlalu excited nk jadi motot rider balik.maklumlah dah 2 tahun duk terpuruk kat umah.dapat aje kekuatna untuk ride motor ,apa lagi aku pun makin jauh berjalan.tp bukan kemana pun cuma gi tesco untuk beli barang2..
tapi pada hari ahad yang lepas aku terlalu syok sampi terlupa yang aku belom 100% lagi sihat dan pulih dari xcdnt 2 thn yang lepas.tu lah pasal sdg elok naik motor,tetiba kaki kanan ku terjatuh dan tersandung kt jalan tar....ya allah betapa sakitnya terus aku rasa kebas dan xboleh bergerak.tp syukur aku bukan jeni syang mudah penik.jadi aku perlahan kn motor dan stop utk seketika. aku berckp pd diri ku yang aku mampu hadapi semuia ini....aku dah biasa sakit.tp dapt aku rasakan mcm lutut aku longgar dan terkulai jatuh xleh nk gerak.......
mmg betul pun smpi aje depan cafe aku tyerus aku jerit kt budak2 minta tlg turun dr motor dan meka pun pimpin aku turun dari motor.rupa2 lutut aku dah jd belon bengkak dan jd hitam serta merta.
akibatnya seharian aku cuma mampu duduk dan terbaring menahan kesakitan.

Sunday, January 1, 2012

Lakaran penghujung 2011

Mata, bila dah pejam maknanya lena yang indah,di ulit mimpi bergurindam dengan kesyaduan yang teramat mendamaikan.Tapi bagi dri ku mata yang tertutup bukanlah istirehat yang damai melainkan kekusutan jiwa dan raga yang sekadar terhenti seketika.Saat mata tercelik lingkaran kekusutan itu pun tersedar dan kembali beralun-alun di benak otak fikiran ku.
Dan di penghujung tahun 2011 kekusutan itu bagaikan berombak seperti "Ombak Rindu yang sedang hangat meruntun jiwa si penggemar panggung wayang.Satu demi satu peristiwa bagai bersusun teratur siap untuk muncul dan terjadi dalam hidup ku, tepat pada bulan Disember penghujung tahun 2011.Segala ruang dalam jiwa dan raga aku telah terisi dan di penuhi oleh sesawang kekusutan dan kegelisahan di penghujung tahun 2011.Menjadi parah bila semua sesawang itu bagaikan menjerut leher lalu menyekat nafas ku pada 31.12.2011.Kawan-kawan dan kenalan semuanya tak henti- henti menghantarkan SMS ucapan selamat tahun baru 2012,dan tiap kali ucapan itu aku baca bagai di rentap-rentap jiwa ku menjadi pilu.
Kerana aku tidak mampu menilai erti sambutan tahun baru dalam suasana begini dan jiwa ku sedang sarat menahan ujian dan dugaan yang maha kuasa Allah swt timpakan pada ketika insan-insan lain sibuk bercerita acara sambutan tahun baru.Namun ku gagahi juga hadapi semua ini.aku tahu tiada siapa tahu dan akan faham deita ini dan betapa sengsaranya aku menanggung semua bebanan ini.Kerana aku tiada siapa-siapa untuk aku suarakan jeritan hati ini.
Mereka yang dekat dan terdekat,saudara atau siapa pun, apa yang mereka lihat pada diri aku ialah seraut wahaj yang tenang,bersih,comel.Selain dari itu mampukah mereka membaca dan menyelami nun jauh sampai kedasar hati ku.
Lalu aku bersujud pada mu yang maha kuasa ya ALLAL SWT, pada mu jua aku tujukan segala pengharapan dan ku serahkan seluruh kelemahan dan ketidak upayaan ku untuk kamu ya ALLAH dengar dan berikan petunjuk jalan keluar dari segala kebuntuan ini..

amin ya rabbal al amin...............................................