Tanggal 6/10/2010
Aku bersendirian ke Klang terus ke destinasi pertama iaitu Amway Branch untuk mendapatkan bekalan ubatan dan juga vitamin supplement.Jam 11 pagi aku dah sampi ke Bukit tinggi Klang. Dengan menggunakan Kaenderaan Awam aku terpaksa beransot-ansot dan bertongkat aku gagahi juga untuk melangsaikan matlamat ku.
Selesai di Bukit Tinggi, aku terus ke destinasi ke dua iaitu Pusat Klim Takafuk ikhlas Bangsar South, Bangsar Avenue.Dengan menaiki Bas city liner aku memulakan langkah longlaiku.Bila di depan ku terpampang bangunan Midvelly aku pn berhenti turun.Dari Midvelly aku menaiki Teksi ke Bangsar South.Dah sampai ke lokasi tujuan, rupa-rupanya kena tutun naik tangga lagi dan berjalan yang amat memenatkan untuk ke menara Takaful.Dengan sikap positif dan penuh reda juga tawakal aku menghayunkan langkah kaki ku untuk bertanya satu demi satu arah dan tempat yang betul sehinggalah ke kaounter daftar.
UHHH!! ingatkan dah selesai sudah urusan, rupa-rupanya bertambah banyak dan makin rumit tapi dek kerana sikap pegawai pelanggan yang ramah dan sanggat supportive maka aku jadi tambah bersemangat.Dah faham dan di beri panduan juga nombor dan orang untuk rujukkan maka aku pun bergerak ke lokasi terakhir ku.
PUSAT ISLAM Kuala Lumpur sasaran ku seterusnya,dengan kehulu hilir aku bawa diri dengan tongkat ku berusaha mendapatkn teksi atau bas intra kota.Untung lah dapat Teksi dan tau arah yang aku minta di hantar.jam 3.30 baru aku solat zohor pas tu aku menghubungi pula tn hj Zainal Abidin untuk menyatakan aku dah dalam perjalanan ke pejabat beliau....
Hendak ke pejabat tn Hj.lagilah rumit...faham2 ajelah struktur binaan Pusat Islam kuala Lumpur tu.??bertingkat-tingkat dan berlapiss-lapis sangat,lepas aku panjat 2 tangga yang curam tetiba saja bintang2 dan deruan2 muncul.
Dah xlarat aku pun buat strategi untuk membuat panggil kecemasan pd al-fadhil tn haji zainal untuk berjumpa di lokasi yang mudah.Dah tuan bg arahan aku pun ikutlah apa yang di suruh.
perrh lagi satu kesilapan teknikal.Aku naik menara yang salah,di mana pada waktu itu ada sesi uji bakat untuk stesan al-hijrah,adalah mamat tue yang minta aku isi borang untuk uji bakat...
ahhh!!! dengan bertongkat apa hal pula aku nk masuk uji bakat....maka aku pun terpaksa ke laluan hadapan.Dalam hujan aku rempuh jua titisan hujan yang agak lebat dan membasahi tubuh ku.Naik lif untuk ke tingkat 2, di depan pintu aku di tagur oleh seorng mamat,aku pn ckp ada tamu janji dengan tn.haji zainal..maka meka bawa aku ke tgkt 3 dan biarkan aku terjelepuk di ruangan menanti kira2 30 minit.Rupa2nya skali lagi aku tersalah distinasi..apa nk buat kita dah tanya tp rupa2nya ada 2 orang yg bernama hj.zainal dan pangkat yg sama cuma bhg saja berbeza.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment