Sunday, May 29, 2011

Berkursus di Homestay Sg.Rambai Melaka

28/5 perjalanan dari kuala selangor bermula dari jam 9.2o pagi,highway agak sesak sepanjang jalan ini menyebabkan perjalanan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 jam.
lebih kurang jam 3.30 ptg kami tiba di destinasi yang di tuju,panas,letih dan tak selesa memang benar- benar mencabar tahap ke kesabaranku.
Bilik pula belom ada,tempat nk membasahkan tekak dengan air sejuk pula tak ada,matahari perit membakar.aturcara majlis kelam kebut.no system so dalam keadaan penat letih panas dan lapar aku terpaksa ikut aja arahan demi arahan yang di beri kan.....
Dormnya pula sangat daif,toilet tak ada yang jenis duduk semuanya cangkung,bilik dorm tak ada siling, cuma guna atap zink,kipas tak rasa langsung angin.tilam nipis gila.Di dewan terbuka untuk seminar pula kipas tak cukup, terbuka seluas-luasnya.kereta dan orang yang lalu lalang sangat-sangat menganggu tumpuan kita.tiada air sejuk yang di sediakan toilet ermmmmm sangat tak selesa.....
bab makanan lagilah teruk....dewan makan sempit,tak cukup tempat duduk,panas dan sejuta macam lagi hal yang tidak memuaskan hati.Sebab program ini berbayar guna wang poket kami sendiri.jadi memanglah hati takkan reda begitu saja dengan keadaan yang terpaksa kami/saya hadapi.
Tapi demi niat untuk mendapat ilmu dan mencari sesuatu yang dapat membantu masa depan yang cermarlang dan gemilang aku/ kami tabahkan hati dan belajar menerima segala keperitan dan kekurangan yang terbentang......
Pada saya banyak tempat HOMESTAY yang telah saya kunjungi dan lawati sebagai lokasi untuk program-program yang kami adakan terutama di seluruh negeri selangor, maka pada mereka yang hendakkan ilmu dan kemahiran untuk menguruskan atau mengujudkan HOMESTAY mereka kena belajar di beberapa tempat HOMESTAY yang terdapat di negeri selangor.....

Tuesday, May 17, 2011

Meka cuma tau aku ada duit........

Tak kuasa dah aku nak layan meka-meka nie,asyik-asyik bila telefon atau sms pasti tak lain yang meka nak ialah duit.Mak bapa suami isteri semuanya sama,meminta-minta adalah tabiat yang pada mereka biasa saja.
Mereka tak pernah fikir keadaan ku dan kesukaran yang sedang aku tanggung,dengan suka hati dan bersahaja mereka meminta itu dan ini pada aku.Apa sebenarnya yang mereka fikirkan pada aku? apakah aku di mata fikir sentiasa punya wang berjuta-juta dan wang itu aku tiada keperluan untuk di gunakan?apakah pada mereka aku ini tiada langsung keperluan seharian untuk di beli atau pada mereka aku terlalu kaya dan mewah sehinggakan tiada hari pada aku tanpa masalah wang?....
Apakah wang ringgit yang aku ada dia meke anggapa harta meka? apakah susah payah aku berkerja siang malam nanti hasilnya untuk mereka?apakah semua yang aku miliki ini masti aku kongsi dengan mereka....
aku bukannya berkira dan bersifat kedekut pada sesiapa pun jua,tapi aku rasa aku sudah terlalu baik pada mereka.banyak permintaan metreka yang telah aku tunaikan walaupun ada kalanya aku lebih memerlukan dari mereka.dan semua ini tak akan berpanjangan selamanya begini,kini aku harus berpaksi pada keperluan pada diri ku dan tak akan mengabaikan kebajikkan diri ku.

Monday, May 9, 2011

aku jadi pemalas

huhuhuhuhuhu......
malasnya nak abiskan hari ku pada hari ini,aktiviti dan komitmen terlalu banyak untuk di laksana kan dalam satu masa.keletihan ini kadang-kadang menjadikan aku terlalu lembab dan lambat untuk bergerak kehadapan.....
projek nak setup outlet butiqe,restoran masih dalam mind mapping lagi....