Sunday, May 29, 2011

Berkursus di Homestay Sg.Rambai Melaka

28/5 perjalanan dari kuala selangor bermula dari jam 9.2o pagi,highway agak sesak sepanjang jalan ini menyebabkan perjalanan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 jam.
lebih kurang jam 3.30 ptg kami tiba di destinasi yang di tuju,panas,letih dan tak selesa memang benar- benar mencabar tahap ke kesabaranku.
Bilik pula belom ada,tempat nk membasahkan tekak dengan air sejuk pula tak ada,matahari perit membakar.aturcara majlis kelam kebut.no system so dalam keadaan penat letih panas dan lapar aku terpaksa ikut aja arahan demi arahan yang di beri kan.....
Dormnya pula sangat daif,toilet tak ada yang jenis duduk semuanya cangkung,bilik dorm tak ada siling, cuma guna atap zink,kipas tak rasa langsung angin.tilam nipis gila.Di dewan terbuka untuk seminar pula kipas tak cukup, terbuka seluas-luasnya.kereta dan orang yang lalu lalang sangat-sangat menganggu tumpuan kita.tiada air sejuk yang di sediakan toilet ermmmmm sangat tak selesa.....
bab makanan lagilah teruk....dewan makan sempit,tak cukup tempat duduk,panas dan sejuta macam lagi hal yang tidak memuaskan hati.Sebab program ini berbayar guna wang poket kami sendiri.jadi memanglah hati takkan reda begitu saja dengan keadaan yang terpaksa kami/saya hadapi.
Tapi demi niat untuk mendapat ilmu dan mencari sesuatu yang dapat membantu masa depan yang cermarlang dan gemilang aku/ kami tabahkan hati dan belajar menerima segala keperitan dan kekurangan yang terbentang......
Pada saya banyak tempat HOMESTAY yang telah saya kunjungi dan lawati sebagai lokasi untuk program-program yang kami adakan terutama di seluruh negeri selangor, maka pada mereka yang hendakkan ilmu dan kemahiran untuk menguruskan atau mengujudkan HOMESTAY mereka kena belajar di beberapa tempat HOMESTAY yang terdapat di negeri selangor.....

1 comment:

  1. sabar je lh bang oi.... x sume yg wat homestay tu cukup ilmunye... :)
    btw, cmne kursusnye... pengisiannya ok x...

    ReplyDelete