Salang beberapa hari lagi iaitu lebih kurang 3 hari umat islam di seluruh pelosok duina akan menyambut bulan rahmat,bulan keampunan dan bulan sangat istimewa diantara bulan-bulan yang ada dalam kalendar islam.Di dalam bulan ini terlalu banyak pengurniaan yang Maha Pencipta Allah SWT berikan kepada umatnya.Oleh yang demikian bukankah molek bagi kita memikirkan aspek kesihatan dalam menampuh suasana ramadhan yang panas,letih dan lesu ini.Dalam hal ini iaitu pemilihan jadual pengambilan,menu dan penyediaan makanan adalah antara hal-hal yang patut diambil kira.
1.Jadual pengambilan makanan:
Berkaitan dengan masa yang tepat atau sesuai bagi dua waktu iaitu sahur dan juga beriftar.
2.Menu (kepelbagaian) makanan.
Bijak dalam memilih jenis makanan yang sesuai bagi menampuh tempoh berpuasa.
3.Penyediaan makanan.
Kaedah atau pun cara memasak makanan agar tetap segar dan berkhasiat.
Tidak di nafikan pemilihan menu makanan yang berasaskan pemakanan sunnah sangat-sangat di anjurkan.Selain sebagai cara mendapat pahala kerana menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW insyallah,setidak-tidaknya kita ada kelpebagaian dalam menu.Namun sebagai mesyarakat Malaysia yang punya selera dan rangkaian resipi yang tak terbilang banyaknya sudah tentu,tak terlepas dari menikmatinya.Terutamanya di bulan ramadhan resipi-resipi tradisi ini kadang-kadang menjadi sangat eksotik dan istimewa.Namun jangan lupa apa pun nama dan kaedahnya perlu juga kita ambil kira beberapa faktor seperti di atas agar pemakanan di bulan puasa ini menapati konsep ramadahan al-mubarak.Ianya bukan semata-mata pesta makanan dan minuman atau puan sisi menyelongkar menu- menu lama tetapi memikirkan bahawa makan dan minum itu untuk tujuan kesihatan yang optimum agar kita punya kelangsungan tenaga dan semangat menjalani ibadah puasa.
No comments:
Post a Comment