Friday, September 4, 2015

Assalamualaikum....

Ntah ada lagi tak orang yang follow blog aku nie?lama sangat dah aku tak update apa-apa dalam nie.Rasa macam dah bersawang dan penuh rumput rumpai kat dalam lama blog nie.Tapi tiba-tiba pula aku ada idea dan minat nak coretkan sesuatu.

Ceritanya tak adalah havoc sangat pun cuma nak share pasal kisah tadi pagi,masa dalam perjalanan ke Bangi dengan kawan satu pejabat untuk majlis bacaan surah al-khafi di tapak pelancaran jualan perumahan fasa 3 Bangi Tambahan.ermmmmm.....nak kisahkan hal tadi tu dalam satu kereta kami berkongsi naik kereta syarikat 3 kaum ibu dan 2 kaum bapa.Dah macam lumrah lah kalau kaum ibu lebih dari 2 orang memang merekalah yang dominan kan suasana dari awal sampi akhir.

Cuma topik cerita mereka tak ada yang sangat kepada gossip dan hal-hal yang tak menfaat langsung.ianya berpusing-pusing dari hal keluarga masing-masing,pekerjaan sosial dan ekonomi juga.Cuma kadang-kadang terasa lucu dan rasa nak menyampuk sebab ada bab-bab yang di ulas itu tak relevan sangat.

Oleh itu setinggi mana pun pendidikan atau pangkat seorang wanita apabila berbual-bual pasal topik tertentu mereka mudah tergelincir dari asas yang sepatutnya.Maka sang lelaki selaku pendengar hendaklah menjadi kayu pembaris dan meletakkan mereka semula kepada fakta dan isu yang kalau pun tak tepat,sekurang-kurangnya bukan yang fitnah.

sekian.

No comments:

Post a Comment