Friday, November 30, 2012

BIL,BIL,bil tu aje bila smpi ujung bulan..

    Bila dah masuk ujung bulan semua hal diatas akan jadikan rutian harian kita  serebut.Satu demi satu kena settlekan,kadang-kadang tak cukup hari di buatnya.Tapi itu bukan permasalahan utamanya,kerana ianya cuma perlu kn sedikit ruang dan kelapangan untuk selesaikan semua.Walaubagaimana pun bagi diri ku ada sedikit herok' kata org perak!!! kacau kata budak2 urban sebab keadaan fiziklal ku yang tidak sempurna. pergerakkan dan kebolehalihan ku yang agak terbatas kadang-kadang menghadkan aku bergerakkan melunaskan semua tuntutan  meyelasaikan bil,bil yang bertunggak........
    so dalam masa 2 minggu nie akau akan gagahkn diri untuk settlekan semua bil.2yang tertunggak..nak atau xnak tak ada org lain yang mampu lakukan melainkan aku sendiri jua..walau pun aku tengah berdepan dengan kekangan dari pihak bank yang masih buat sekatan akaun ku kerana di percayai org yang membuat cubaan mencuri duit dalam akaun ku akan coba melakukannya sekali lagi, dan pihak bank percaya mereka akan menangkap suspek tersebut dalam waktu yang terdekat dengan bantuan pihak polis.Dengan cara berdikit-dikit aku akan bayar semua bil2 yang perlu aku bayar.....
sekian.....
buat kata semangat untuk diri sendiri..

     


Thursday, November 29, 2012

Merindui sesorg Tuhan temukn ssorg w/lau cuma seketika

Ermmm nie dia insan yang sgt aku syg,nama dia hayad,panggilan mesranya adalah angah.Tau x why aku sgt sygkn dia.bukan sbb2 yang songsang dan sebaliknya,tetapi dia adalah anak angkat yang aku jaga berpuluh tahun lamanya.dari umur 12thn sampi dah bujang dan besar panjang aku abiskn umur ku bersama angah....
banyak memory pahit manis kami telah kongsi bersama,budi baiknya juga tetap akan ku kenang,walau pun ada juga nakalnya yang kadang2 sangat melukakan hati seorang abang/abah.Tapi akhirnya Angah dah bawa haluan sendiri.dan aku redha dgn ketentuan Allah.mungkin itu terbaik untuk dia....
Nie pula Zul,budak kelantan yang sempat aku jaga selama 3 bulan aje,aku terpaksa reda sbb alasan undang2.Namun aku juga bersyukur kerana ahli fmly dia berjaya meyakinkn dia untuk menyambung semula pelajaran.
nie pula Arip,budak part time keja kat cafe aku......keserasian kami mmg cepat tercipta,sejak aku kehilangan 2 org budakj di atas tu,aku mmg kurang rapat dengan mana2 budak.Aku jadi terlalu pasif dan dingin dalam persahabatan.Namun Arip mmg boleh buat aku lupa semua itu kerana dia kdg2 mengingatkan aku pada Angah.Kadang2 aku sedang berbual2 dan berkomunikasi dengan Angah..kerinduan ku pada Angah terlerai bila Arip masuk keja.Ntah nape jadi cam tu,yang pasti Arip mengingakt aku pada Hayad aka Angah..

Saturday, November 17, 2012

Tamak dan bodoh akhirnya makan diri

Salam sajahteRA PADA KALIAN YG RAJIN IKUTI BLOG AKU NIE......

 Kali ini aku nk bawakn kisah yg berlaku depan Cafe aku siang tadi.Kira2 jam 11.30pg td tiba2 aku dengar kecoh kat luar cafe aku.Dengan perasaan ingin tau aku pun jenguk lah kt luar.Dari depan cafe aku nampak tauke India kedai runcit memulakan drama jerit2 dan mcm wayang tamil, tu laa..faham2 aje lah jika puak2 tu dah bersuara..ermmmmmm 1 kg riuh dan kecoh d buatnya.

Dari jauh aku lihat sorg pkcik sedang memeggang kolar baju sorg mamat yg pakai baju warna biru suar short putih...yang anak si tuke india tu ntah apa2 ntah terpekik2 mcm kena sawan..over sgt......puas aku nk faham smpi aku bertafakur seketika baru dpt fhm situasi yg berlaku....
Rupanya Mamat yang abg melayu peggang tu di tangkap oleh pemilik kereta(tauke india) ketika cobaan mencuri kereta.Padan muka hang yang hang nk buat keja jahat siang2 hari kt publik area nie sape suruh! kann dah mendapat .
     Dah tau hal cerita sebenarnya aku pun bawa diri lah,malaz lah nk amik pot kt hal tauke india tuuuuu..dulu aku terkena da.nnt ntah2 dia nk sabitkn aku plak.mana tau otak mereng dia buat hal.......
Apa2 pun keselamatan harta benda kita kena jaga juga,kena amik sepenuh perhatian dan sedaya upaya utk mengelakkan hal2 yang tak elok terjadi..
sekian

Wednesday, November 7, 2012

Demam kudis KAYAP'


Inilah 2 pic yang menunjukkn sakit Demam Kudis KAYAP yang aku alami baru-baru nie.Sejenis demam yang baru pertama kali aku alami dan tahu bahawa penyakit begini pun ujud dalam dunia kecanggihan sains.
Bagaimana rasanya demam nie? nak tau?,ok sedikit info untuk kita kongsi bersama,moga2 ianya jadi panduan yang berguna jika suatu hari anda atau salah seorang dari terdekat dengan kita terkena jangkitannya.
   Tanda2 awal jangkitan ini menjangkiti ialah suhu badan naik panas mendadak,hilang selera makan,sendi2 badan sakit dan lemah,sejuk dan panas silih berganti,naik ruam2 di badan,ulser kat mulut.akhir sekali tumbuh kudis2 yang berair seperti melecur di beberapa bahagian badan tertentu.
Kudis2 tersebut sangat pedih,panas dan sakit walau cuma bersentuh dengan kain baju yang kita pakai.bahkan urat2 badan,saraf2 badan pun mengalami efeksi yang sama ,ini menyebabkan badan sangat lemah,letih dan tak bermaya.kepala berdenyut2,mata sakit seperti nak terkeluar,telinga berdenggung  sekejap rasa sejuk sampai menggigil sekejap rasa panas pula.
    Jika orang yang terjangkit adalah dari seorang yang lemah dan suka melayan demam maka dia tak kan mampu bangkit walaupun sekadar beralih dari tempat tidur.Jadi bagaimana aku menghadapi badai sakit demam kayap ini?Pada minggu pertama memang sakit dan aku menjadi lembik,sebab memang sakit dan serba serbi bisa,walau cuma menyentuh kulit tangan...
Namun lambat laun aku jadi biasa dengan melawan rasa sakit secara terus aktif dan banyak minum air dan melakukan aktiviti yang biasa aku laku kan seharian.
Dari segi perubatan pula,aku  berusaha mendapatkan kaedah sains moden dan juga cara islamik alternatif. sbb jika mitos dan kepercayaan orang-orang tua.sakit kayap akan mudah di rawat dengan meminta janda yang berkhawin semula dengan lelaki bujang.Caranya ialah janda tersebuat akan mengunyah siri,kapur dan gula melaka lalu meludah(menyembur) ke tempat yang terkena jangkitan.Ianya juga di sertai dengan bacaan2 jampi atau doa2 tertentu.Ermmmm......geli juga bila diingatkan tapi apalah salah mencuba jika ianya akan memberi kesan penyembuhan pada sakit yang aku alami.
Dari segi kos rawatan pula,dengan klinik swasta aku terkena sampai rm351 sekali rawatan.ubat2an yang di bagi ciput aje.Manakala dengan cara tradisional aku bagi rm80,kira ikut ikhlas hati nak bagi.Akak tu pun dtg dari jauh,dah waktu malam.so aku rasa berbaloi lah ye jumlah tu....
nnt lah aku smbg lagi cerita kayap nie.....bz plak!!!