Wednesday, November 7, 2012

Demam kudis KAYAP'


Inilah 2 pic yang menunjukkn sakit Demam Kudis KAYAP yang aku alami baru-baru nie.Sejenis demam yang baru pertama kali aku alami dan tahu bahawa penyakit begini pun ujud dalam dunia kecanggihan sains.
Bagaimana rasanya demam nie? nak tau?,ok sedikit info untuk kita kongsi bersama,moga2 ianya jadi panduan yang berguna jika suatu hari anda atau salah seorang dari terdekat dengan kita terkena jangkitannya.
   Tanda2 awal jangkitan ini menjangkiti ialah suhu badan naik panas mendadak,hilang selera makan,sendi2 badan sakit dan lemah,sejuk dan panas silih berganti,naik ruam2 di badan,ulser kat mulut.akhir sekali tumbuh kudis2 yang berair seperti melecur di beberapa bahagian badan tertentu.
Kudis2 tersebut sangat pedih,panas dan sakit walau cuma bersentuh dengan kain baju yang kita pakai.bahkan urat2 badan,saraf2 badan pun mengalami efeksi yang sama ,ini menyebabkan badan sangat lemah,letih dan tak bermaya.kepala berdenyut2,mata sakit seperti nak terkeluar,telinga berdenggung  sekejap rasa sejuk sampai menggigil sekejap rasa panas pula.
    Jika orang yang terjangkit adalah dari seorang yang lemah dan suka melayan demam maka dia tak kan mampu bangkit walaupun sekadar beralih dari tempat tidur.Jadi bagaimana aku menghadapi badai sakit demam kayap ini?Pada minggu pertama memang sakit dan aku menjadi lembik,sebab memang sakit dan serba serbi bisa,walau cuma menyentuh kulit tangan...
Namun lambat laun aku jadi biasa dengan melawan rasa sakit secara terus aktif dan banyak minum air dan melakukan aktiviti yang biasa aku laku kan seharian.
Dari segi perubatan pula,aku  berusaha mendapatkan kaedah sains moden dan juga cara islamik alternatif. sbb jika mitos dan kepercayaan orang-orang tua.sakit kayap akan mudah di rawat dengan meminta janda yang berkhawin semula dengan lelaki bujang.Caranya ialah janda tersebuat akan mengunyah siri,kapur dan gula melaka lalu meludah(menyembur) ke tempat yang terkena jangkitan.Ianya juga di sertai dengan bacaan2 jampi atau doa2 tertentu.Ermmmm......geli juga bila diingatkan tapi apalah salah mencuba jika ianya akan memberi kesan penyembuhan pada sakit yang aku alami.
Dari segi kos rawatan pula,dengan klinik swasta aku terkena sampai rm351 sekali rawatan.ubat2an yang di bagi ciput aje.Manakala dengan cara tradisional aku bagi rm80,kira ikut ikhlas hati nak bagi.Akak tu pun dtg dari jauh,dah waktu malam.so aku rasa berbaloi lah ye jumlah tu....
nnt lah aku smbg lagi cerita kayap nie.....bz plak!!!

No comments:

Post a Comment