Friday, July 30, 2010

3 Bujang Tayang Body

Depan sekali tu namanya hayad atau panggilnan mesranya angah,tu yang ade tualaa kat bahu tu johari tapi lebih mesra dgn jojan aje,yang ade tuala hitam tu tak lain tak bukan akulahhh....
Aku sebagai abang sulong mereka,angah aku dah bela dari umur 13 tahun lagi.Dah ku anggap anak aku dah,semua perkara aku lebihkan angah dari ku.
Jojan pula mula duk dengan aku tahun 2008,bermula dari laman sosial kami jadi rapat sebab aku rasa terpanggil untuk membantunya.pada waktu itu jojan ada masalah tempat tinggal untuk
tahun akhirnya di sebuah pusat pengajian awam tempatan.Kerana aku pun jaraang duk rumah sebab tuntutan kerja aku bagilah jojan jaga rumah aku.
Kini mereka dah ada kerjaya masing-masing ape yang terdaya aku bantu telah pun aku buat. jika mereka masih ingat susah payah ku dalam membantu mereka terima kasih.jika terlupa harap-harap mereka tetap berjaya dalam hidup mereka.

MEMORI TGL DI ASRAMA...

Tinggal di asrama adalah antara cebisan kenangan yg terindah buat diri ku.Aku boleh berdikari
aku jumpa ramai kawan dari pelbagai suku kaum dan agama,aku lebih fokus dalam pelajaran ku dan aku rasa di asrama fikiran ku lebih cepat matang.

Wednesday, July 28, 2010

99 nama2 Allah swt di tapak tangan anda......


teruslah berjalan di muka bumi Allah swt ini dengan membuka mata hati mu..lihatlah betapa maha kuasanya ciptaan Allah.swt....

Berbangga dengan PENACAPAN sahabat ku.

Sengaja aku amik topik ini sebagai ulasan minda pada kesempatan kali ini.Bukan apa sekadar mempelbagaikan corak dan rentak pengisian laman blogg ini.Biar nanti ada orang yang terbuka dan terbuka hati untk mengikuti ulasan demi ulasan merasakan bahawa blogg ini tidak terlalu bersifat aku dan keakuan ku semata-mata.
Tercetusnya idea untuk mengulas cerita ini kerana tadi malam lebih kurang jam 9.15 aku sempat menonton rancangan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang disiarkan di Tv1.
Tiba-tiba dalam sorotan lensa kamera yang bergerak-gerak itu aku terpandang satu wajah yang aku begitu kenal.Beliau yang ku maksudkan ialah al-fadhil ustaz Mohd.Farid Ravi,tokoh ilmuan pensyarah dan pakar dalam al-quran negara kita.
Rasa bangga dan bersyukur tiba-tiba menguntum di hati ku, rasa sayu pun terselit juga lantaran tiba-tiba memori zaman remaja terimbas kembali.Institiut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) pengkalan Chepa kota Bharu Kelantan tahun 1992,itulah tempat aku mula-mula berke nalan dengan Farid Ravi.Aku mendaftar 3 bulan lebih awal dari beliau,tetapi oleh kerana beliau dah ada asas dan sijil pengajian islam di Institut Latihan Dakwah Keningau Sabah ( PLDK) maka bila mendaftar di IDIP beliau terus melompat kelas tahun 2.
Sepanjang pengalaman dan pengamatan aku terhadap beliau ialah selaian dari seorang pelajar yang rajin,bijak,suka berlawak beliau juga suka menjadi imam bila tiba waktu solat berjemaah di surau.Minat beliau pada bidang al-quran memang begitu ketara apabila dia dengan beberapa kawan rapatnya sanggup meredah malam dan berkayuh dengan basikal berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk mendalami ilmu terannum al-quran.
Antara lain kenangan ku dengan beliau ialah aku selalu menjadikan beliau sebagai mentor untuk memeriksa hafalan al-quran ku, menjadi pasangan dalam majlis tadarus al-quran tiap-tiap selepas subuh,juga tempat aku belajar tulisan jawi.Sebab khat dan tulisan jawinya cantik dan kemas manakala tulisan jawi aku,kadang-kadang aku sendiri pun tak faham.
Pernah dalam satu aktiviti anjuran pihak institiut,aku dengan beliau ikut sama dalam pertandingan perujian tilawah al-quran dan pertandingan pidato.Tak sangka kedua-dua per tandingan ini aku berjaya jadi juara dan dapat mengalahkan beliau.Tapi itu cerita dulu,kisah di mana semua orang kenal aku dengan budak cerdik,pintar,genius.Sebab masa itu hafalan aku dalam al-quran boleh mengalahkan pelajar tahun akhir,markah peperiksaan aku tak pernah jatuh dari 90% dan macam-macam lagi pencapaian.
Kini aku cuma mampu tumpang gembira atas pencapaian semua kawan-kawan ku, bukan permulaan yang menantukan kejayaan.Kerana pencapaian di akhir garisanlah yang di katakan lebih handal.Mereka dulu yang pernah aku kalahkan dalam tiap-tiap pertandingan mahu pun aktiviti kini telah memperolehi pencapaian yang lebih baik dari aku.Sedang aku masih meniti jalanan ke arah pencapaian yang hakiki.

sekian

wassalam.

Tuesday, July 27, 2010

Mereka yang dalam kenangan ku..

1-Tn.Hj.Ustaz Zainal Abidin bin Sulaiman=mantan Pegawai MAIS Daerah Kuala Selangor
Tuan Qadhi PAID K/Slgr.

Perkara yg tak dapat ku lupa tentang beliau=Berhemah,berilmu,budi pekerti mulia,mesra dan
mudah berurusan dengan beliau.
Peristiwa lucu=Suatu pagi aku di panggil oleh beliau ke bilik opisnya.apa lagi jantung ku pun daag dig dug jadinya.Apalah pula salah aku terbuat nie,atau beliau minta ajar pasal komputer dari aku yang suam2 aje ilmu pasal komputer atau ada kertas kerja yang beliau reject..dan macam2lah.
Aku pun masuk ke opis beliau lalu duduk dengan sopan siap rapatkan lagi paha cam wanita ayu.
Lalu belaiu bertanaya Rul,..tu nama yang beliau panggil aku di opis."Aku hairanlah,tiap kali aku sain borang permohanan dan kertas kerja nie,napa aku asyik terjumpa nama Kala Ramai,Kala Ramai.....Apa tiada nama lainkah yang mereka pilih?".....
Rupanya beliau pelik kenapa saudara baru di daerah kuala selangor nie suka menggunakan nama Kala dan Ramai...Aku pun tergelak dan terketawa masa itu juga.Tambah lagi beliau me nambah dengan berkata,"Patutlah saudara baru kuala selangor nie ada yang tegar sebab mereka suka kala ramai-ramai atau ramai-ramai pilih kala.
*itulah secebis memori aku dengan beliau,aku terasa hati juga sebab di waktu beliau di pindahkan oleh JAKIM ke Pusat Islam Kuala Lumpur aku masa itu masih berada di wad hospital sungai buloh kerana xcdnt.*Dlm picnya beliau yg di maksudkan ialah yg sedang memagang mike tu..!!!!

KITA MELIHAT @ MEMANDANG..????

-Melihat adalah satu anugerah tuhan pada setiap makhluk yang telah dicipta,manusia,haiwan dan juga makhluk lain mempunyai mata.Melihat dengan sepasang mata pada mereka yang masih punyaai mata yang sempurna adalah satu kepuasan.Lantaran dengan melihat makhluk tuhan boleh membezakan warna,mengagak jarak,membezakan pelbagai saiz,membezakan cahaya dengan gelap dan lain-lain lagi kemikmatan yang di perolehi melalui mata.
- Tetapi adakah setiap perbuatan itu dapat di tafsirkan sebagai memandang?Manusia terutamanya mempunyai pelabagai interpetasi antara melihat dan memandang.Di tambah lagi dengan pengkayaan ilmu dan pengalaman,antara melihat dan memandang seperti dua frasa kata yang kadang-kadang sama tetapi tak serupa.Adakah melihat itu sekadar untuk menyatakan perbuatan sahaja?manakala memandang pula adalah isi yang tersirat apabila perbuatan melihat dilakuan.
- Sebagai contoh orang akan untuk meraih perhatian dari seseorang perkataan melihat@lihat di gunakan:Lihatlah dunia.!melihat sesuatu yang indah warna warni dan sebagainya.Jika di gunakan perkataan pandang @ memandang tentu sekali perngertian ayat itu berubah sama sekali.Seringkali juga perkataan melihat dan memandang digunakan untuk membuat penilaian khusus pada sifat dan tabiat juga perilaku manusia khususnya.
-Perkataan melihat lebih kepada luahan yang terus menyatakan akan sesuatu untuk maksud tertentu.Pernyatan itu untuk meraih perhatian supaya ucapan itu dapat mencetuskan fikiran dan bukannya untuk menggunakan anggota mata untuk melihat secara fizikal.Sebagai contoh melihat dengan mata akal fikiran.Oleh sebab yang demikian pengucapan yang sesuai untuk mendapatkan perhatian agar fungsi mata dan akal bergerak serentak ialah dengan menggunakan perkataan "melihat" atau "lihat".
-Dengan ini jelaslah bahawa perkataan memandang atau pandang adalah perkataan yang sangat sesuai untuk sesuatu yang bersifat melankolik atau membuai-buai perasaan.Memandang itu lebih kepada perbuatan untuk manusia.Ini kerana hanya manusia yang mempunyai tautan perasaan,nafsu,akal dan keinginan yang berbeza-beza di sebabkan oleh pengaruh suasana. Jika anda mahu menyatakan sesuatu yang indah dan berseni gunakanlah perkataan pandang atau pun memandang.

Sekian

Nukilan pena

affa firdausi.

wassalam