Wednesday, July 28, 2010

Berbangga dengan PENACAPAN sahabat ku.

Sengaja aku amik topik ini sebagai ulasan minda pada kesempatan kali ini.Bukan apa sekadar mempelbagaikan corak dan rentak pengisian laman blogg ini.Biar nanti ada orang yang terbuka dan terbuka hati untk mengikuti ulasan demi ulasan merasakan bahawa blogg ini tidak terlalu bersifat aku dan keakuan ku semata-mata.
Tercetusnya idea untuk mengulas cerita ini kerana tadi malam lebih kurang jam 9.15 aku sempat menonton rancangan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang disiarkan di Tv1.
Tiba-tiba dalam sorotan lensa kamera yang bergerak-gerak itu aku terpandang satu wajah yang aku begitu kenal.Beliau yang ku maksudkan ialah al-fadhil ustaz Mohd.Farid Ravi,tokoh ilmuan pensyarah dan pakar dalam al-quran negara kita.
Rasa bangga dan bersyukur tiba-tiba menguntum di hati ku, rasa sayu pun terselit juga lantaran tiba-tiba memori zaman remaja terimbas kembali.Institiut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) pengkalan Chepa kota Bharu Kelantan tahun 1992,itulah tempat aku mula-mula berke nalan dengan Farid Ravi.Aku mendaftar 3 bulan lebih awal dari beliau,tetapi oleh kerana beliau dah ada asas dan sijil pengajian islam di Institut Latihan Dakwah Keningau Sabah ( PLDK) maka bila mendaftar di IDIP beliau terus melompat kelas tahun 2.
Sepanjang pengalaman dan pengamatan aku terhadap beliau ialah selaian dari seorang pelajar yang rajin,bijak,suka berlawak beliau juga suka menjadi imam bila tiba waktu solat berjemaah di surau.Minat beliau pada bidang al-quran memang begitu ketara apabila dia dengan beberapa kawan rapatnya sanggup meredah malam dan berkayuh dengan basikal berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk mendalami ilmu terannum al-quran.
Antara lain kenangan ku dengan beliau ialah aku selalu menjadikan beliau sebagai mentor untuk memeriksa hafalan al-quran ku, menjadi pasangan dalam majlis tadarus al-quran tiap-tiap selepas subuh,juga tempat aku belajar tulisan jawi.Sebab khat dan tulisan jawinya cantik dan kemas manakala tulisan jawi aku,kadang-kadang aku sendiri pun tak faham.
Pernah dalam satu aktiviti anjuran pihak institiut,aku dengan beliau ikut sama dalam pertandingan perujian tilawah al-quran dan pertandingan pidato.Tak sangka kedua-dua per tandingan ini aku berjaya jadi juara dan dapat mengalahkan beliau.Tapi itu cerita dulu,kisah di mana semua orang kenal aku dengan budak cerdik,pintar,genius.Sebab masa itu hafalan aku dalam al-quran boleh mengalahkan pelajar tahun akhir,markah peperiksaan aku tak pernah jatuh dari 90% dan macam-macam lagi pencapaian.
Kini aku cuma mampu tumpang gembira atas pencapaian semua kawan-kawan ku, bukan permulaan yang menantukan kejayaan.Kerana pencapaian di akhir garisanlah yang di katakan lebih handal.Mereka dulu yang pernah aku kalahkan dalam tiap-tiap pertandingan mahu pun aktiviti kini telah memperolehi pencapaian yang lebih baik dari aku.Sedang aku masih meniti jalanan ke arah pencapaian yang hakiki.

sekian

wassalam.

1 comment:

  1. Kenapa kemahuan sering tak sehaluan dengan keupayaan diri.Di kala mereka sudah bersinar seperti bintang...Di mana aku??????

    ReplyDelete