16/07/2010, hari ke 3 aku di masukkn ke wad 5A Sg.Buloh,Hospital kerana ada jangkitan ku man pada lutut kesan pembedahan lama.Setelah 2 hari berpuasa maka tepat jam 12.00 aku di usung ke Dewan Bedah oleh 2 orang Nurse terlatih yang baik hati dan peramah.Mereka sentiasa senyum dan berikan aku semangat.
Sampai aje ke dewan bedah aku di sambut oleh 2 orang doktor dan seorang pakar Bius dan memberikan jenis bius dan prosedur pembedahan yang mereka lakukan terhadap aku.Walau pun dah kerap memasuki dewan bedah ini tapi jauh dalam hati memang ada rasa gemantar,ter utama jika mengenangkan saiz jarum yang sebesar lidi sate.Kecut tiba-tiba perut aku,dag dig dug jantug ku.Tahu ajelah bagaimana sakitnya nanti bila jarum itu di tusukkan ke bahagian bela kang.
Proses Bius pun bermula sakitnya tiada kata untuk menjelaskannya,tahan ajelah dengan linang air mata ku berikan sekuntum senyuman pada doktor dan nurse-nurse yang ada.Aku tahu mere
ka faham betapa sakitnya aku ketika itu.Satu demi satu wayar dan tiub di lekatkan ke badan aku.Sedikit demi sedikit badan ku terasa kebas dan berat bermula dari hujung jari hinggalah separuh badan ku sepenuhnya kebas Dr.bedah yang d ketuai oleh Dr.Shafeek di bantu oleh se orang Dr.pelatih aku lupa namanya pun memulakan tugas mereka terhadap aku.
Tidak sampai 5 minit tiba-tiba aku rasakan dada ku terasa berat,nafas yang ku sedut semakin sedikit terasa kerongkong ku tersekat oleh lendir.Akhirnya aku terpaksa di beri bantuan per nafasan melalui tiub dan perlahan-lahan semua jadi gelap.Tiba-tibaterasa tubuhku terasaa di gerak-gerakkan sambil nama ku di panggil sayup-sayup.Rupa-rupanya pembedahan telah pun selesai,ku sempat menjeling jam dinding,tepat jam 3.30 petang.
Jam 4.30 petang aku dengan selamatnya balik ke wad 5A untuk rehat sehinggalah keadaan ku stabil.Doktor nasihatkan untuk rehat selama 6 jam tanpa makan minum dan tanpa melakukan pergerakkan yang kasar dan kuat.Ini bertujuan untuk mengelakan berlakunya kecederaan pada urat belakang yang telah luka kerana jarum bius.
Bermula rasa mual-mual,pening,panas,telinga berdengung,kepala berdenyut-denyut,letih dan lemah semua bercampur jadi satu.Sehinggalah tiba-tiba aku di kejutkan oleh nurse untuk suntik kan ubat barulah aku sedar betapa aku telah terlena dalam tidur yang panjang.Ahhh..!!! pukul 6.30 subuh...aku pun melaksana seruan kewajiban yang Maha Kuasa Pada ku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment