Thursday, July 15, 2010

keadaan motor ku selepas xcdnt....


Pic di sebelah adalah motor ku selepas terlibat dengan sebuah kereta di jalan Bukit Rotan Kuala Selangor,Ijok.Kemalangan berlaku pada 22.11.09 lebih kurang jam 6.30 petang.
bagaimana kemalanagan itu terjadi itu semua keja Tuhan kerana kita percaya akan adanya qada dan qadar.Tetapi pun begitu perlu di ingat sikap dan perangai manusia adalah jadi punca jika berlaku sesuatu di bumi ini.
Petang tarikh tersebut aku dalam perjalanan ke rumah sahabat ku di Kuang Gombak.Tujuannya ialah ingin memestikan betul atau tidak mereka ada mengadakan majlis Korban Hari Raya Haji untuk Mualaf.
Jalan raya menuju ke Kuala Selangor agak sibuk petang itu,mungkin ramai pemandu mengguna
kan jalan alternatif untuk balik kampung.Maka aku pun menunggang motor dengan hati-hati dan dengan kelajuan yang sedarhana anggaran 60-80.Manakala jalan raya ke arah ijok pula agak
lengang.Dalam deretan kereta yang menuju ke destinasi masing-masing ada sebuah kereta yang memotong barisan dan aku dapat mengelaknya.Maka aku mula fokus dan lebih berhati-hati,tapi tiba-tiba dari deretan 5 buah kereta di belakang keluar satu kereta jenis proton wira warna hijau
dari jauh aku dapat melihat asap dari tayar kereta tersebut.Aku pun letakkn gear rendah pada motor aku dan mengelak ke sisi kiri terus ke kawasan rumput.Tiba-tiba aku rasakan hentakkan
pada bahagian kanan kaki ku dan badan ku terasa melayang.
Lalu badan ku jatuh menyembah bumi di atas rumput dan tanah liat yang keras dan berbatu

No comments:

Post a Comment