Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman untuka sekalian yang mengikuti coretan ku ini.
Satu situasi di mana adakala kita tak pun merancang untuk sesuatu tapi ia tetap berlaku.Seperti mana di mana aku menjadi cikgu sementara dalam wad 5A ,wad orthopedik sg.Buloh hospital.Da lam wad aku ada 3 orang pelajar yang beerumur 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan Pmr pada hujung tahun nie.Tetapi malangnya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan yang serius.
lalu aku mendapat idea mengapa mereka tidak membawa buku pelajaran untuk membuat ulang kaji semasa mendapat rawatan di hospital.Mereka bersetuju dan oleh kerana aku adalah bekasa pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR dan daya ingatan ku masih kuat maka aku ada kan kelas ulangkaji dengan sesi soal jawab.Mereka bebas memilih subjek yang hendak mereka tanyakan dan aku akan memberikan jawapan atau pun ulasan pada jawapan yang mereka berikan.
Rupa-rupanya usaha kami telah di ketahui oleh nurse yang bertugas,lalu dia pun memanjang kan berita ini kepada pesakit-pesakit di kalangan pelajar.Akhirnya jumlah pelajar menjadi 7 orang.Syukur pelajar-pelajar tersebut sangat berminat dengan cara aku mengajar dan nampak sangat seronok sebab dapat membuat ulangkaji pelajaran walaupun tinggal dalam wad.
Tapi apakan daya pada 19/07/2010 aku minta kuar cepat sebab pembedahan dah buat,sa kit dah tak ada,cuma tinggal bekas luka sahaja,aku dengar pula ramai pesakit yang sedang waiting list untuk masuk wad jadi,aku sukarela nak keluar dari wad.Aku tahu pelajar-pelajar tu sedih dan akan rasa kehilangan.Tapi dengan kata-kata semangat dan nasihat yang sempat ku tinggalkan.mereka pasti berjaya dalam hidup...amin itu doa ku pada mereka.
sekian.
wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment