Sunday, July 18, 2010

Suntikan Antibiotik yang sakit...

Salam untuk sekalian yang mengikuti blogg ku ini,hari ini aku bercerita tentang pengalaman yang ku alami bila tiap kali di suntik satu ubat anti biotik dalam bentuk cecair.Di dalam wad ini antara lain rutin harian aku ialah mendapatkan suntikkan antibiotik dalam bentuk cecair setiap 6 jam sekali.
Jumalah yang perlu di ambil ialah 500mlg sahaja,oleh sebab yang demikian kaedah suntikan ia lah cara yang di syorkan oleh doktor.Jika di ukur dari jumlah yang perlu di ambil memang tak banyak,tetapi hakikatnya di situlah adanya cabaran.
Setiap kali cecair antibiotik tersebut di suntik kedalam badan kita ia akan mengakibatkan saraf kita bertindakbalas dan menghasilkan rasa pedih dan perih atau sakit di tempat yang di suntik lalu meresap sampai ke sendi bahu dan tengkuk.
Ia juga akan mengakibatkan kesan merah dan bengkak pada tempat yang di suntik tersebut.Se lain dari itu tempat di mana branula tadi di cocok cuma boleh bertahan 2 hari sahaja.Dan kesan lebam dan bengkak juga merah akan berlarutan sampai seminggu bahkan lebih lama.
sekian
wassalam.

No comments:

Post a Comment