Misalnya hari ini aku mengetahui baki gaji ku dalam akaun bank cuma rm70,seketika hilang akal ku memikirkan apa boleh ku buat dengan duit sebanyak ini dalam tempoh 30 hari sedang kan tanggungan ku ramai dan banyak benda belum di bayar.Jika tidak kerana iman itu telah kukuh sebati di jiwa tentu aku lupa bahawa Allah swt itu maha kaya dan maha pemberi dan maha pengasihani dan maha penyayang.
Walaupun perit untuk di terima tapi pada siapa hendak ku tunding jari untuk di persalahkan.Ia adalah qada dan qadar dari Allah swt setelah insiden buruk dan mencabar yang melanda aku
Tentu ia adalah rentetan rantaian masalah yang bermula lalu berkembang dan menanti jalan penyelesaiannya.Mahu atau tidak mampu atau tewas nanti aku terpaksa hadapi ujian ini dulu.
Pasal gaji ku yang tinggal seciput itu pun aku kena redha dan terima dengan akal yang waras, sebab gaji bulanan aku dah di potong menjadi separuh.Manakala bil-bil hospital aku yang ntah berapa banyak itu pun di bayar melalui potongan gaji juga.Aku juga ada membuat pinjaman peri badi dari salah satu bank komuniti atas banyak sebab,juga bayaran balik menggunakan cara pemotongan gaji.
Bercakap pasal aku buat pinjaman peribadi dari satu bank komuniti tempatan ianya di buat bukan atas dasar bersuka-suka.Aku ada 2 orang kakak yang telah pun memeluk islam di takdir kan mereka ini sedang dalam proses keluar dari masalah.Kakak yang sulung menjadi mangsa ke kejaman rumah tangga bertahun-tahun lamanya.Sehinggalah aku berjumpa dia dan memberi jalan keluar.Tetapi apabila bercakap pasal apa pun juga mesti ada kekuatan kewangan.Jadi kakak sulung membawa kesnya ke mahkamah syariah dan melantik peguam.Semua urusan dan perbelanjaan aku yang tanggung.
Kakak aku yang kedua pula mempunyai suami yang kaki mabuk dan tak penah bertanggung jawab pada keluarga.Sehinggalah anak sulung mereka jadi mangsa rogol,di pendekkan cerita kes dapat diselesaikan dengan aman.Tetapi rupa-rupanya perkhawinan anak mereka adalah secara sendikit.Jadi semua dokumentasi perkhawinan dan anak cucu menghadapi masalah,kakak pula tak mampu nak menyara 2 orang cucunya,lalu berhasrat untuk memberikan cucunya itu pada orang lain.Di sini lah peranan aku menjadi penyelamat untuk meyelesaikan segala masalah yang berbangkit.Segala usaha dan wang ringgit aku lakukan supaya proses dokumentasi cucu kami dan membawa mereka tinggal dengan aku.Walaupun aku baru keluar hospital setelah kemalang an teruk tetapi aku terpaksa 2 kali ulang alik ke sabah untuk memestikan cucu kami ini selamat.
Pada masa yang sama anak angkat aku pula dah masuk belajar di sebuah kolej swasta di kuala selangor.Jadi semua perbelanjaan sekolah dan harian aku yang tanggung,kos untuk rawatan sam pingan kaki dan tangan aku pula memang sangat membebankan.Dari situlah datangnya idea mengapa aku terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank komuniti tersebut.
Dulu sebelum aku kemalangan pendapatan aku boleh mencecah rm4000,jika aku rajin melibat kan diri dengan aktiviti yang berbayar.Tetapi aku terlalu memikirkan kesusahan orang lain dan yakin rezeki sentiasa ada pada ku.Sebab itu sesiapa pun yang datang meminta pada ku aku rasa sangat gembira untuk memberikannya walaupun esoknya aku cuma makan sayur saje.Bila aku duduk di hospital selama 87 hari iaitu kira-kira 3 bulan,wang simpanan ku makin susut di tam bah pula, lambakan masalah kakak-kakak aku yang semuanya perlukan sokongan kewangan.
Akhirnya ku menangis lagi mengenangkan nasib diri jadi begini, dengan gaji berbaki rm70 hati mana yang tak sayu, jiwa mana yang tak jadi pilu.Terkenangkan 2 orang anak kecil kat rumah yang masih minum susu, barang-barang dapur,bil-bil yang belum di bayar.........Sape yang nak jemput aku untuk program mereka dengan kecacatan aku ini.mana aku nk cari duit untuk belanja sebulan dua ini?????persoalan dan persoalan ini terus ku ajukan pada ALLAH swt untuk mohon di beri kelapangan dan permudahkan jalan biar pun aku menangis lagi..
kadang2 aku bertanya-tanya berbaloikah pengorbanan ku selama ini.Sampai bila aku terus-terusan memikirkan orang lain dan melupakan aku yang kian terpinggir dan terasing....
ReplyDelete