-Melihat adalah satu anugerah tuhan pada setiap makhluk yang telah dicipta,manusia,haiwan dan juga makhluk lain mempunyai mata.Melihat dengan sepasang mata pada mereka yang masih punyaai mata yang sempurna adalah satu kepuasan.Lantaran dengan melihat makhluk tuhan boleh membezakan warna,mengagak jarak,membezakan pelbagai saiz,membezakan cahaya dengan gelap dan lain-lain lagi kemikmatan yang di perolehi melalui mata.
- Tetapi adakah setiap perbuatan itu dapat di tafsirkan sebagai memandang?Manusia terutamanya mempunyai pelabagai interpetasi antara melihat dan memandang.Di tambah lagi dengan pengkayaan ilmu dan pengalaman,antara melihat dan memandang seperti dua frasa kata yang kadang-kadang sama tetapi tak serupa.Adakah melihat itu sekadar untuk menyatakan perbuatan sahaja?manakala memandang pula adalah isi yang tersirat apabila perbuatan melihat dilakuan.
- Sebagai contoh orang akan untuk meraih perhatian dari seseorang perkataan melihat@lihat di gunakan:Lihatlah dunia.!melihat sesuatu yang indah warna warni dan sebagainya.Jika di gunakan perkataan pandang @ memandang tentu sekali perngertian ayat itu berubah sama sekali.Seringkali juga perkataan melihat dan memandang digunakan untuk membuat penilaian khusus pada sifat dan tabiat juga perilaku manusia khususnya.
-Perkataan melihat lebih kepada luahan yang terus menyatakan akan sesuatu untuk maksud tertentu.Pernyatan itu untuk meraih perhatian supaya ucapan itu dapat mencetuskan fikiran dan bukannya untuk menggunakan anggota mata untuk melihat secara fizikal.Sebagai contoh melihat dengan mata akal fikiran.Oleh sebab yang demikian pengucapan yang sesuai untuk mendapatkan perhatian agar fungsi mata dan akal bergerak serentak ialah dengan menggunakan perkataan "melihat" atau "lihat".
-Dengan ini jelaslah bahawa perkataan memandang atau pandang adalah perkataan yang sangat sesuai untuk sesuatu yang bersifat melankolik atau membuai-buai perasaan.Memandang itu lebih kepada perbuatan untuk manusia.Ini kerana hanya manusia yang mempunyai tautan perasaan,nafsu,akal dan keinginan yang berbeza-beza di sebabkan oleh pengaruh suasana. Jika anda mahu menyatakan sesuatu yang indah dan berseni gunakanlah perkataan pandang atau pun memandang.
Sekian
Nukilan pena
affa firdausi.
wassalam
Mencari erti pada ketika melihat tapi kau tidak memandang pun.....
ReplyDelete