Nak cerita kat ko orang laman sosial facebook dah temukan aku dengan seseorang yang ade kaitan kekeluargaan dengan aku.Ini kerana aku mula merantau pada usia yang sangat muda
Pada usia baru mencapai 16 tahun iaitu selepas aje selesai menduduki peperiksaan SPm tahun 1991 aku telah merantau jauh dari kampung halaman ku Kuala Penyu Sabah, ke Semananjung.
Hampir 20 tahun berlalu aku di perantauan dan cuma 2 kali saje balik kampung maka baru baru ini laman sosial facebook pun di lancarkan.Sebagai seorang generasi it maka aku pun join sama dalam facebook.....Hari2 ada aje orang nak add aku jadi kawan mereka pada hal aku tak kenal pun.mana yang aku terbuka hati nak terima aku terima mana yang belum turun restu aku biarkan saje.
Satu hari aku terbaca satu ulasan salah seorang dari anak saudara aku tentang"budak yang kuat nangis"masa dia kecil2 dahulu.Manakala nama dia pula ada kaitan dengan nama salah seorang anak saudara yang aku sendiri yang pilih.Tetapi dah berpuluh tahun tak jumpa bahkan aku dah lupa...Akhirnya ku beranikan untuk hantar mesej untuk pertanyaan tentang latar belakang kelurganya.
Ternyata betul dialah anak saudara aku yang aku bagi nama sebagai Nikman bin Jaroh,telah berpindah ke sarawak tetapi kini bertugas sebagai supervisor di salah sebuah kilang di Republik Singapura.so terima kasih facebook....
Wednesday, July 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment