Thursday, July 22, 2010

KUASA DUIT>>>


Sekeping note ini memberi erti yang banyak dalam kehidupan seorang manusia,itulah duit nama nya.Pergantungan manusia pada duit adalah di sebabkan oleh manusia telah menciptakan satu sistem yang wajib melakukan sesuatu urusan dengan nilai tertentu.Dan nilai itu terletak pada duit.Tiada duit tiada urusan.tiada urusan tiada berlaku sistem nilai yang sering kali berubah-ubah mengikut keadaan dan tahap ukuran yang telah di tetapkan.
Duit juga menentukan keupayaan kelangsungan hidup seseorang,dengan adanya duit seorang individu itu mampu berbelanja mengikut yang dia mahu.Banyak atau sedikit duit yang dimiliki oleh individu itu akan mempengeruhi pola dan gaya hidup seharian mereka.Orang kaya yang banyak duit akan berbelanja pada barang-barang yang mahal-mahal.Orang yang tidak punya banyak duit memadailah dengan kadar cukup makan dan cukup pakai.

1 comment:

  1. "Hidup bergantung pd duit..Kuasa duit nilai manusia pun berubah-ubah.Manusia menjadi hamba duit...tiada duit nilai manusia seperti buih2 di tepian pantai....

    ReplyDelete