Namanya Mohammad Hayad bin Abbas Gahyono...mula aku bela dia pd umur 13 tahun lebih.......anak yg di kira dari fmly yang bermasalah.Tak ada pendidikan yang sempurna, tak mendapat kasih sayang dari kedua orang tuanya...umur baru 13 tahun dah keja untuk menyara hidup dan keluarga.Ibunya asyik dgn kawin dengan lelaki muda pas tu gaduh dan cerai.Tak lama pas tu khawin lagi.Ana-anak terabai dan terpaksa membuat kerja untuk meneruskan kesinambungan hidup..
Kerana pada waktu itu aku kerja di tempat budak nie buat keja part time make aku pun dapat mengenali dia dan kawan-kawannya.Keja dari pagio sampai ke petang hanya dengan gaji rm4 satu jam.Deangan sedikit rezki yang Allah swt bagi maka dgn gaji itu ku lengkapi rumah sewa ku dengan kelengkapan rumah yang seadanye supaya senang untuk aku bila tiba hari-hari cuti.Masak,mem basuh,menonton tv,dvd dan kadang-kadang berkleroke.Rupanye sudah takdir Allah swt budak-budak ini menjadikan rumah sewa aku sebagai pot lepak mereka.Aku pun tak kisah sbb bila aku masak ada orang yang habiskan,bila aku nk berkeroke ada orang yang teman kan.bila aku nak menonton dvd ade aje yang bawa cd baru.
Tapi dengan hayad atau panggilan manjanye angah" hubungan kami agak rapat,dia panggil aku abang,minta pendapat dengan aku jika dia ada masalah,minta nasihat jika nak buat sesuatu,jika dia nak membuat atau ambil barang samaada nk makan atau alihkn barang-barang di rumah aku dia akan minta izin dulu.maka kami pun semakin rapat dan mula lah ku anggap dia sebagai adik dan rasa sayang ku padanya adalah sayang seorang abang pada adiknya.
Dia bebas kuar masuk di rumah aku bahkan aku izinkan dia tidur dalam bilik aku yang ku rasa sangat privicy ,tetapi dengan angah aku rasa selamat.Bila aku di naikkan pangkat aku terpaksa berpindah ke rumah executif,tetapi aku teruskn juga hubungan mesra dan baik ku dengan angah.Walaupun angah jarang dah lepak kat umah baru aku sebab aku tahu dia tak sekesa berkawan dengan boss hotel.Tapi di luar waktu pejabat aku tetap meluangkan waktu ku dengan angah.Sehinggalah angah keja di kawasan Port pasir gudang dan akhirnya dapat pula kontrak keja di lumut, disitu lah kami mula terpisah.Aku pun mendapat pula tawaran keja di Kuala lumpur.
Tapi jodoh ku keja dengan Hotel tak lama sebab aku bosan dan jemu berurusan dengan dosa dan susah untuk melakukan solat tepat pada waktunye.Maka aku berhenti keja dan berniat untuk sambung pengajian dalam bidang agama.Tapi entah dimana silapnya tiba-tiba pula aku jumpa kawan lama dan tawarkan pula kerja di dalam agama.walaupun aku berbelah bagi untuk menerima pada awalnya. tapi qada dan Qadar tuhan lebih hebat dari apa yang kita rancang.
No comments:
Post a Comment