Cerita bermula baru-baru nie bila aku balik kampung,di negeri kelahiran ku.Ketika rancak berbual dengan ahli keluarga yang lain tiba-tiba mereka terbongkar hal kisah silam ku.Entah cerita nie memang sengaja famly aku bongkarkan atau pun ianya berlaku tanpa niat dek kerana syoknya berborak hal kisah silam.
Kakak kedua aku yang tinggal di sarawak tiba-tiba,berkata....
"Engkie dulu degil dan kuat merajuk,tapi senang nak jaga'
"Sape antara kita yang bekal mendapat ilmu warisan....."tiba-tiba semua mata tertumpu pada kak long kerana bertanyakan sesuatu cuma ada di kalangan kami adik beradik tahu dan ada yang tidak.
Lalu kak Udong bercerita perihal ada diantara kami yang di pasangkan dengan binatang ketika masih bayi.Signifikan kami di pasangkan dengan bintang adalah demi berharap bila besar nanti sikap baik pada binatang tersebut akan ada dalam diri dan bekal jadi pelindung jika terjadi sesuatu.
Diantaranya bintang buas seperti harimau,beruang dan ular adalah pilihan utama.Tetapi amat berlainan pula apa yang terjadi pada diri ku,Haiwan bernama BUAYA pula yang dipilih sebagai pesangan.Aku terkedu dan hilang kata-kata bila mengetahui semua rahsia ini.Kakak long yang banyak menyimpan cerita keluarga akhirnya bercerita susur gelur generasi dan asal usul keluarga KIMPUAN.
Menurut cerita generasi aku adalah berketurunan pahlawan dan menjadi petugas khas untuk membuat tidakan "POTONG KEPALA"/SERANG HENDAP/dan BUNUH tanpa kesan,pada sasaran yang di kenal pasti.Oleh sebab yang demikian setiap kaum lelaki atau pun wanita dari mana-mana generasi yang dipilih untuk mendapat mandat untuk mewarisi ilmu kepahlawanan akan wajib mewarisi ilmu-ilmu menurut nama-nama haiwan yang di pilih.
Setiap haiwan itu pula dipilih atas dasar kepakaran mereka dalam bertarung,membela diri dan menjadi ketua pada tempat,kawasan dan kumpulan mereka.Tetapi bagi diri ku pula aku amat tidak selesa bila mengetahui bahawa pasangan pahlawan diri ku ialah sekor BUAYA"
Kisahnya bermula bila pada tanggal14-12-1972 lebih kurang jam 9.00 pagi aku di lahirkan kedunia.Di sembut oleh seorang bidan klinik yang juga ada pertalian keluarga,sebaik saja aku lahir rupa-rupanya seekor anak buaya telah terperangkap dalam KELONG milik ayah.Jadi dengan segera anak buaya itu di bawa ke klinik Pekan Kuala penyu lalu di letakkan dalam bekas air.Dan air dari bekas yang di gunakan untuk merendam anak buaya itulah di gunakan untuk memandikan aku buat kali pertama.
JAMPI DAN SUMPAH TAAT PERINTAH PUN DI LAKSANA.dengan berpesan dan mengakui bahawa Aku bermula dari detik selepas mandi akan menjadi pasangan keturunan sang BUAYA,tidak akan memudaratkan Buaya pada aku dan aku tidak akan memudaratkan sebaliknya.Terjaga aku di atas dan dasar air/laut/sungai/kolam/atau mana kawasan berair.Tidak terusik aku kecuali aku jauh dari air.
Dulu aku tak faham kenapa aku sering dapat membaca ada sesuatu benda yang tak baik berlaku pada diri ku.Aku pula selalu dapat mengelakkan diri dari terlibat secara teruk biarpan kejadian itu amat dahsyat.Aku kerap dapat menghidu bau seorang lelaki yang berumur di dalam rumah atau pun akan mendapat ilham mimpi dan kadang-kadang gerak hati yang tidak selesa.Aku cuma anggap itu adalah kelebihan yang di berikan oleh Allah swt pada diri ku.Tapi rupa-rupanya ada sesuatu yang di buat oleh generasi ku yang terdahulu dan lalu aku menjadi pewarisnya.Ku kira ianya banyak kebaikan juga sebab sekurang kurangnya aku ada entiti lain yang di tugas untuk mengawasi aku dengan izin Allah swt.
Tetapi akhirnya aku sedari juga memang ada waktu ianya baik untuk diri namun bila sesuatu yang di buat oleh manusia dan menjadikan selain dari Allah swt sebagai tempat bermunajat pasti nanti suatu hari nanti ia akan memberikan kesana kontra pula.Misalnya apa yang telah terjadi pada diri ku, dahulu tika aku masih normal dan tiada cacat celahnya aku tidak merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri ku.Dan aku tak kisah pun.Tapi bila kemalangan ngari itu berlaku dan banyak pula rintangan yang terpaksa aku hadapi orang pula semakin coba mempermain-mainkan diri ku, baru aku rasa sifat amarah ku terbongkar.Dan rupa-rupanya BENDA HALUS tersebut bangkit bersama rasa amarah dalam diri ku.....
dahsyat nye abg ni, x tau pulak bnda2 mcm tu ad... abg sbr je lh, mcm abg ckp td, ad hikmahnya ada kelebihan2 tu... asalkan kita sentiasa berbalik pada Allah S.W.T...
ReplyDeleteabg kdg2 xselesa bilaabg dpt rasakn pendamping abg tu ujud.sebb ia boleh dtgkn bahaya pd og lain.tp tidak pd abg.DIA muncul dan org akan nmpk sdbg lelaki yg agak berumur,atau bergerak mcm org kawat kaki.....
ReplyDeleteMaaf sedara..sya adalah peminat buaya dari bayi lagi..dan minat saya pada haiwan itu tidak luput,dn adakala saya membayang diri saya ad kene mengena dengan buaya tersebut..cuma sya x dpat pasti susur jalur keluarga krrana saya diambil anak angkat sejak kecil.
ReplyDeleteMaaf sedara..sya adalah peminat buaya dari bayi lagi..dan minat saya pada haiwan itu tidak luput,dn adakala saya membayang diri saya ad kene mengena dengan buaya tersebut..cuma sya x dpat pasti susur jalur keluarga krrana saya diambil anak angkat sejak kecil.
ReplyDeleteMaaf sedara..sya adalah peminat buaya dari bayi lagi..dan minat saya pada haiwan itu tidak luput,dn adakala saya membayang diri saya ad kene mengena dengan buaya tersebut..cuma sya x dpat pasti susur jalur keluarga krrana saya diambil anak angkat sejak kecil.
ReplyDelete