ibu ku
Tuesday, August 31, 2010
Bila hati berkata-kata
Saat kau muncul d dpn ku,terpegun aku, sungguh sempurna kejadian mu.Tpi hati kecil ku sangsi bisakah aku memiliki mu.krna aku cuma bukan sape2.aku bukan yang sempurna.satu rasa cinta yg ku ada bisakah mengharum lg,kala badai sdg melambung menguji setia kasih kita.jika aku tak mampu ke situ bersama mu.biarlah ku simpan rasa ini smpi mati.
Monday, August 30, 2010
KIsah KEtuPat di Hari RAYA...
Berape ramai lagikah yang mahir menganyam ketupat..?? jjwbnya terlalu sedikit
Bila agaknya ketupat nie sangat2 di perlukan??? jawabnya bermusim
Dah ade ketupat segera katanya....ape ade hal tunjuk aje kt kedai ahh dapt xsusah nk manjat kelapa lah,anyamlah itu ini lah....
Jadi ramaikah anak muda kita berbangga dgn ketupat nie..hampeh ade yang malu nyabutnye.. melayu london kata nya..pakai skirt, rambut blonde, yg laki2 ade anting2 suar pendek,,uhh bau belacan dari mak bapa ko org...xyah berlagak..
jgn tahun 2020 kelapa pun dah hapuss...semua ganti kacang soya....
Sambutan 53 kemerdekaan
Bersempena mlm hari menghitug detik merdeka nak juga aku coretkan sesuatu yg baru dalam blogg aku nie..sebab dah agak lama aku tak ade kesempatan nak menulis dek kerana badan ku yag tak sihat dan malas.
Sebagai anak merdeka dan lahir setelah mendapat kemerdekaan kita seharusnya mempunyai inspirasi yang jauh lebih kehadapan dan lebih ketrampilan berbanding mereka yang lahir di zaman baru mula merdeka. Sebab sifat merdeka itu sangat fragile pada ketika ini berbanding di waktu zaman mula- mula merdeka dulu.Dahulu semangat untuk mencapai merdeka itu sangat jitu dan setiap lapisan mesyarakat juga pemimpin berkorbar-kobar untk melihat kemerdekaan itu terlaksana di bumi melaya, malaysia tanpa ada pembahagian isu kesamarataan, pengaruh budaya luar dan anak-anak muda yang sosial mereka tercemar.Di ketika itu tujuan untuk merdeka itu adalah bulat dan jitu untuk ekonomi,sosial,pentadbiran,pendidikan dan masa hadapan negara.
Tapi coba di lihat sekarang keadaan kita dalam gelombang ambang merdeka kita sebenarnya sangat rapuh dan fragile. Setiap kaum berlumba-lumba untuk berusaha nak menjadi hero dalam negara yang majmuk rakyatnya.Persoalan hak dan asasi juga keistimewaan tertentu di persoalkan,menunding jari sesama kaum dan bangsa untuk saling menjatuhi,politik tercemar oleh sikap rakus dan bangsat sesama kita.Sedang mereka tiada adunan yang jitu untuk melahirkan satu keazaman melestarikan semangat merdeka yang seperti mula-mula merdeka.
Lihat saje pada anak-anak muda kita mana kita tahu dalamnya sifat merdeka mereka, ape yang mereka lestarikan sebagai generasi merdeka. Malu berpakain sopan,malu bertutur bahasa malaysia apatah lagi bahasa ibunda mereka. Mencedok amalan budaya dan fahaman yang bukan dari rumpun bangsa malaysia yang berdaulat. Bangga dengan persepsi maju alah buatan import bukan tempatan.Terang-terangan mencemarkan nama baik bangsa dan negara seperti menjadi kambing hitam najis dadah,pelacuran,happies, free thinker dan lain-lain lagi.
Acuan ambang merdeka ialah kita mesti leraikan kekusutan risalah perkauman dalam diri kita dan mempunyai tunjang kepercayaan agama yang kuat.Mengisi ruang merdeka itu dengan jati diri sebagai anak generasi merdeka yang ada ilmu mampan, berubah seiring dengan zaman tanpa mengadaikan meruah agama.bangsa dan negara.Melihat perbezaan agama.kaum dan kebolehan serta kekurangan sesama sebagai satu batu konkrit yang akan menjadi satu bangunan yang kukuh dan cantik jika saling lengkap melengkapi.
Monday, August 23, 2010
Pening Kepala Kalau Begini...
Benda aku nk ceta hari ini ialah pasal aku pening kepala sebab esok aku kena pergi ke hospital sg.buloh untuk tamujanji dengan pakar-pakar yang membuat keputusan tentang tahap kesihatan dan sembuhnya aku.Tiba-tiba pula dapat panggilan arafat mungkin tak dapat hantar aku ke hospital sebab sibuk.jadi aku pun mula menduga2 plan aku yang seterusnya...
Naik bas boleh juga turun kat komuter sg.buloh atau minta bantuan dengan kawan-kawan mualaf lain hantar kehospital.Semua dalam plan lagi w/lau bagaimana pun aku tak boleh tertunggu sesuatu yang tidak menjadi hak aku.Sebab arafat bukan driver aku seorang dia itu driver pejabat dan pegawai mais,jadi dah aku putuskan arafat bukan pilihan.....
Lagi pun dah banyak kali dah kena arafat datang lewat atau pun terlup atau pun bercuti pada hari aku sepatutnya ada tamujanji ke hospital.Dah lah nurse tu marah kat aku, terpaksa pula bagi sejuta alasan pada pakar-pakar yang tertunggu-tunggu pada aku yang tidak kunjung tiba. Kesiankan pakar-pakar tu tertunggu-tunggu berjam-jam tapi aku dah hospital dah nk tutup baru muncul jadi meka buat keja pun tak dapat fokus...
Tapi besok aku mesti walau apa cara pun sampai ke hospital awal ke hospital...
Saturday, August 21, 2010
Dapur Masak Dulu2 Di Zaman sekarang
Keperitam hidup tidak pernah mnegenal waktu dan zaman, bila sahaja manusia leka dan alpa maka kemiskinan dan kepritan hidup pun menjelma. Manusia yang tiada pernah membina impian , takut bersikap positif, rasa ralat untuk mengejar impian dan tidak dorongan diri untuk berubah ke tahap yang lebih baik. Maka mereka inilah yang akan menjadi manusia yang berja lan tetapi mereka berjalan secara mengundur bukannya kehadapan.
Seharusnya peluang yang ada di bumi bertuah ini di guna pakai oleh kita tanpa rasa malu, segan,rendah diri dan ragu-ragu, terutama jika semua peluang yang terbentang itu adalah untuk merubah keadaan nasib diri,isteri dan anak-anak kita. Tetapi lazimnya, pabila kita terhentuk lalu terluka ramai di antara kita yang melatah dan takut pada warna darah dan mencari punca salah silap.sepatutnya kita cari obat dan penawar dahaulu pada luka tersebut.Hentikan pengaliran darah supaya keadaan tidak menjadi teruk.
Di umpamakan dalam hidup ini, jika kita di timpa kesusahan dan kedukaan, kenapa harus di ratapi segala kisah suka dan derita itu. Bukankah susah senang itu adalah adat dalam hidup. Jadi kenapa tidak cari formula baru untuk mengubah sesuatu yang lama kepada yang baru.Bukan membuat yang lama dan takut pada sesuatu yang baru. Jika terus meneruskan berharapkan ada tangan-tangan ehsan datang membantu, tak ubah lah kisahnya seperti menunggu rezki yang bulat datang bergolak yang pipih datang melayang. Tapi benda tu takkan hari-hari terjadi, jika ianya pun terjadi cuma bermusim dan perayaan tertentu sahaja.
Al-kisah Dapur masak dulu-dulu di zaman sekarang ini aku olah semula kerana ingin menemplak golongan yang dah tau diri mereka susah, miskin dan dhaif, tetapi tak pernah mahu
berubah sikap dan perangai. Pada mereka sangat bangga dengan status asnaf, lantaran adalah terkandung dalam al-quran dan jika anjakkan perubahan di lakukan maka mereka akan terlepas dari mendapat pemberian zakat dan wang ehsan hari raya dan macam-macam bantuan lagi. Oleh sebab itu mereka lebih rela menggunakan dapur kayu sebagai ganti dapur tong gas demi menmpakkan betapa susahnya mereka.Tetapi mereka tinggal di kawasan di mana peluang pekerjaan terbentang dan tersedia begitu banyak.
Jadi sampai bila mereka ini akan dapat mengubah nasib diri dan generasi?????? kerana yang nyata mereka akan mewariskan kemiskinan pula pada anak-pinak mereka. Jom kita cari mereka ini dan bangunkan mereka dari tidur dan kejutkan akal dan fikiran mereka, untuk gunakanya supaya dapat mengubah takdir sendiri.
oleh affa----
KrEaTIf DAN INnoVatIF (Kelumpang Resort)
Pada yang belum tahu apakah benda dalam gambar ini,jadi saya akan bagi tahulah nama benda ini.Mudah-mudahan ianya jadi sumber ilham dan inspirasi pada kita untuk tetap berkarya dan innovatif dalam seni hiasan alam. Gambar ini adalah pancuran air untuk mengambil wuduk bagi orang islam menunaikan solat di surau yang terletak di atas tadahan air pancuran tersebut.Ia nya boleh di gunakan untuk mencuci kaki yang terkena selut dan lumpur ketika brjalan-jalan di sekitar kawasan resort.
Di manakah gambar ini di ambil dan di mana anda boleh melihatnya? Ianya berada di sebuah pusat latihan dan resort Kuala Kubu Baru.Kelumpang REsort.
Sekian Saje
Thursday, August 19, 2010
Asam ,manis keja bulan posa...
Nak tau lebih mendalam jom ikut ceta ini.
Bulan puasa merupakan bulan yang mencabar dan sangat-sangat memerlukan fokus bukan saje pada pelanggan tetapi paling utama pada rakan setugas.Sekali lagi semasa aku incharge coffee housenya sale untuk buffet ramadhan mmg di luar jengkaan.Hari-hari jumlah pelanggan utk berbnuka puasa saja tak pernah kurang dari 500 paxs.Sedangkan muatan maximum restoran cuma 124 paxs sahaja.Tetapi demi menampung permintaan pelanggan terpaksalah mengguna area outlet lain.
Bila dah terjadi demikian mulalah yang ada title dan sama pangkat nie komplen sana-komplen sini.Tak puas hati sebab big boss dan GM minta staff kat outlet dia buat OT.Tapi meka tak penah fikir revanue sale masuk dalam department sale bukan aoutlet sale. Itu lah yang di kata kan makin depa tu lama keja kata tempat nie makin vongol dan tolol pula jadinya.Patut pun ada yang dah keja 10 tahun sepanjang itulah supervisor aje.Ada yang dah jd asst outlet manager tapi management skill dan dapartment knowladge haram tak tau,nak tekan computer pun takut melecur jari.
Aku pun running the show dgn 4 orang staff perempuan amik part time 4 orang,kadang2 staff bqt wat ot dan juga budak golfers cafe, best skali staff sale dan marketing dan akaun department pun wat ot juga....Gm dan CEO senyum sampi ke ketiak tiap2 hari..bila daily sale kita mencecah ratusan ribu...Kesian budak2 kitchen terutama yang praktikal keja 18 jam tiap2 hari..
Bestnya masa keja kat sini ramai pekerja luar negara macam dari Nepal.indonesia,myanmar dan kemboja.Meka nie pula hormat dan sangat rapat dengan aku, dari jauh lagi asal nampak aku masuk keja berlari meka datang nak jabat tangan atau cuma nak ucap selamat.Benda-benda kecil seperti ini pun jadi onar pada kawan-kawan kita yang dengki dengan layanan yang aku dapat. Bukan aku sogok pun mat2 napel dan minah2 indon nie hormat dengan aku, tapi benda tu lahir dari dalam diri kita.Bila kita ada rasa hormat pada diri sendiri, ianya akan melimpah pada hormat untuk orang lain pula.Apabila yang kita hormati itu walaupun meka taraf budak beluci atau suruhan kita tentu pandangan meka pada kita jauh berbeza.
Pada aku asas kejayaan sesuatau yang kita lakukan itu adalah berpunca dari rasa seronok dan minat.Bila semua itu ada dalam diri kita,bila kita melakukan keja orang lain dapat rasakan bahawa ada jiwa dan perasaan yang kita sertakan.Jadi mereka berasa dekat dan di beri perhatian walaupun kadang-kadang ianya melibatkan emosi, disiplin dan kecuaian.Selagi dengki kesumat ini ada dalam jiwa bila kita melihat kelebihan orang lain selagi itulah kita akan selalu tewas.
Bulan posa pun berlalu revanue meningkat sebab ramadan buffet buat duit, company dapat profit.Tapi kami pekerja yang berstatus level pengurusan bercakaran sesama sendiri, sana sini kaki ampu,bodek dan menjatuhkan sesama sendiri.Nak cipta group A dan group B, dah aku tersepit sebab akulah executif yang paling muda dan junior tetapi yang ke 2 tinggi pangkat, selepas dapartmen Head OF Department......Sudahnya aku pula jadi bahan di tunding jari kata nya aku terlalu di manjakan oleh pengurusan sebab aku ada keturunan cina,aku baik dengan GM dan macam-macam lagi.
Akhir sekali aku amik keputusan buat surat letak jawatan, sebab jika aku fight mesti mereka ini akan kalah teruk dan terkeluar.Sedangkan merek ada anak bini nak di beri makan, lagi pun skill dan knowledge meka nie kat luar sana, org tak kan pandang sebelah mata pun.Komputer x pandai,speaking hancur,komunikating skill out, self presentation 0'.Jadi apa meka buat kalo kena buang keja dari sini,sedangkan aku bila aku berhenti dari sini aku cuma cakap dapat udara segar dan baru.....demi sebab itulah ku letakkan tender letak jawatan ku sebagai executif dan mencari rezki di bumi lain....
Catatan harian ku...
Hari ini nak ceta pasal memori puasa tahun 2007, time tu aku dah bekerja di sebuah kelab golf yang antara yang termewah di malaysia.Jawatan ku waktu itu dari supervisor naik kah management trainee dengan basic gaji rm1700.Itulah seperti dalam pic aku nie,meka itu kwn2 aku yang bertugas bertungus lumus semasa bulan ramadahn.
Tahun aku bertugas di restoran ini sales mmg gila2 punya buzy terutama time ramadan.Hari2 fully booking,kira pecah rekodlah...part time terpaksa kena standby extra,sampai budak2 keja caddy pun aku minta buat part time dgn gaji terus bayar on cash term...
Nak buat ceta time nie,bar supervisor pula di transfer jd floor supervisor oleh manager baru aku. Supervisor baru nie pula mana ada speed dan situation management skill,so kelam kabut lah dia all the time.Ape lagi keja kau makin serabut di buatnya..Dan managaer baru nie pula basic experiance dari restoran fine dining,mane reti speed dan mana tau floor dancing stratagy.
Lagi lah satu dol bertambah.Nasib baik lah ada 3 kapten yang pandai ikuit arahan dan plan yang aku lay out kn pd meka.
Posa mmg lah posa tp dosa pahala mmg mcm air dgn minyak lah duk bercampur aduk,tp syukur aku tetap dapat jaga solat 5 waktu ku dengan betul.Sebab itu lah kut Tuhan bantu aku bila aku berada dlm suasana genting dan sengaja nk di kenakn oleh boss baru aku.Dia takpuas hati sebab aku lagi pandai dari dia,aku tak ikut arahan gila dia.
Dia org baru di kwsn sini tak sama kat fine dining kat luar sana>tansri,dato dan org kaya kt malaysia nie rumahnya ada sekitar kelab golf nie aje.dah meka kenal aku,hampir hari2 duk bertegur sapa dgn fmly meka jd kita tahu rutin dan life style meka.....tp boss baru aku nie main hentam ikut ape dia baca dlm buku dan bilik kuliah saje..Aku ckp you taking control of the floor by using your current needs of the situation not what you've got from the book...buku itu ilmu sbg panduan.Vongol punya orang..
Jadi terjadilah perang dingin antara kami dan staff2 lain mmg sokong dgn aku.Dia pula mmg 2 x vongol, masalah aku dgn dia tp staff2 lain pun dia kerjakan.Setiap benda xbetul pada dia.kalo betul tp dia ada salution dan kaedah yg baik atau lebih baik ..kira patutlah dia buat hal..tp ini xde..merosakkn majlis lg.
Jadi bila dia keluarkan surat tunjuk sebab dan report slah laku pada aku dan bagi pada pengurusan mmg dia dah cari nahas betul....sebab 3 tahun aku peggang pekerja tahunan terbaik berturut2. Pekerja terbaik pilihan oleh rakan penyewa premis.no cuti sakit,lambat,salah laku tata tertib.kira rekod cermerlang lah....
So pihak pengurusan pun pending dulu, why,tetiba aje ada krisis nie.Sebab b4 nie F&B berjalan selama 6 bulan tanpa ade big boss, jadi kami supervisor berganti2 jd executive trainee run the department.But 6 bulan mmg xde problm.....why tetibe bergolak pula nie....
Jadi kami rakan2 orang bawah nie pun bermeeting untuk bersedia jika dia buat hal2 yang akan menjejaskan salah seorang dari kami.So kami teruskan berlakon ikut arahan dia mcm biasa tetapi buar catitan salah dan silap yang dia buat.Rupa2nya dia dlm plan nk buang kami yag ada peluang jd management trainee,asst. manager dan floor executive, dia nk bawa kawan2 dia masuk keja. Itu lah pentingnya jika anda pandai berbahasa kaum lain ttpi jgn heboh2 kn...dia bergayut punya bergayut aku terdengar lah perbualannya itu....so plan seterusnya ..jommm kita bikin dia marah........bagi yang kau2 punya.
So bulan posa mmg 18 jam keja bzz spnjg masa,dia pula dah mula bawa kwn2 dan puak muak dan sekutu sekuman dengan ke tempat kerja.Lagilah senang kami pasang perangkap atau tangkap kesalahannya.So akhirnya pada 27 ramadhan tahun 2002, pagi dalam jam 9.30 aku mewakili pekerja yang teraniya berjumpa dengan General Manager dengan memberikan surat yang detail mencatatkan bentuk-bentuk kesalahan big boss F&B baru....GM yang amik aku dan bawa / ajak aku keja dengan dia dah tahu betapa aku mmg tak akan buat cerita begini tanpa sebab.7 hari selepas itu keluarlah berita hangat lagi sensasi Boss Baru F&B dah di buang keja 24 jam.Kami pun bertepuk sorak bergumbira biarpun tahu beban tugasan makin bertambah,tetapi sekurang-kurangnya.Periuk nasi kami tidak terjejas dan tidak di tebur pasir oleh orang yang busuk hati..
Sekian
Wednesday, August 18, 2010
Wednesday, August 11, 2010
Umat Islam Kuat dan gagah di bulan Ramadan..
Salam Ramadan saya ucapkan kepada sekalian yang mengikuti laman blogg ku ini,bersempena bulan yang mulia ini.Molek kiranya kita fokuskan pendekatan kita kepada bab-bab terbiyah samaada berbentuk agama mahu pun ulasan atau pun nasihat.Mudah-mudahan dengan yang demikian kita akan sama-sama mendapat menfaatnya dan beramal kepada kebaikkan.
Misalnya tentang topik yang tertera di atas"umat islam kuat dan gagah di bulan ramadan",ia nya adalah simbolik yang tepat untuk menafikan bila kita posa kita akan jadi lemah,lesu,tiada tenaga dan mudah mengalah.Memanglah bila kita kurang makan kita akan jadi kurang tenaga,
tetapi itu dakyah orang yang hanya melihat dari segi kekuatan fizikal,mereka lupa asas kekuat an sebenarnya ialah dari sifat spritual.
Jangan kita lupa banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ramadan dan umat islam mampu ber oleh kejayaan.Sebab itulah dalam bab berposa ada kaedah-kaedah tertentu yang jelas membezakan posa kita dengan amalan-amalan posa agama lain.Besrsahur mislanya penting dan jangan di anggap remeh,ia adalah punca bekalan tenaga untuk seharaian berposa.Di samping makan dan minum harus di fikirkan juga jenis menu yang kita ambil.Bukan soal mahal murah atau pelbagai menu tersebut yang sangat di ambil kira.Tetapi kandungan khasiatnya juga jangan lah di ambil enteng.Sebab itulah Nabi Muhammad saw mampu berposa dengan hebat walaupun cuma bersahur dengan 3 biji buah kurma dan air suam.Kerana buah kurma itu memang sangat banyak kandungan khasiatnya.
Jadi marilah kita fikir-fikirkan apakah yang menjadikan kita kuat dan hebat di bulan ramadan ini.Keperluan tenaga dan kekuat spiritual haruslah sejajar supaya produktiviti kita tetap kekal hebat dan perkasa sepanjang bulan ramadan ini..
Saturday, August 7, 2010
Anjakan Perubahan DIRI KU....
Aku sering mau tau jawapan mengapa semua ujian demi ujian menimpa hidup ku.Tiada ber temu jawapan pada pertanyaan itu,lalu datang lagi satu ujian yang menimpa.Aku juga sering menyakan diri ku apakah semua ini terjadi kerana aku tidak bagus menjadi aku,tidak serasai sebagai diri ku.Maka aku patut jadi orang lain dan bersifat dan bertindak seperti orang lain....
Memang beginilah yang selalu bermain dalam benak fikiran ku(Aku belum baik jadi diri ku)
Apa pun persoalan yang bermain di kotak pemikiran aku akhirnya sedar bahawa sudah begini tertulis di loh mahfuz akan qada dan qadar ku.Tetapi apakah dengan semudah ini aku bagai alasan sedangkan akau rasa aku sudah terlalu sempurna dengan penciptaan ini.Aku mulai sedari ada sesuatu yang perlu ku gali dan cari di mana asal punca musibah dan kecelakaan ini terjadi terhadap diri ku.
Aku sering juga bermonolog dalam diri ku dengan mengatakan untuk berubah dan nak berubah.Tetapi perubahan dan bagaimana untuk berubah itu lah yang masih tak bertemu jalan permulaannya.Kadanag-kadang aku menagis dan merasa letih dengan semua ini.tetapi bila sebak itu telah hilang aku pun hilang fokus pada niat untuk berubah.Dan demi ku rasa waktu masih bersisa ini dan ramadhan pun kian tiba ku cabar kembali diri ku supaya semula menghidupkan bara semangat untuk berubah.Jangan pernah kalah pada asakkan kemahuan dan desakkan nafsu kerana itu semua adalah hasutan syaitan yang terus menyesatkan aku.
Ku imbas kembali satu demi satu musibah yang menimpa hidup ku,ku perhalusi dan muhasabah diri.Mencari sebab hikmah dan natijah pada setiap kejadian itu semuanya adalah berpunca dari sikap lalai dan alpa ku.Aku merancang sesuatu untuk mencapai sesuatu tetapi aku sering gagal menghubung kaitkan dengan buruk baik di sebalik tindakkan ku itu.Aku pada asas nya sangat mengikut kehendak kata hati dan juga keras hati.Mungkin dah terbiasa hidup sen diri bertahun-tahun lamanya maka apa pun yang aku fikirkan,rencanakan dan tindakan tak pernah aku coba kongsi atau minta pendapat dari orang lain.Sifat individualistik ku terlalu tebal.
Dan ianya semakin menebal bila aku selalu menjadi idola dan perhatian oleh orang lain.Ciri-ciri unik,comel,mudah disukai,pandai bercakap,fasih berbahasa english dan cekap menguasi suasana tambah menjadikan aku lupa untuk menghasabah diri.
Tetapi musibah yang kali ini iaitu terlibat dalam kemalangan ngeri pada 26/11/2009 adalah yang banyak impak dalam hidup ku.Terlantar di hospital hampir 3 bulan,8 kali menjalani pembedahan,luka yang tak sembuh-sembuh,kesukaran hidup selepas keluar hospital telah menjadi sebagai satu medium yang Allah swt kurniakan pada diri ku supaya rehatlah,fikirlah, renunglah dan cari diri mu kembali.Pun demikian aku masih si degil dan si keras hati yang tidak mau menggunakan nikmat akal dan fikiran walau pun telah di beri banyak kesempatan waktu oleh Allah swt.Tapi Allah dengan sifat mahaa rahman dan rahimnya akhirnya memberikan aku ilham untuk bersemangat mau berubah kembali.
Allah swt kurnia kan aku mata,tangan,kaki dan lain-lain anggota badan tanpa perlu membayar sebagai tanda aku dibolehkan untuk menggunakan semua anggota badan ku.Semua yang telah di berikan tadi tiada had waktu penggunaannya dan tiada tempoh waktu tertentu.Pemberian percuma ini sudah tentu untuk tujuan kebaikkan dan memberi menfaat pada yang lain juga.Jika aku sebagai kereta atau ciptaan-ciptaan yang lain maka penggunaan ku adalah di kawal sepenuhnya oleh pemiliknya.Tetapi aku sebagai manusia pula walaupun wujud atas sebab di ciptakan dari yang maha pencipta,tetapi aku masih lagi ada akal dan fikiran yang dapat aku guna untuk membuat pilihan-pilihan tertentu.Kebebasan membuat pilihan itu adalah sifat hebat dan mulia pada diri ku.Tetapi sifat yang demikian juga akhirnya menjerat aku antara delima mencari yang nikmat sementara atau berubah kepada kebaikkan.Lantaran itu kaki ku se lalu membawa aku berjalan ke simpang-simpang hidup yang nikmat yang seketika cuma.Fungsi akal dan otak selalu terabai begitu sahaja.
Aku ada satu lagi nikmat yang patut ku langsaikan untuk di sebut jua di sini,tak lain melainkan nikmat iman dan islam.Menjadi seorang islam dengan iman yang menyatu dalam diri ku,aku rasa berbeza dan sangat berharga sekali.kerana dengan memilih menjadi seorang islam aku dapat mengenal tuhan ku dan ajaran yang dibawa oleh Rasul muhammad saw dengan rasa tanpa was-was dan ragu-ragu sebagaimana waktu aku belum islam dahulu.Iman,islam akal dan fikiran jika ia menyatu dan bergabung lalu di guna kan untuk tujuan baik pasti setiap percakapan tindakan dan perbuatan akan terdorong kepada yang baik-baik sahaja.Tetapi diri tidak selalu kuat dan hebat untuk menahan rempuhan dorongan nafsu dan godaan syaitan.Kerana itulah se lalu sahaja kaki,mata,mulut dan tangan berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya.Mungkin itulah puncanya murka Allah swt pada ku maka di berinya ujian ini demi memberi aku ruang berfikir dan muhasabah diri sekali lagi.
Wednesday, August 4, 2010
Penantian Suatu Penyeksaan....huuuuuuuu....
Apatah lagi insan selalu menggunakan kekuatan lidah dan lisan untuk mengikat sesama insan dengan janji manis dan kata-kata yang meyakinkan untuk berasa perlu dan terpanggil untuk menanti dan tertunggu-tunggu.Insan akan menjadikan masa dan lokasi sebagai penguat ikatan untuk jadi setia pada sesuatu yang di janjikan dengan menanti.
Penanatian adalah satu kometmen dan adalah satu pengorbanan dari sesama insan yang berperasaan.Penantian adalah kata dan tindakan yang perlu selaras untuk mmencapai tujuan.
SENYUM DAN KETAWA ITU RAWATAN HATI TAPI..
sahabat ku yang girang ketawa ini tentu hatinya penuh dengan bunga-bunga bahagia dan hidup nya sering disinari cahaya ketenangan dan kelapangan.Jika demikianlah halnya maka kenapa kita perlu jadikan kehidupan ini sebagai medan duka lara dan diserebuti dengan masalah.Kera na apa pun alasan dan penafian kita buat,yakinlah hidup adalah masalah dan masalah tetap ada selagi kita hidup....
Tetapi banyak ketawa pun akan menyebabkan kita mudah lupa dan tak berapa fokus pada sesuatu hal dan perkara.. jadi dalam bab ini kenalah juga berpada-pada sebab biar pun ia adalah ubat pada hati yang lara dan duka ia juga boleh jadi sebagai titik hitam yang boleh menjadikan diri kita degil dan ego...
Subscribe to:
Posts (Atom)