Keperitam hidup tidak pernah mnegenal waktu dan zaman, bila sahaja manusia leka dan alpa maka kemiskinan dan kepritan hidup pun menjelma. Manusia yang tiada pernah membina impian , takut bersikap positif, rasa ralat untuk mengejar impian dan tidak dorongan diri untuk berubah ke tahap yang lebih baik. Maka mereka inilah yang akan menjadi manusia yang berja lan tetapi mereka berjalan secara mengundur bukannya kehadapan.
Seharusnya peluang yang ada di bumi bertuah ini di guna pakai oleh kita tanpa rasa malu, segan,rendah diri dan ragu-ragu, terutama jika semua peluang yang terbentang itu adalah untuk merubah keadaan nasib diri,isteri dan anak-anak kita. Tetapi lazimnya, pabila kita terhentuk lalu terluka ramai di antara kita yang melatah dan takut pada warna darah dan mencari punca salah silap.sepatutnya kita cari obat dan penawar dahaulu pada luka tersebut.Hentikan pengaliran darah supaya keadaan tidak menjadi teruk.
Di umpamakan dalam hidup ini, jika kita di timpa kesusahan dan kedukaan, kenapa harus di ratapi segala kisah suka dan derita itu. Bukankah susah senang itu adalah adat dalam hidup. Jadi kenapa tidak cari formula baru untuk mengubah sesuatu yang lama kepada yang baru.Bukan membuat yang lama dan takut pada sesuatu yang baru. Jika terus meneruskan berharapkan ada tangan-tangan ehsan datang membantu, tak ubah lah kisahnya seperti menunggu rezki yang bulat datang bergolak yang pipih datang melayang. Tapi benda tu takkan hari-hari terjadi, jika ianya pun terjadi cuma bermusim dan perayaan tertentu sahaja.
Al-kisah Dapur masak dulu-dulu di zaman sekarang ini aku olah semula kerana ingin menemplak golongan yang dah tau diri mereka susah, miskin dan dhaif, tetapi tak pernah mahu
berubah sikap dan perangai. Pada mereka sangat bangga dengan status asnaf, lantaran adalah terkandung dalam al-quran dan jika anjakkan perubahan di lakukan maka mereka akan terlepas dari mendapat pemberian zakat dan wang ehsan hari raya dan macam-macam bantuan lagi. Oleh sebab itu mereka lebih rela menggunakan dapur kayu sebagai ganti dapur tong gas demi menmpakkan betapa susahnya mereka.Tetapi mereka tinggal di kawasan di mana peluang pekerjaan terbentang dan tersedia begitu banyak.
Jadi sampai bila mereka ini akan dapat mengubah nasib diri dan generasi?????? kerana yang nyata mereka akan mewariskan kemiskinan pula pada anak-pinak mereka. Jom kita cari mereka ini dan bangunkan mereka dari tidur dan kejutkan akal dan fikiran mereka, untuk gunakanya supaya dapat mengubah takdir sendiri.
oleh affa----
Aku tidak pernah salah dalam catatan ini, kerana aku terlibat sepenuhnya mendekati golongan ini, se hingga seakan-akan berhenti akal ku berfungsi: bg mana dapat mengubah mereka ini
ReplyDelete