Misalnya tentang topik yang tertera di atas"umat islam kuat dan gagah di bulan ramadan",ia nya adalah simbolik yang tepat untuk menafikan bila kita posa kita akan jadi lemah,lesu,tiada tenaga dan mudah mengalah.Memanglah bila kita kurang makan kita akan jadi kurang tenaga,
tetapi itu dakyah orang yang hanya melihat dari segi kekuatan fizikal,mereka lupa asas kekuat an sebenarnya ialah dari sifat spritual.
Jangan kita lupa banyak peristiwa yang berlaku pada bulan ramadan dan umat islam mampu ber oleh kejayaan.Sebab itulah dalam bab berposa ada kaedah-kaedah tertentu yang jelas membezakan posa kita dengan amalan-amalan posa agama lain.Besrsahur mislanya penting dan jangan di anggap remeh,ia adalah punca bekalan tenaga untuk seharaian berposa.Di samping makan dan minum harus di fikirkan juga jenis menu yang kita ambil.Bukan soal mahal murah atau pelbagai menu tersebut yang sangat di ambil kira.Tetapi kandungan khasiatnya juga jangan lah di ambil enteng.Sebab itulah Nabi Muhammad saw mampu berposa dengan hebat walaupun cuma bersahur dengan 3 biji buah kurma dan air suam.Kerana buah kurma itu memang sangat banyak kandungan khasiatnya.
Jadi marilah kita fikir-fikirkan apakah yang menjadikan kita kuat dan hebat di bulan ramadan ini.Keperluan tenaga dan kekuat spiritual haruslah sejajar supaya produktiviti kita tetap kekal hebat dan perkasa sepanjang bulan ramadan ini..
No comments:
Post a Comment