Monday, August 30, 2010

Sambutan 53 kemerdekaan


Bersempena mlm hari menghitug detik merdeka nak juga aku coretkan sesuatu yg baru dalam blogg aku nie..sebab dah agak lama aku tak ade kesempatan nak menulis dek kerana badan ku yag tak sihat dan malas.
Sebagai anak merdeka dan lahir setelah mendapat kemerdekaan kita seharusnya mempunyai inspirasi yang jauh lebih kehadapan dan lebih ketrampilan berbanding mereka yang lahir di zaman baru mula merdeka. Sebab sifat merdeka itu sangat fragile pada ketika ini berbanding di waktu zaman mula- mula merdeka dulu.Dahulu semangat untuk mencapai merdeka itu sangat jitu dan setiap lapisan mesyarakat juga pemimpin berkorbar-kobar untk melihat kemerdekaan itu terlaksana di bumi melaya, malaysia tanpa ada pembahagian isu kesamarataan, pengaruh budaya luar dan anak-anak muda yang sosial mereka tercemar.Di ketika itu tujuan untuk merdeka itu adalah bulat dan jitu untuk ekonomi,sosial,pentadbiran,pendidikan dan masa hadapan negara.
Tapi coba di lihat sekarang keadaan kita dalam gelombang ambang merdeka kita sebenarnya sangat rapuh dan fragile. Setiap kaum berlumba-lumba untuk berusaha nak menjadi hero dalam negara yang majmuk rakyatnya.Persoalan hak dan asasi juga keistimewaan tertentu di persoalkan,menunding jari sesama kaum dan bangsa untuk saling menjatuhi,politik tercemar oleh sikap rakus dan bangsat sesama kita.Sedang mereka tiada adunan yang jitu untuk melahirkan satu keazaman melestarikan semangat merdeka yang seperti mula-mula merdeka.
Lihat saje pada anak-anak muda kita mana kita tahu dalamnya sifat merdeka mereka, ape yang mereka lestarikan sebagai generasi merdeka. Malu berpakain sopan,malu bertutur bahasa malaysia apatah lagi bahasa ibunda mereka. Mencedok amalan budaya dan fahaman yang bukan dari rumpun bangsa malaysia yang berdaulat. Bangga dengan persepsi maju alah buatan import bukan tempatan.Terang-terangan mencemarkan nama baik bangsa dan negara seperti menjadi kambing hitam najis dadah,pelacuran,happies, free thinker dan lain-lain lagi.
Acuan ambang merdeka ialah kita mesti leraikan kekusutan risalah perkauman dalam diri kita dan mempunyai tunjang kepercayaan agama yang kuat.Mengisi ruang merdeka itu dengan jati diri sebagai anak generasi merdeka yang ada ilmu mampan, berubah seiring dengan zaman tanpa mengadaikan meruah agama.bangsa dan negara.Melihat perbezaan agama.kaum dan kebolehan serta kekurangan sesama sebagai satu batu konkrit yang akan menjadi satu bangunan yang kukuh dan cantik jika saling lengkap melengkapi.

No comments:

Post a Comment