Thursday, August 19, 2010

Asam ,manis keja bulan posa...


Nie ceta al-kisah masa keja kat Pasir Gudang Johor,Tanjong Puteri Golf Resort tu lah nama Resort 4 bintang tmpt aku kerja.Mula-mula kej jd managment trainee dulu,lama2 tu dpat jadi outlet executive.Mendaki kerjaya nie dengar bunyinya sedap dan indah aje tapi, hakikatnya tersangatlah perit.

Nak tau lebih mendalam jom ikut ceta ini.

Bulan puasa merupakan bulan yang mencabar dan sangat-sangat memerlukan fokus bukan saje pada pelanggan tetapi paling utama pada rakan setugas.Sekali lagi semasa aku incharge coffee housenya sale untuk buffet ramadhan mmg di luar jengkaan.Hari-hari jumlah pelanggan utk berbnuka puasa saja tak pernah kurang dari 500 paxs.Sedangkan muatan maximum restoran cuma 124 paxs sahaja.Tetapi demi menampung permintaan pelanggan terpaksalah mengguna area outlet lain.

Bila dah terjadi demikian mulalah yang ada title dan sama pangkat nie komplen sana-komplen sini.Tak puas hati sebab big boss dan GM minta staff kat outlet dia buat OT.Tapi meka tak penah fikir revanue sale masuk dalam department sale bukan aoutlet sale. Itu lah yang di kata kan makin depa tu lama keja kata tempat nie makin vongol dan tolol pula jadinya.Patut pun ada yang dah keja 10 tahun sepanjang itulah supervisor aje.Ada yang dah jd asst outlet manager tapi management skill dan dapartment knowladge haram tak tau,nak tekan computer pun takut melecur jari.

Aku pun running the show dgn 4 orang staff perempuan amik part time 4 orang,kadang2 staff bqt wat ot dan juga budak golfers cafe, best skali staff sale dan marketing dan akaun department pun wat ot juga....Gm dan CEO senyum sampi ke ketiak tiap2 hari..bila daily sale kita mencecah ratusan ribu...Kesian budak2 kitchen terutama yang praktikal keja 18 jam tiap2 hari..

Bestnya masa keja kat sini ramai pekerja luar negara macam dari Nepal.indonesia,myanmar dan kemboja.Meka nie pula hormat dan sangat rapat dengan aku, dari jauh lagi asal nampak aku masuk keja berlari meka datang nak jabat tangan atau cuma nak ucap selamat.Benda-benda kecil seperti ini pun jadi onar pada kawan-kawan kita yang dengki dengan layanan yang aku dapat. Bukan aku sogok pun mat2 napel dan minah2 indon nie hormat dengan aku, tapi benda tu lahir dari dalam diri kita.Bila kita ada rasa hormat pada diri sendiri, ianya akan melimpah pada hormat untuk orang lain pula.Apabila yang kita hormati itu walaupun meka taraf budak beluci atau suruhan kita tentu pandangan meka pada kita jauh berbeza.

Pada aku asas kejayaan sesuatau yang kita lakukan itu adalah berpunca dari rasa seronok dan minat.Bila semua itu ada dalam diri kita,bila kita melakukan keja orang lain dapat rasakan bahawa ada jiwa dan perasaan yang kita sertakan.Jadi mereka berasa dekat dan di beri perhatian walaupun kadang-kadang ianya melibatkan emosi, disiplin dan kecuaian.Selagi dengki kesumat ini ada dalam jiwa bila kita melihat kelebihan orang lain selagi itulah kita akan selalu tewas.

Bulan posa pun berlalu revanue meningkat sebab ramadan buffet buat duit, company dapat profit.Tapi kami pekerja yang berstatus level pengurusan bercakaran sesama sendiri, sana sini kaki ampu,bodek dan menjatuhkan sesama sendiri.Nak cipta group A dan group B, dah aku tersepit sebab akulah executif yang paling muda dan junior tetapi yang ke 2 tinggi pangkat, selepas dapartmen Head OF Department......Sudahnya aku pula jadi bahan di tunding jari kata nya aku terlalu di manjakan oleh pengurusan sebab aku ada keturunan cina,aku baik dengan GM dan macam-macam lagi.
Akhir sekali aku amik keputusan buat surat letak jawatan, sebab jika aku fight mesti mereka ini akan kalah teruk dan terkeluar.Sedangkan merek ada anak bini nak di beri makan, lagi pun skill dan knowledge meka nie kat luar sana, org tak kan pandang sebelah mata pun.Komputer x pandai,speaking hancur,komunikating skill out, self presentation 0'.Jadi apa meka buat kalo kena buang keja dari sini,sedangkan aku bila aku berhenti dari sini aku cuma cakap dapat udara segar dan baru.....demi sebab itulah ku letakkan tender letak jawatan ku sebagai executif dan mencari rezki di bumi lain....

No comments:

Post a Comment