Aku sering mau tau jawapan mengapa semua ujian demi ujian menimpa hidup ku.Tiada ber temu jawapan pada pertanyaan itu,lalu datang lagi satu ujian yang menimpa.Aku juga sering menyakan diri ku apakah semua ini terjadi kerana aku tidak bagus menjadi aku,tidak serasai sebagai diri ku.Maka aku patut jadi orang lain dan bersifat dan bertindak seperti orang lain....
Memang beginilah yang selalu bermain dalam benak fikiran ku(Aku belum baik jadi diri ku)
Apa pun persoalan yang bermain di kotak pemikiran aku akhirnya sedar bahawa sudah begini tertulis di loh mahfuz akan qada dan qadar ku.Tetapi apakah dengan semudah ini aku bagai alasan sedangkan akau rasa aku sudah terlalu sempurna dengan penciptaan ini.Aku mulai sedari ada sesuatu yang perlu ku gali dan cari di mana asal punca musibah dan kecelakaan ini terjadi terhadap diri ku.
Aku sering juga bermonolog dalam diri ku dengan mengatakan untuk berubah dan nak berubah.Tetapi perubahan dan bagaimana untuk berubah itu lah yang masih tak bertemu jalan permulaannya.Kadanag-kadang aku menagis dan merasa letih dengan semua ini.tetapi bila sebak itu telah hilang aku pun hilang fokus pada niat untuk berubah.Dan demi ku rasa waktu masih bersisa ini dan ramadhan pun kian tiba ku cabar kembali diri ku supaya semula menghidupkan bara semangat untuk berubah.Jangan pernah kalah pada asakkan kemahuan dan desakkan nafsu kerana itu semua adalah hasutan syaitan yang terus menyesatkan aku.
Ku imbas kembali satu demi satu musibah yang menimpa hidup ku,ku perhalusi dan muhasabah diri.Mencari sebab hikmah dan natijah pada setiap kejadian itu semuanya adalah berpunca dari sikap lalai dan alpa ku.Aku merancang sesuatu untuk mencapai sesuatu tetapi aku sering gagal menghubung kaitkan dengan buruk baik di sebalik tindakkan ku itu.Aku pada asas nya sangat mengikut kehendak kata hati dan juga keras hati.Mungkin dah terbiasa hidup sen diri bertahun-tahun lamanya maka apa pun yang aku fikirkan,rencanakan dan tindakan tak pernah aku coba kongsi atau minta pendapat dari orang lain.Sifat individualistik ku terlalu tebal.
Dan ianya semakin menebal bila aku selalu menjadi idola dan perhatian oleh orang lain.Ciri-ciri unik,comel,mudah disukai,pandai bercakap,fasih berbahasa english dan cekap menguasi suasana tambah menjadikan aku lupa untuk menghasabah diri.
Tetapi musibah yang kali ini iaitu terlibat dalam kemalangan ngeri pada 26/11/2009 adalah yang banyak impak dalam hidup ku.Terlantar di hospital hampir 3 bulan,8 kali menjalani pembedahan,luka yang tak sembuh-sembuh,kesukaran hidup selepas keluar hospital telah menjadi sebagai satu medium yang Allah swt kurniakan pada diri ku supaya rehatlah,fikirlah, renunglah dan cari diri mu kembali.Pun demikian aku masih si degil dan si keras hati yang tidak mau menggunakan nikmat akal dan fikiran walau pun telah di beri banyak kesempatan waktu oleh Allah swt.Tapi Allah dengan sifat mahaa rahman dan rahimnya akhirnya memberikan aku ilham untuk bersemangat mau berubah kembali.
Allah swt kurnia kan aku mata,tangan,kaki dan lain-lain anggota badan tanpa perlu membayar sebagai tanda aku dibolehkan untuk menggunakan semua anggota badan ku.Semua yang telah di berikan tadi tiada had waktu penggunaannya dan tiada tempoh waktu tertentu.Pemberian percuma ini sudah tentu untuk tujuan kebaikkan dan memberi menfaat pada yang lain juga.Jika aku sebagai kereta atau ciptaan-ciptaan yang lain maka penggunaan ku adalah di kawal sepenuhnya oleh pemiliknya.Tetapi aku sebagai manusia pula walaupun wujud atas sebab di ciptakan dari yang maha pencipta,tetapi aku masih lagi ada akal dan fikiran yang dapat aku guna untuk membuat pilihan-pilihan tertentu.Kebebasan membuat pilihan itu adalah sifat hebat dan mulia pada diri ku.Tetapi sifat yang demikian juga akhirnya menjerat aku antara delima mencari yang nikmat sementara atau berubah kepada kebaikkan.Lantaran itu kaki ku se lalu membawa aku berjalan ke simpang-simpang hidup yang nikmat yang seketika cuma.Fungsi akal dan otak selalu terabai begitu sahaja.
Aku ada satu lagi nikmat yang patut ku langsaikan untuk di sebut jua di sini,tak lain melainkan nikmat iman dan islam.Menjadi seorang islam dengan iman yang menyatu dalam diri ku,aku rasa berbeza dan sangat berharga sekali.kerana dengan memilih menjadi seorang islam aku dapat mengenal tuhan ku dan ajaran yang dibawa oleh Rasul muhammad saw dengan rasa tanpa was-was dan ragu-ragu sebagaimana waktu aku belum islam dahulu.Iman,islam akal dan fikiran jika ia menyatu dan bergabung lalu di guna kan untuk tujuan baik pasti setiap percakapan tindakan dan perbuatan akan terdorong kepada yang baik-baik sahaja.Tetapi diri tidak selalu kuat dan hebat untuk menahan rempuhan dorongan nafsu dan godaan syaitan.Kerana itulah se lalu sahaja kaki,mata,mulut dan tangan berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya.Mungkin itulah puncanya murka Allah swt pada ku maka di berinya ujian ini demi memberi aku ruang berfikir dan muhasabah diri sekali lagi.
No comments:
Post a Comment