Wednesday, October 5, 2011

Dugaan berniaga....

penat dan lelah dalam berniaga nie memang hari-hari terasa.apa lagi jika orang sekeliling kita suka benar buat hal dan tanpa memikirkan perasaan sensitiviti orang lain....
tapi dah aku yang nak gatai sangat berniaga sebab tak suka duk bawah arahan orang maka apa pun yang berlaku aku kena tahan hati lah.....
nak kata kaya sapa tak nak jadi kaya,tapi untuk masa terdekat nie adalah lebih baik aku fokuskan pada soal terus belajar memahami current situation demand...lama-lama nanti pasti aku dapat juga hasil dari yang telah aku leburkan dalam perniagaan ini.

Thursday, July 28, 2011

JD BUSSINESS MAN LAH PULA AKU....

Salam pd uols semua yg sudi ikuti blogger aku ini.maaf lah ye! aku bzz akhir2 nie.....ada dlm sebulan rasanye aku xon9.bukan saje2 xnk on9,tp aku sebenarnye bzz gile...gila pun xjd bzz cam nie.....
oooooooye..nk kabor kt korg yg skrng aku dah quit keja dgn sape2...jd kiranya aku jd taukeh lah.
aku juga jd kuli heheheheheeheh....
Bnes yg aku ceburi nie pun mmg dah minat aku so alang2 aku terus fokus and investkn beberap hinggit modal.buat masa nie aku buka cafe n restoran yg berkonsepkn western/oriental outlet nie kira anak sulong aku....
so jika terlintas lalu kt bandar kuala selangor singgah lah k....

ok lah
dah kering ieda aku .
bye wassalam

Sunday, May 29, 2011

Berkursus di Homestay Sg.Rambai Melaka

28/5 perjalanan dari kuala selangor bermula dari jam 9.2o pagi,highway agak sesak sepanjang jalan ini menyebabkan perjalanan mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira 4 jam.
lebih kurang jam 3.30 ptg kami tiba di destinasi yang di tuju,panas,letih dan tak selesa memang benar- benar mencabar tahap ke kesabaranku.
Bilik pula belom ada,tempat nk membasahkan tekak dengan air sejuk pula tak ada,matahari perit membakar.aturcara majlis kelam kebut.no system so dalam keadaan penat letih panas dan lapar aku terpaksa ikut aja arahan demi arahan yang di beri kan.....
Dormnya pula sangat daif,toilet tak ada yang jenis duduk semuanya cangkung,bilik dorm tak ada siling, cuma guna atap zink,kipas tak rasa langsung angin.tilam nipis gila.Di dewan terbuka untuk seminar pula kipas tak cukup, terbuka seluas-luasnya.kereta dan orang yang lalu lalang sangat-sangat menganggu tumpuan kita.tiada air sejuk yang di sediakan toilet ermmmmm sangat tak selesa.....
bab makanan lagilah teruk....dewan makan sempit,tak cukup tempat duduk,panas dan sejuta macam lagi hal yang tidak memuaskan hati.Sebab program ini berbayar guna wang poket kami sendiri.jadi memanglah hati takkan reda begitu saja dengan keadaan yang terpaksa kami/saya hadapi.
Tapi demi niat untuk mendapat ilmu dan mencari sesuatu yang dapat membantu masa depan yang cermarlang dan gemilang aku/ kami tabahkan hati dan belajar menerima segala keperitan dan kekurangan yang terbentang......
Pada saya banyak tempat HOMESTAY yang telah saya kunjungi dan lawati sebagai lokasi untuk program-program yang kami adakan terutama di seluruh negeri selangor, maka pada mereka yang hendakkan ilmu dan kemahiran untuk menguruskan atau mengujudkan HOMESTAY mereka kena belajar di beberapa tempat HOMESTAY yang terdapat di negeri selangor.....

Tuesday, May 17, 2011

Meka cuma tau aku ada duit........

Tak kuasa dah aku nak layan meka-meka nie,asyik-asyik bila telefon atau sms pasti tak lain yang meka nak ialah duit.Mak bapa suami isteri semuanya sama,meminta-minta adalah tabiat yang pada mereka biasa saja.
Mereka tak pernah fikir keadaan ku dan kesukaran yang sedang aku tanggung,dengan suka hati dan bersahaja mereka meminta itu dan ini pada aku.Apa sebenarnya yang mereka fikirkan pada aku? apakah aku di mata fikir sentiasa punya wang berjuta-juta dan wang itu aku tiada keperluan untuk di gunakan?apakah pada mereka aku ini tiada langsung keperluan seharian untuk di beli atau pada mereka aku terlalu kaya dan mewah sehinggakan tiada hari pada aku tanpa masalah wang?....
Apakah wang ringgit yang aku ada dia meke anggapa harta meka? apakah susah payah aku berkerja siang malam nanti hasilnya untuk mereka?apakah semua yang aku miliki ini masti aku kongsi dengan mereka....
aku bukannya berkira dan bersifat kedekut pada sesiapa pun jua,tapi aku rasa aku sudah terlalu baik pada mereka.banyak permintaan metreka yang telah aku tunaikan walaupun ada kalanya aku lebih memerlukan dari mereka.dan semua ini tak akan berpanjangan selamanya begini,kini aku harus berpaksi pada keperluan pada diri ku dan tak akan mengabaikan kebajikkan diri ku.

Monday, May 9, 2011

aku jadi pemalas

huhuhuhuhuhu......
malasnya nak abiskan hari ku pada hari ini,aktiviti dan komitmen terlalu banyak untuk di laksana kan dalam satu masa.keletihan ini kadang-kadang menjadikan aku terlalu lembab dan lambat untuk bergerak kehadapan.....
projek nak setup outlet butiqe,restoran masih dalam mind mapping lagi....

Wednesday, April 27, 2011

A Journey To Success.....


Once you understand rejection is a learning tool and use it to further your success,you will be ready when it comes and you 'll use it to grow.SUCCESS is a journey, not a destination!!!! Along the way we enjoy continuous triumphs,like helping a friend do something.We put in a day's work and forget about the effort and fatigue.We're thinking about what we have accomplished and what we're going to do next.

Sunday, April 24, 2011

Masa Asyik Tak cukup...

Aku rasa macam nak cempak aja semua nie dalam longkang,buat penat dan sakitkan badan aje.Tapi bila di fikir-fikirkan rugi pula dah kita bersusah payah memulakannya,dah sampi pu separuh jalan jadi lebih baik teruskan saje.Demikianlah perasaan ku bila semacam suka dalam paksa membuat kerja-kerja mengemaskan laman rumah aku.Entah sampai bila aku larat nak motong rumput rampai nie,susun pasu-pasu bunga dan siram setiap hari.Jadual kerja aku terlalu padat keluar pagi balik malam.Keja isnin sampai hari ahad tak henti-henti.....
Masa untuk anak-anak dan untuk diri ku pun selalu tak penah cukup....siannya meka dan diri ku.Hasilnya sekadar dapat ujung bulan pas itu esok lusa dah habis........

Thursday, April 14, 2011

geli gelaman


Lama juga aku tak mennuliskan sesuatu dalam blog aku nie,sejak akhir2 nie mood aku tergenggu dan kepenatan kerana tugasan pula saling menghimpit.kadang-kadang idea itu ada tetapi bila mula menghadap depan laptop mata pula memainkan peranan dan di selingkuhi pula oleh rasa letih yang amat sangat maka idea pun menjadi kakun tiba-tiba.

Monday, April 11, 2011

Reject me i love it !!!!!


Do something with care,and the finished product will always reflect it.the quality become evident and people are likely to admit it.Strive for your dreams with that same kind of care,and those who associate with you are likely to become more successful as well.Lead by example.Show them how to care and be passionate about their dreams and goals, too.You success is only by helping others, not by winning at any cost.Caring successfully often means others will enjoy being around you.Encourage them to become successful with you,rather than trying to prove to the world why it might be lonely at the top.For those who do find it lonely up there (because of how they arrived) tell them not to worry.They're not likely to be there very long.

Monday, March 28, 2011

Demam Kura-Kura....

Hik2...tak tahu pula adanya demam jenis nie,baru pagi aku tahuk.!!!!!Apa tidaknya,malam tadi aku sakit seluruh badan dan macam menggigil.Kepala tak pula rasa pening,tapi seluruh urat saraf aku sakit terutama di bahagian belakang.
Lepas solat maghrib aku terus meletakkan badan ku di bawah selimut yang tebal dan terlelap. badan berpeluh sakan dan urat-urat yang ada sakit macam kena santap-santap rasanya........
apa pun hari ini aku kerja juga,bersemangat untuk habiskan projek yang aku mulakan kelmarin, so tiada jalan berpatah sebelum semuanya slesai.

Saturday, March 26, 2011

nak tayang body weiiiii.....

















Wei korg,What up you all this weekend? for those who still following my info from this blogg, what else i could say other then million thanks.huhuhu...you guys must try the best that you guy could to turn your weekend become so blissful and shining with smile day..

Tuesday, March 22, 2011

Pic Dulu2.....

Salam korg semua....dulu affa penah postkan pic nie jk korg semua follow redupans affa nie...
Time tu affa sedang dalam delima dan jiwa kacau sket,maklum ajelah baru kuar dari wad setelah 3 bulan terlantar dan terbaring keras dalam wad.Bukan itu saja bahkan segunung masalah family pun datang menghimpit affa.jadi affa pun gunakan,medium blogger ini untuk luahkan segala lara dan derita affa.Sebab salah seorang dari pakar therapy yang affa refer selalu cakap dengan affa,jika kamu dalam situasi tertekan dan jiwa tak tentaram. tulislah perasaan kamu itu.

Lalu teringatkan mereka berdua nie,Angah dan jojan.Dulu jojan hilang tanpa berita langsung dan affa merinduinya sebab dia duk dengan affa setahun.Temankan affa yang baru dapat kerja dan berpindah ke rumah baru.

manakala angah pula tiba-tiba pula buat hal dan membuatkan affa tiada siapa temankan.Di saat affa perlukan seseorang untuk memulakan hidup sebagai OKU,dia angah tempat affa bergantung tapi entah dia tiba-tiba pergi juga.
Kini angah dah balik semula pada ku,kasih sayang seorang abag pada adiknya memang tiada tolok bandingnya.Kerana kasih sayang itulah hati ini berbunga balik bila angah balik dan bersama dengan affa ......

Monday, March 21, 2011


Rainy day has come to town.huhuhu.world better prepare coz its gonna be wet and cold every places.Started at 7:30 am this morning the sky has no sign to be cleared as yesterday,till noon arrived the sky seem to cry.Was it because of the world need to be washed out from the dirty that created by us.

Saturday, March 19, 2011

Masak untuk Famly skali skala best juga.

Rasalah hasil kerja tangan aku kali ini,jangan segan-segan tau,taulah aku nir bukannya ada lulusan tinggi dalam masak memasak.Tapi bab masak memasak tu paslah juga.Orang kata kalau masak bodo' ok lah

Nak kata buat sambal nasi lemak memang boleh sampai gred A, menu lain pun ok juga tapi sebab dah lama tak kedapur skill tu memang dah makin tumpul lah pulak.

Cuma dua tiga hari nie aku rajinlah pulak nak masak:rajinlah pulak aku ke dapur.heheheheeheh......ntah arr sebabnya tapi mungkin kerana lately tiap kali aku makan kat luar adaaa aje yang tak kena.So, apa lagi bila ada peluang aku pun terus melaram kata dapur untuk memuaskan nafsu makan ku.....
Bab makan sambal nasi lemak dan nasi ayam memang aku hot jika tak sodap dan tak sampai standard.Tapi tiap kali aku gi mana2 gerai makan atau pun tapau nasikah,memang bab sambal lah yang aku tak puas hati......

Thursday, March 17, 2011

IBU KU MAU SEMBAHYANG ROH BAPA....

kali nie nk kisahkan pula pasal mummy aku yang tersayang,dia belum lagi dapat hidayah untuk memilih mana2 agama untuk di anuti.Tapi dia tetap sokong dan percaya akan pilihan agama yang anak-anak dia pilih.Adakala kami usik mumy dengan bertanya kenapa mumy tak nak masuk mana2 agama?dia selamba jawab ah! nanti bila mati dia tak dapat berjumpa dengan arwah bapa yang telah meninggal dunia.Ringkasnya jawapan yang di bagi sebab mumy tak tahu apa itu agama dan apa itu terkandung dalam agama.Bahkan pada mumy apa saja yang orang-orang lama dulu buat maka hendaklah di ikuti tanpa adanya ingkar.
Apa daya kami anak-anaknya yang dah pun ada ilmu tentang agama sedikit,apa-apa agama yang kami anuti sekali pun kami tetap terus mencurahkan kasih sayang kami pada beliau.Dalam keluarga besar kami ada antaranya beragama islam,kristian,buddha dan pagan pun masih ada.
Pada masa-masa tertentu bila kami berkumpul memang terdapat kadang kala terbincang isu-isu agama dan pantang larang.Terutama dalam agama islam yang pada mereka terlalu banyak DON"T dari DO.Dan tenntang sikap perangai orang islam yang sentiasa nampak buruk dan jahat pada pandanagan orang bukan islam.
Sebagai seorang yang agak kehadapan terhadap ilmu pengetahuan dan sedikit terpelajar dari kelangan adik beradik yang lain,maka akulah yang selalu memberi penerangan dan input-input yang seimbang untuk isu-isu ini tidak nampak extrim.Selagi mampu aku akan berikan segala maklumat pada ahli famly yang lain perihal agama dan kehidupan beragama.Sosial dan kehidupan bermesyarakat dari semasa ke semasa.

Ayik2 guna cemin mata...xdekah yg x guna cemin mata.












ntah napa dah jadi favourite aku on pic dgn cemin mata hitam,jika di kira its look lebih stylish xjuga mamac sama aje.Tapi on my personal opinion aku suka pakai cemin mata sebab ada kes tertentu: antaranya ialah 1) aku berdepan denga masalah silau yang teruk, jadi jika dengan naked eyes on direct sun,mata aku rasa sakit dan ianya juga menjadikan penglihatan ku tidak elok.2)aku juga ada rabun...tapi tahap biasa aje....w/lau bagaimana pun ceminb mata tetap membantu penglihatan ku tidak bertambah teruk...3) dengan cemin mata hitam terutamanya aku bertambah yakin dengan penampilan diri.sebab apa?aku tak bertentaang mata terus dengan orang sekitar yang memandang aku.Aku kerap perasaan orang selalu memerhatikan dan merenung ku tiap kali berselisih.dan ini membuatkan aku jadi keluh dan kaku...so dengn cemin mata aku rasa safe and dapat control macho..yoyoyo..!!!!
some reason ttah i knew ,i feel so easy and comfortable dengan pakai cemin mata,juga ia dapat elakkan aku dari bertukar warna kulit muka jika betentang mata dengan orang.sebab kulit aku memenag cepat jadi merah bila orang renung....Hahahahah...itu aje lah celoteh aku pasal cemin mata...

Monday, March 14, 2011

Wajah2 PONDOK Harapan!!!

pondok impian ku........
ada sebuah impian bersamanya
membina harapan bersama
mencetus ilham di dalamnya...
berteduh dari hujan panas.....
berlindung dalam selimut dari dingin
berimbun dalam teduh dari bahang...

Bila jendela di kuak nun terbentang lautan bak pemaidani biru
dan bayu yang berputut membelai sang lalang
bagaikan tarian lembut anak dara riuk-riuk asyik
desiran ombak mendayukan senandung syahdu
bagai kugiran alam....germersik......

Di sana ada sebatang pohon nyiur sedang tegak menahan badai
akar kukuh mencengkam bumi di situ sauh karma terpalit
deretan batu-batu yang di selimuti teritip
membiarkan tubuh usangnya di badai aombak dan arus
air laut yang masin melekit bukan apa-apa padanya
kerana semua ini adalah lukisan alam sebuah pondok
sebuah pondok harapan berwajah telus,mulus dan tulus

Bukannya apa-apa jika pondok harapan ku bukan bunglow mewah
ianya biasa jika pondok harapan ku cuma tertegak dari kayu kayan
memang ku idam jika tiada FENDI,versece,GUESS,TOSCANO terbentang
Tidak ku heran jika ianya sekadar tikar rotan dan atap daun rumbia
biarlah angin itu membelai dari bayu laut atau dari angin bukit
Bukankah itu semua ada dalam hati yang tertanda pondok adalah rumah ku
rumahku adalah jiwaku,jiwaku adalah aku.....
aku yang mengidamkan penghujung hidup yang damai dan tenang....
dan pondok ku ingin kembali ke alam semula jadi.....
dan pada alam ku,pasrah ku pada Tuhan ku......kerana tercipta ini untuk aku...

YouTube - Womens Self Defense - Front Choke

YouTube - Womens Self Defense - Front Choke
While there is a chance for me to giving my effort to this company then i will work to the very best that i can.Soon or later i know i will tender my resign latter to the Human Department.I have waited too much patient and hoping that a new day has come to me very soon.
I been to many places and make friend so many people,from there also gain new idea that will be useful for my future planning.

Saturday, March 12, 2011

part 2 SAKA BUAYA

Antara sikap dan perangai yang aku mulai sedari ialah kegemaran ku bermain air dan selalu mandi Dengan mandi atau membasahkan badan sahaja dapat memulihkan tenaga ku atau menghilang kelesuan diri.Selain dari kuat minum aku juga rasa sesuatu yang unik jika berada berdekatan dengan kawasan yang berair. Rasa seperti tenang, damai dan bersemangat dan perasaan itu selalu membuak jika aku terlalu lama berada di kawasan panas dan terik.Tapi semua keadaan itu dapat aku seimbangkan dengan selalu membebankan diri ku dengan tuntutan kerja yang berlambak2.
Cuma aku tak dapat mengelak dari kerap menghadapi kering kulit,gusi berdarah,bibir pecah,hidung berdarah bila kurang mandi atau minum air...

1st time ke pusat rawataan MUKA..


Tengah berlegar2 tanpa arah tujuan di CURVE petang hari jumaat yang lepas,aku ternampak satu iklan yang menjadikan wajah lelaki sebagaia modal dan dengan harga yang ku kira sangat berpatut an.Aku memberanikan diri untuk bertenya pada reception yang bertugas di kaunter depan.So she said:these wellness centre newly open and the service including of mens'.Furthermore she explain the promotion rate and suggesting to have try the product the they offer for mens'.
I know that im not into too excited about this but, deeply in my hearted saying that why don't i give a try to pamper myself at-last.I have been working non stop and with long period of hours and i need to boost up my spirit,thus i have to start with from my look.I m going to be forty next year so,i should be more courses of my outside look.for this part let the expert do their job and im going to experience the circle that people called 'beautiful.
jadi aaku pun merelakn diri ku untuk segera memasuki ruangan SPA atau pusat rawatan kecantikan dengan diringi oleh staf yang sangat menyanangkan .lalu aku di perkenalkaan dengan seorang wanita yaang akau kira dalam lingkungan umur 25 tahun.Ketika kami berbual aku di berikan satu borang kaji selidik berkaitaan dengan sejarah rutin penjagaan kecantikan dan diri kita.Juga produk2 yang pernah kita gunakan.Aku senang aje nak jawab,
"Sebagai lelaki bab2 menjaga kecantikan kulit nie bukan rutin sangat pun"
tapi pakar tersebut memberikan penjelasaan yang zaman dah pun berubah menjaga kecantikan muka dan penampilan lelaki bukan untuk cantik, tetapi sebagai mengisi kehendak semasa yang pentingkan kebersihan.jadi aku dapat satu ilmu baru:iaitu muka yang terurus dan di jaga, rupa2 nya adalah sebahagiaan dari kebersihan....

Sunday, March 6, 2011

SAKA....AKU SAKA BUAYA.....XFAHAM ????

Hai salam sajahtera dan ingatan tulus ikhlas aku tujukan pada korang yang sudi membaca coretan ku kali ini...Baiklah hari ini aku nak ceritakan pasal kisah peribadi yang aku rasa patut aku kongsi dengan kawan2 sekalian.Ianya bertujuan untuk minta pandangan dan sedikit bantuan berkaitan sedikit masalah aku nie.....
Cerita bermula baru-baru nie bila aku balik kampung,di negeri kelahiran ku.Ketika rancak berbual dengan ahli keluarga yang lain tiba-tiba mereka terbongkar hal kisah silam ku.Entah cerita nie memang sengaja famly aku bongkarkan atau pun ianya berlaku tanpa niat dek kerana syoknya berborak hal kisah silam.
Kakak kedua aku yang tinggal di sarawak tiba-tiba,berkata....
"Engkie dulu degil dan kuat merajuk,tapi senang nak jaga'
"Sape antara kita yang bekal mendapat ilmu warisan....."tiba-tiba semua mata tertumpu pada kak long kerana bertanyakan sesuatu cuma ada di kalangan kami adik beradik tahu dan ada yang tidak.
Lalu kak Udong bercerita perihal ada diantara kami yang di pasangkan dengan binatang ketika masih bayi.Signifikan kami di pasangkan dengan bintang adalah demi berharap bila besar nanti sikap baik pada binatang tersebut akan ada dalam diri dan bekal jadi pelindung jika terjadi sesuatu.
Diantaranya bintang buas seperti harimau,beruang dan ular adalah pilihan utama.Tetapi amat berlainan pula apa yang terjadi pada diri ku,Haiwan bernama BUAYA pula yang dipilih sebagai pesangan.Aku terkedu dan hilang kata-kata bila mengetahui semua rahsia ini.Kakak long yang banyak menyimpan cerita keluarga akhirnya bercerita susur gelur generasi dan asal usul keluarga KIMPUAN.
Menurut cerita generasi aku adalah berketurunan pahlawan dan menjadi petugas khas untuk membuat tidakan "POTONG KEPALA"/SERANG HENDAP/dan BUNUH tanpa kesan,pada sasaran yang di kenal pasti.Oleh sebab yang demikian setiap kaum lelaki atau pun wanita dari mana-mana generasi yang dipilih untuk mendapat mandat untuk mewarisi ilmu kepahlawanan akan wajib mewarisi ilmu-ilmu menurut nama-nama haiwan yang di pilih.
Setiap haiwan itu pula dipilih atas dasar kepakaran mereka dalam bertarung,membela diri dan menjadi ketua pada tempat,kawasan dan kumpulan mereka.Tetapi bagi diri ku pula aku amat tidak selesa bila mengetahui bahawa pasangan pahlawan diri ku ialah sekor BUAYA"
Kisahnya bermula bila pada tanggal14-12-1972 lebih kurang jam 9.00 pagi aku di lahirkan kedunia.Di sembut oleh seorang bidan klinik yang juga ada pertalian keluarga,sebaik saja aku lahir rupa-rupanya seekor anak buaya telah terperangkap dalam KELONG milik ayah.Jadi dengan segera anak buaya itu di bawa ke klinik Pekan Kuala penyu lalu di letakkan dalam bekas air.Dan air dari bekas yang di gunakan untuk merendam anak buaya itulah di gunakan untuk memandikan aku buat kali pertama.
JAMPI DAN SUMPAH TAAT PERINTAH PUN DI LAKSANA.dengan berpesan dan mengakui bahawa Aku bermula dari detik selepas mandi akan menjadi pasangan keturunan sang BUAYA,tidak akan memudaratkan Buaya pada aku dan aku tidak akan memudaratkan sebaliknya.Terjaga aku di atas dan dasar air/laut/sungai/kolam/atau mana kawasan berair.Tidak terusik aku kecuali aku jauh dari air.
Dulu aku tak faham kenapa aku sering dapat membaca ada sesuatu benda yang tak baik berlaku pada diri ku.Aku pula selalu dapat mengelakkan diri dari terlibat secara teruk biarpan kejadian itu amat dahsyat.Aku kerap dapat menghidu bau seorang lelaki yang berumur di dalam rumah atau pun akan mendapat ilham mimpi dan kadang-kadang gerak hati yang tidak selesa.Aku cuma anggap itu adalah kelebihan yang di berikan oleh Allah swt pada diri ku.Tapi rupa-rupanya ada sesuatu yang di buat oleh generasi ku yang terdahulu dan lalu aku menjadi pewarisnya.Ku kira ianya banyak kebaikan juga sebab sekurang kurangnya aku ada entiti lain yang di tugas untuk mengawasi aku dengan izin Allah swt.
Tetapi akhirnya aku sedari juga memang ada waktu ianya baik untuk diri namun bila sesuatu yang di buat oleh manusia dan menjadikan selain dari Allah swt sebagai tempat bermunajat pasti nanti suatu hari nanti ia akan memberikan kesana kontra pula.Misalnya apa yang telah terjadi pada diri ku, dahulu tika aku masih normal dan tiada cacat celahnya aku tidak merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri ku.Dan aku tak kisah pun.Tapi bila kemalangan ngari itu berlaku dan banyak pula rintangan yang terpaksa aku hadapi orang pula semakin coba mempermain-mainkan diri ku, baru aku rasa sifat amarah ku terbongkar.Dan rupa-rupanya BENDA HALUS tersebut bangkit bersama rasa amarah dalam diri ku.....

Monday always been a moody day to start of the weeks',its kind of a bunch of burden and obstacle been dumps into head or shoulder to carry.Planning,meeting,proposal daily routine and so on are the major thing that keep on picturing into our head even in early mondays'.Even office mate, family matter and personal sometime turn our monday not so well.

Saturday, March 5, 2011

Hati siapa yang tidak tersentuh jika melihat anak-anak yang sepatutnya sedang asyik meng hayati alam kanak-kanaknya dan mendapat segala yang sepatutnya kanak-kanak perolehi tapi sekadar melewati suasana kemiskinan dan kepritan hidup yang saban hari seperti tiada kesudahannya.Melihat di wajah-wajah mereka jelas kelihatan cermin harapan dan impian seorang insan di masa hadapan,namun ternyata deangan kehidupan yanag sedang mereka lalui sekarang tak kan mungkin mereka mamapu.
Orang tua mereka sekadar berpendapataan kais pagi makan pagi kais petang makan petang, ke hidupan begini mana mungkin keperluan anak-anak akan dapat tertunaikan.Sara hidup harian, sewa rumah,wang anak-anaak ke sekolah dan macam-macam lagi bentuk perbelanjaan yang me merlukan wang,dan wang itu lah jadi punca masalah.Kerana pekerjaan .....

Wednesday, March 2, 2011

secebis kata2

Bila ku ceritakan tentang kisah duka lara ku pada ko orang semua pasti ko orang tak kan percaya ini kerana ko orang cuma nampak aku selalu ceria, wajah berseri dan tenang sepanjang masa.Na mun hakikatnya nun jauh di sudut hati ku,siapa tahu yang sedang ada gelombang gelora sedang membadai jiwa ku.
Segala rasa pahit dan manis kadang-kadang aku luahkan dengan begitu bersahaja, sepertinya bagi ianya tiada mampu membekas pun di hati.Namun di kala berseorangan dan bersunyi diri baru ku terasa betapa ada lara yang tersimpan kemas di dalam hati ku yang aku tak mampu suarakan dalam kata-kata dan tunjukkan melalui perbuatan.

Your Videos: Oct 27, 2010 12:11pm

Your Videos: Oct 27, 2010 12:11pm

Tuesday, March 1, 2011

Rambut+Tan= Rambutan...

Season of fruits are here again,but something wired sound familiar to the local.....Rambutan its sound 2 name become 1.How does it started? for local,rambut mean hair while tan is referring to the chinese sir name.

Monday, February 28, 2011

Sunday, February 27, 2011

Motor ku bukan motor ku.....

Kemarin 27/02 lebih kurang jam 3.00ptg,akhirnya takdir yang telah tertulis pada mu berlaku juga.I've tried the best effort to stop you for being taken away from me,but i can't stop the fact that you still belong to somebody as well.I bought you as a gift to my little brother but then something halfway thru' happened and i never know was its because Allah swt tasting us or just what faith are mean to be.
How does thing that have special place in my hearts are always taken away from me? Why must i have to deal with all these obsticals? and how much more i have to face the diffucalties before the tears are stop to drop......

Wednesday, February 23, 2011

Heart to Heart Discussion...


While we talking about trying out to reach other people feeling or sense,there is certain matter that we taking consider.Although we are same in figure but being as human and physicality and mentality are always creating major differences towards the result.

YouTube - How to Make Hainan Chicken AKA Chicken Rice

YouTube - How to Make Hainan Chicken AKA Chicken Rice

YouTube - Food recipe: Hainanese Chicken Rice

YouTube - Food recipe: Hainanese Chicken Rice

Helping Others'....

Picture taken while helping friend selling her Baulau Gulung on the majlis Hari Raya held at Pejabat Agama Islam Kuala Selangor lately.Very memorizing event that i've ever joint ......

words of living.....


Gonna use my English words to create the sentence to write down anything on blog starting from now.I believe that i still have the room to improve my ability ti enhance my English grammar. I realized that my ability of converse is much batter compared to writing,thus from now on let me brush up by write down anything by using english version...

Kerja-kerja kerja......


Let me starting this word by saying how are you guys out there?It's seem a very long weekday and tired of being stuffed by so many job and duty to be settled on time.Started working form morning till down is something that tough for me to handle.But like it or denying it i have to reason to excuse as i have to face as my nature of duty.

Monday, February 21, 2011

Musim Ikan Kering......

Antara pemandangan yang biasa di lihat di sepanjang jalan menuju ke daerah kuala penyu yang dapat aku alami sendiri ketika berkunjung di Sabah. Pemandangan sebegini agak lazim dan mudah di dapati terutamanya di perjalanan persisir pantai....Sangat teruja dan harganya pula jauh lebih murah dari yang biasa kita alami di semananjung....selamat bercuti....

KONTOL jadi PEPEK.....

YouTube - Rihanna - Only Girl (In The World)

YouTube - Rihanna - Only Girl (In The World)

Saturday, February 19, 2011

Ujung Minggu ygpaing malas dlm hdup ku..

YouTube - Travie McCoy: Billionaire ft. Bruno Mars [OFFICIAL VIDEO]

YouTube - Travie McCoy: Billionaire ft. Bruno Mars [OFFICIAL VIDEO]

YouTube - Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]

YouTube - Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]

YouTube - Bruno Mars - Grenade [Official Music Video]

YouTube - Bruno Mars - Grenade [Official Music Video]

YouTube - Rihanna - Love The Way You Lie (Part 2) ft. Eminem LYRICS

YouTube - Rihanna - Love The Way You Lie (Part 2) ft. Eminem LYRICS: "http://www.youtube.com/watch?v=2B50RUXbs-8"

YouTube - Airplanes w/Lyrics By B.o.B ft Haylee Williams & eminem

YouTube - Airplanes w/Lyrics By B.o.B ft Haylee Williams & eminem

Impossible Shontelle lyrics.

Thursday, February 17, 2011

Sebuah Harapan berbunga Lara..


Biarlah ku tebus segala lara dan duka hari ini dengan harapan dan semangat yang masih berbaki walau cuma sedikit saja.Setelah ku lalui segala onak dan duri hidup yang sakit dan penuh derita, pasti selepas ini aku mampu menguntumkan sebuah senyuman walau acap kali tangisan masih bersyair di jiwa.Apakan daya sebuah hati telah tertanam selumbar lara dan imbasan memo ri pula seperti skrin layar yang selalu ulang tayang.Namun pada tiap kali aku akan jadi lemah dan tiada berdaya aku pasrah dan merintih mohon pada Allah swt untuk berikan aku secubit penawar dan obat.
Bagaimana mungkin aku jadi aku jika segala kekusutan dan derita jiwa ini aku jadikan beban yang tidak terurai.Kerana apa bencana pun yang tiba melanda pasti ianya akan surut jua.Aku ya kin juga nanti sinar bahagia ada untuk ku, lebih dari itu aku mahu dan aku ingin Allah swt mudah kan jalan hidup ku ini.....

Mula-mula belajar hidup...!!!!

Best gak bila aku imbas kenangan yang tertulis dalam pic ini....rezki aku buka gerai makan kat selangor xmenjadi, lalu aku bawa diri di Johor,aku datang ke johor tanpa kenal siapa2.Duduk di hotel berhari sebab membawa lara di hati.Sakit hati sebab di tikam oleh kawan baik sendiri dan kebodohan ku juga.Rm60k aku leburkan begitu saja pada projek restoran dan cafe dengan beri kepercayaan pada kawan.
Akhirnya aku ditipu mentah2 dan d buang macam sampah busuk setelah semua duit aku d kebas dan aku tiada hak untuk melawan kerana dari segi undang2 aku mmg tak dapat membuat tuntutan....Tapi rupa2nya rezki ku ada di johor dan di sana akhirnya aku dapat menjawat jawatan yang agak tinggi dalam sektor swasta walaupun baru setahun bekerja dan dalam usia yang sangat muda......
tapi betullah langit takkan selalu cerah dan lautan takkan pernah sepi dari gelora....!!!

Wednesday, February 16, 2011

Rumah ku Syurga KU.....

Rumah Usang Rumah Pusaka...disini bagaikan tertumpah mimipi ku..kering ia di bawa musim hanyut dalam arus usia masa...Rumah usang ku...ada cerita bapa pada anak-anaknya dan gelak ketawa pada cucu-cucunya.Rumah usang ku ada kasih sayang dari ibu yang semakin lanjut umurnya.Cuma ibu yang masih utuh memahat cinta ksihnya pada rumah ini.sedangkan yang lain semakin jauh berlari pergi jauh......
Sedih hati ku pada rumah ini, dulu di sini kasih tertumpah ada rasa tercipta ada mimipi jadi nyata ada harapan bercambah ada pautan tali saudara....kini rumah ini makin usang dengan makin ramai anak-anak,cucu cicit ipar duai tak ingin lagi pulang bermariah pada tiap musim perayaan....

Maher Zain Is Allah Satisfied ?"Awaken" with lyrics

3 comel yg sexy.....huhuhu

20thn akan datang mereka akan jadi seperti bunga dan dahan yang segar dan kukuh, tp dari sekarang wajiblah kita merancangkan kaedah pengisian ilmu,akhlak,agama dan jati diri pada mereka ini....

Love and Tolerance...

Even an animal manage to shows' their love and caring without reason,an animals are borned without feeling but they have been gifted by god to used their sense to directing them on being love and tolerance each creature.

Tuesday, February 15, 2011

Lembu Zaman Moden.....





















lembu2 zaman moden nie dah xselera mkn rumput.......meka lebih rela jd pengutip sampah hanya untuk sesuap makanan demi alas perut.Lihatlah rumput2 yang masih segar hijau di tepi itu langsung tidak di usik oleh sang lembu2 moden.Mereka lebih tertarik pada timbunan sampah yang di longgokkan, adakah sang lembu lebih suka pada bauan sampah,adakah kerana warna warni dari sampah itu lebih nampak lazat?........

LOKEN.......


Di mana- mana pun ada.........

Lautan takkn tenang

Thursday, February 10, 2011

Sunday, January 23, 2011

Sangat Comel dan Kelakar.....

Sedang enak makan ikan siakap 3 rasa..tetiba sicomel menguis kaki aku....sicomel nie mmg bijak dan dia pula beradap dan bersopan.Dia minta dengan cara baik dan x pula buat bising..

KEbanggaan KITA..


Pg nie aku nak citer pasal rasa bangga yang tiba-tiba aku rasa bila berada dalam satu acara yang menampakkan, betapa hasil keluaran dan produk kita mmg dah pun melangkau jauh ke hadapan
Seperti pic di atas tu,ianya adalah keluaran terbaru PROTON yang di namakan dengan LEKIR ianya adalah satu mesin yang menggunakan gabungan kepakaran anak-anak tempatan dan juga teknologi Eropah.....

Wednesday, January 19, 2011

Seketika bersama di Concorde sepang

seketika mencetus memori di hotel concorde sepang,ianya bagai al-kisah yang indah pada andaian tetapi hakikatnya pahit untuk di nikmati.Demikaianlah hidup yang sentiasa ber legar dalam ruang yang tak pernah berhenti dari terus melakarkan penglaman pada kita.

Sunday, January 16, 2011

Thursday, January 13, 2011

STYLO MYLO.....

Pose ni aku amik depan umah aku tahun lepas...masa nie aku dah boleh jalan sikit.Sakit juga bila nak jejakkan kaki.Tapi kalu tak bermula dari sakit takkan rasa nikmat sihat.Apa-apa pun syukur pada tuhan yang aku dah boleh jalan semula.Walaupun proses itu terpaksa aku ulangi dan pelajari semula, tapi takkan aku berputus asa....

sekeluarga memeluk islam.....

Pilihan Allah swt jua yang mencempakkan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang terpilih untuk memilih islam sebaggai agamanya.

MUSIM DERIAN DAH TIBA YOB!!!!!

Teringin rasanya balik zaman kanak-kanak dulu, bila tiba aje musim durian macam jadi satu pesta orang kampung di buatnya.masing-masing sibuk nak membaiki pondok usang untuk menunggu buah derian gugur dari dahannye.Budak-budak apa lagi meka pun ikut sama join orang dewasa sama-sama memeriahkan aktiviti musim durian.

Monday, January 10, 2011

makanan kegemaran aku.....

Makanan tradisional yang aku paling minat.KUEH KOCI...mak aiiii lau jumpa mana2 kompom aku rembat paling tidak 3 ketul.
BEST..paling aku suka makan waktu petang berkuahkan kari ayam yang lemak-lemak.Tau korang pasti ingat tahap kolestrol aku ni tinggi, sebab makan makanan yg berlemak tinggi .Tapi tau tak lepas makan aku akan terus kunyah Vitamin Nutrilite Lecithin-E. sebab dengan yang demikian semua lemak2 tadi akan di serap oleh vitamin tadi dan terus tak menjadi lemak tepu dalam badan...so aku tetap kekal dengan berat badan 53kg...itu pun ada juag orang cakap gemuk