Friday, July 30, 2010

3 Bujang Tayang Body

Depan sekali tu namanya hayad atau panggilnan mesranya angah,tu yang ade tualaa kat bahu tu johari tapi lebih mesra dgn jojan aje,yang ade tuala hitam tu tak lain tak bukan akulahhh....
Aku sebagai abang sulong mereka,angah aku dah bela dari umur 13 tahun lagi.Dah ku anggap anak aku dah,semua perkara aku lebihkan angah dari ku.
Jojan pula mula duk dengan aku tahun 2008,bermula dari laman sosial kami jadi rapat sebab aku rasa terpanggil untuk membantunya.pada waktu itu jojan ada masalah tempat tinggal untuk
tahun akhirnya di sebuah pusat pengajian awam tempatan.Kerana aku pun jaraang duk rumah sebab tuntutan kerja aku bagilah jojan jaga rumah aku.
Kini mereka dah ada kerjaya masing-masing ape yang terdaya aku bantu telah pun aku buat. jika mereka masih ingat susah payah ku dalam membantu mereka terima kasih.jika terlupa harap-harap mereka tetap berjaya dalam hidup mereka.

MEMORI TGL DI ASRAMA...

Tinggal di asrama adalah antara cebisan kenangan yg terindah buat diri ku.Aku boleh berdikari
aku jumpa ramai kawan dari pelbagai suku kaum dan agama,aku lebih fokus dalam pelajaran ku dan aku rasa di asrama fikiran ku lebih cepat matang.

Wednesday, July 28, 2010

99 nama2 Allah swt di tapak tangan anda......


teruslah berjalan di muka bumi Allah swt ini dengan membuka mata hati mu..lihatlah betapa maha kuasanya ciptaan Allah.swt....

Berbangga dengan PENACAPAN sahabat ku.

Sengaja aku amik topik ini sebagai ulasan minda pada kesempatan kali ini.Bukan apa sekadar mempelbagaikan corak dan rentak pengisian laman blogg ini.Biar nanti ada orang yang terbuka dan terbuka hati untk mengikuti ulasan demi ulasan merasakan bahawa blogg ini tidak terlalu bersifat aku dan keakuan ku semata-mata.
Tercetusnya idea untuk mengulas cerita ini kerana tadi malam lebih kurang jam 9.15 aku sempat menonton rancangan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang disiarkan di Tv1.
Tiba-tiba dalam sorotan lensa kamera yang bergerak-gerak itu aku terpandang satu wajah yang aku begitu kenal.Beliau yang ku maksudkan ialah al-fadhil ustaz Mohd.Farid Ravi,tokoh ilmuan pensyarah dan pakar dalam al-quran negara kita.
Rasa bangga dan bersyukur tiba-tiba menguntum di hati ku, rasa sayu pun terselit juga lantaran tiba-tiba memori zaman remaja terimbas kembali.Institiut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) pengkalan Chepa kota Bharu Kelantan tahun 1992,itulah tempat aku mula-mula berke nalan dengan Farid Ravi.Aku mendaftar 3 bulan lebih awal dari beliau,tetapi oleh kerana beliau dah ada asas dan sijil pengajian islam di Institut Latihan Dakwah Keningau Sabah ( PLDK) maka bila mendaftar di IDIP beliau terus melompat kelas tahun 2.
Sepanjang pengalaman dan pengamatan aku terhadap beliau ialah selaian dari seorang pelajar yang rajin,bijak,suka berlawak beliau juga suka menjadi imam bila tiba waktu solat berjemaah di surau.Minat beliau pada bidang al-quran memang begitu ketara apabila dia dengan beberapa kawan rapatnya sanggup meredah malam dan berkayuh dengan basikal berbatu-batu jauhnya semata-mata untuk mendalami ilmu terannum al-quran.
Antara lain kenangan ku dengan beliau ialah aku selalu menjadikan beliau sebagai mentor untuk memeriksa hafalan al-quran ku, menjadi pasangan dalam majlis tadarus al-quran tiap-tiap selepas subuh,juga tempat aku belajar tulisan jawi.Sebab khat dan tulisan jawinya cantik dan kemas manakala tulisan jawi aku,kadang-kadang aku sendiri pun tak faham.
Pernah dalam satu aktiviti anjuran pihak institiut,aku dengan beliau ikut sama dalam pertandingan perujian tilawah al-quran dan pertandingan pidato.Tak sangka kedua-dua per tandingan ini aku berjaya jadi juara dan dapat mengalahkan beliau.Tapi itu cerita dulu,kisah di mana semua orang kenal aku dengan budak cerdik,pintar,genius.Sebab masa itu hafalan aku dalam al-quran boleh mengalahkan pelajar tahun akhir,markah peperiksaan aku tak pernah jatuh dari 90% dan macam-macam lagi pencapaian.
Kini aku cuma mampu tumpang gembira atas pencapaian semua kawan-kawan ku, bukan permulaan yang menantukan kejayaan.Kerana pencapaian di akhir garisanlah yang di katakan lebih handal.Mereka dulu yang pernah aku kalahkan dalam tiap-tiap pertandingan mahu pun aktiviti kini telah memperolehi pencapaian yang lebih baik dari aku.Sedang aku masih meniti jalanan ke arah pencapaian yang hakiki.

sekian

wassalam.

Tuesday, July 27, 2010

Mereka yang dalam kenangan ku..

1-Tn.Hj.Ustaz Zainal Abidin bin Sulaiman=mantan Pegawai MAIS Daerah Kuala Selangor
Tuan Qadhi PAID K/Slgr.

Perkara yg tak dapat ku lupa tentang beliau=Berhemah,berilmu,budi pekerti mulia,mesra dan
mudah berurusan dengan beliau.
Peristiwa lucu=Suatu pagi aku di panggil oleh beliau ke bilik opisnya.apa lagi jantung ku pun daag dig dug jadinya.Apalah pula salah aku terbuat nie,atau beliau minta ajar pasal komputer dari aku yang suam2 aje ilmu pasal komputer atau ada kertas kerja yang beliau reject..dan macam2lah.
Aku pun masuk ke opis beliau lalu duduk dengan sopan siap rapatkan lagi paha cam wanita ayu.
Lalu belaiu bertanaya Rul,..tu nama yang beliau panggil aku di opis."Aku hairanlah,tiap kali aku sain borang permohanan dan kertas kerja nie,napa aku asyik terjumpa nama Kala Ramai,Kala Ramai.....Apa tiada nama lainkah yang mereka pilih?".....
Rupanya beliau pelik kenapa saudara baru di daerah kuala selangor nie suka menggunakan nama Kala dan Ramai...Aku pun tergelak dan terketawa masa itu juga.Tambah lagi beliau me nambah dengan berkata,"Patutlah saudara baru kuala selangor nie ada yang tegar sebab mereka suka kala ramai-ramai atau ramai-ramai pilih kala.
*itulah secebis memori aku dengan beliau,aku terasa hati juga sebab di waktu beliau di pindahkan oleh JAKIM ke Pusat Islam Kuala Lumpur aku masa itu masih berada di wad hospital sungai buloh kerana xcdnt.*Dlm picnya beliau yg di maksudkan ialah yg sedang memagang mike tu..!!!!

KITA MELIHAT @ MEMANDANG..????

-Melihat adalah satu anugerah tuhan pada setiap makhluk yang telah dicipta,manusia,haiwan dan juga makhluk lain mempunyai mata.Melihat dengan sepasang mata pada mereka yang masih punyaai mata yang sempurna adalah satu kepuasan.Lantaran dengan melihat makhluk tuhan boleh membezakan warna,mengagak jarak,membezakan pelbagai saiz,membezakan cahaya dengan gelap dan lain-lain lagi kemikmatan yang di perolehi melalui mata.
- Tetapi adakah setiap perbuatan itu dapat di tafsirkan sebagai memandang?Manusia terutamanya mempunyai pelabagai interpetasi antara melihat dan memandang.Di tambah lagi dengan pengkayaan ilmu dan pengalaman,antara melihat dan memandang seperti dua frasa kata yang kadang-kadang sama tetapi tak serupa.Adakah melihat itu sekadar untuk menyatakan perbuatan sahaja?manakala memandang pula adalah isi yang tersirat apabila perbuatan melihat dilakuan.
- Sebagai contoh orang akan untuk meraih perhatian dari seseorang perkataan melihat@lihat di gunakan:Lihatlah dunia.!melihat sesuatu yang indah warna warni dan sebagainya.Jika di gunakan perkataan pandang @ memandang tentu sekali perngertian ayat itu berubah sama sekali.Seringkali juga perkataan melihat dan memandang digunakan untuk membuat penilaian khusus pada sifat dan tabiat juga perilaku manusia khususnya.
-Perkataan melihat lebih kepada luahan yang terus menyatakan akan sesuatu untuk maksud tertentu.Pernyatan itu untuk meraih perhatian supaya ucapan itu dapat mencetuskan fikiran dan bukannya untuk menggunakan anggota mata untuk melihat secara fizikal.Sebagai contoh melihat dengan mata akal fikiran.Oleh sebab yang demikian pengucapan yang sesuai untuk mendapatkan perhatian agar fungsi mata dan akal bergerak serentak ialah dengan menggunakan perkataan "melihat" atau "lihat".
-Dengan ini jelaslah bahawa perkataan memandang atau pandang adalah perkataan yang sangat sesuai untuk sesuatu yang bersifat melankolik atau membuai-buai perasaan.Memandang itu lebih kepada perbuatan untuk manusia.Ini kerana hanya manusia yang mempunyai tautan perasaan,nafsu,akal dan keinginan yang berbeza-beza di sebabkan oleh pengaruh suasana. Jika anda mahu menyatakan sesuatu yang indah dan berseni gunakanlah perkataan pandang atau pun memandang.

Sekian

Nukilan pena

affa firdausi.

wassalam

Saturday, July 24, 2010

Penafian itu jawapan yg di persoalkan.!!!!

Mengikut kajian yang di lakukan oleh pakar ilmu jiwa tabiat seseorang individu dapat di baca dengan cara mereka menjawab soalan.Apabila soalan atau pun pertanyaan di ajukan pada seorang individu tetapi dia dengan selamabnya memberikan jawapan yang berbentuk penafian,maka jawapan itu dapat di simpulkan samaada ia atau pun tidak.Sebagai contoh: Soalan yang diajukan ialah pernahkah kamu menipu? pilihan jawapan ialah tidak atau tidak pernah,te tapi jawapannya tidak didedahkan.Dari 10 orang yang mengikuti sesi soal jawab ini,semua 10 orang akan memberikan jawapan tidak pernah.Mengapa????
Sebab lojiknya tak ada diantara kita yang tak pernah menipu walaupun tipu itu cuma sekadar gurauan,usikkan,perbualan haraian dan lain-lain lagi.Oleh sebab yang demikian jarang terdapat kita yang beri jawapan tidak.Bahkan kita akan mengulang balik soalan untuk jawapan tanpa sedar penafian itu adalah jwapan yang tepat.
Oleh sebab yang demikian jika anda dalam perbualan walaupun dalam meduim apa pun yang anda gunakan baik telefon,email,chatting,surat atau pertuturan coba gunakan teknik soal dan duga dengan menggunakan perkataan pernahkah.Jika jawapan itu konsisten tidak maka jangan persoalankan,tetapi jika ia cuma tak atau tidak pernah.Anda dah pun dapat jawapan seperti melihat sesuatu di balik kaca atau melihat tebing dan batu-batu di balik aliran air terjun.

SELAMAT mencoba

olahan semula dari

Shazrul Frankie Ridzuan aka.affa firdausi

Pantai di negeri sabah yg belum disentuh apa2

Ringankanlah beban Kakak ku..


Nama asalnya Miri@Mary binti Kimpuan lahir pada tahun 1969,merupakan anak yang ke 7 dari 12 orang adik beradik.Memeluk islam setelah bertemu jodoh dengan seorang jejaka dari suku kaum bajau pada usia yang masih mentah.
Tahun 1992 aku bertemu beliau di kampung tempat kakak tinggal dengan suami dam ibu mentuanya keadaanya sangat sedih dan pilu.Bukan saja tidak tahu apa itu islam bahkan tidak pernah di dedahkan tentang islam.Lebih malang lagi kakak aku di perlakukan seperti tukang gaji oleh keluarga belah mentuanya.Kakak kau selain menjaga makan minum 3 orang anaknya yang masih kecil,dia juga terpaksa menjjaga dan menguruskan hal ehwal keluarga mentuanya termasuk adik-adik iparnya yang dah pun besar panjang.Hari-hari kakakau terpaksa bangun awal ke tepi sungai untuk mencuci pakaian yang membukit banyaknya.Memyediakan sarapan pagi,makan tengah hari dan makan malam.
Kakak saya juga menceritakan yang baru 5 hari selepas melahirkan anak yang ke dua dia dah berpagi-pagi ke tepian sungai untuk membasuh pakaian seisi keluarga mentuanya.Dia juga hampir lemas semasa mengandung anak yang ke 3,waktu itu kandungannya dah masuk 8 bulan gara-gara tergelincir ke dalam sungai ketika membasuh pakaian.
17 tahun berlalu aku berjumpa semula dengan kakak aku kali ini anaknya dah 5 orang dan dah pun besar.Tapi kali ini kakak aku datang dengan masalah suami yang dari dulu tak pernah ber tanggungjawab pada keluarga,kaki mabuk,judi dan suka pinjam duit.Kakak aku nk belajar ten tang islam.Sebab baru sedar selama ini dia cuma tahu namanya islam tetapi mengucap pun tak pandai.Mungkin segala masalah ini berpunca dari tiada ilmunya terhadap islam.
Aku ambil kakak aku untuk tinggal dengan aku selama 1 bulan di situ baru aku jelaskan makna islam dan cara menjadi muslim.Akhirnya terbuka hatinya untuk belajar tentang islam bila balik ke sabah nanti.Tetapi hidup kakak aku tak pernah sepi dari dugaan Allah swt,kini setelah anak - anak yang di jaga dan ditetang dgn sepeuh hati seorang demi seorang memberikan masalah pada beliau.Bermula dari anak sulung yang samapi yang kecil sekali pun tak putus-putus dengan masalah mereka.
Suaminya ada tak menambah tak ada pun tak mengurang begitulah di ibaratkan.Aku dalam pa da itu menjadi orang tengah untuk coba membantu sedaya yang boleh.Tetapi aku juga ada kelemahan sendiri, selain dari jarak kami yang jauh, faktor ekonomi juga jadi penghalangnya. sekadar doa saja yang dapat aku kirimkan pada kakak aku.Aku cuma dapat selamatkan cucunya dari di serahkan pada orang lain.Selain mebawa anak sulungnya tinggal dengan aku biarpun aku sering di himpit kesusahan tetapi biarlah anak cucu itu tetap bersama.

Friday, July 23, 2010

Tanda-tanda Agungnya ciptaan Allah swt

Terlalu banyak ciptaan-ciptaan di sekeliling kita jika kita amati adalah tanda dan contoh betapa maha kuasa dan maha agungnya Allah dengan ciptaannya.Namun oleh kerana dah menjadi sifat manuisa suka tak amil peduli dan malas berfikir maka mereka tidak dapat belajar hikmah dan teladan dari semua ciptaan yang Allah swt wujudkan di sekeliling mereka.
Lihat saje gambar di atas jika di lihat dengan mata kasar tiada apa yang dapat kita gambarkan melainkan ianya hanya sekadar anggota badan manusia yang di panggil tangan,tapak tangan dan jari tangan.Tetapi ada pula manusia yang melihat dengan mata akal dan fikirnya lalu bisa melihat hakikat dalam ma'rifat dari sebuah thorikat.Maka penglihatan itu mencetuskan ilham bahawa maha suci Allah swt tidaklah menciptakan sesuatu itu tanda ada sebabnya.

Ikan buaya

Ikan Buaya ialah dari species ikan air tawar yang kebanyakkanny di temui di sungai negara yang mempunyai iklim monsun tropika dan hujan khatulistiwa.Ianya boleh membesar hingga satu tan
Di malaysia belum lagi ada sejarah terjumpanya ikan ini di mana-mana sungai yang dalam dan luas.Tetapi siapa tau ikan ini akan jadi pemangsa dalam diam yang kita sangka-sangkakan buaya
Koleksi ikan ini boleh di tonton di taaman alam Kuala Selangor, di pamerkan dalam akuarium kaca yang luas.

Thursday, July 22, 2010

AKU menangis lagi......

Cerita mengapa aku menangis lagi ini sengaja aku olah bagi mengambarkan betapa tiap ruang hidup ku ini tiada pernah sepi dari ujian Allah swt.Satu demi satu rintangan dan halangan men halangi perjalanan hidup ku.Sehinggakan bila saat ku terlalu sayu dan berduka sebaknya sangat membebankan kerana air mata tiada lagi.
Misalnya hari ini aku mengetahui baki gaji ku dalam akaun bank cuma rm70,seketika hilang akal ku memikirkan apa boleh ku buat dengan duit sebanyak ini dalam tempoh 30 hari sedang kan tanggungan ku ramai dan banyak benda belum di bayar.Jika tidak kerana iman itu telah kukuh sebati di jiwa tentu aku lupa bahawa Allah swt itu maha kaya dan maha pemberi dan maha pengasihani dan maha penyayang.
Walaupun perit untuk di terima tapi pada siapa hendak ku tunding jari untuk di persalahkan.Ia adalah qada dan qadar dari Allah swt setelah insiden buruk dan mencabar yang melanda aku
Tentu ia adalah rentetan rantaian masalah yang bermula lalu berkembang dan menanti jalan penyelesaiannya.Mahu atau tidak mampu atau tewas nanti aku terpaksa hadapi ujian ini dulu.
Pasal gaji ku yang tinggal seciput itu pun aku kena redha dan terima dengan akal yang waras, sebab gaji bulanan aku dah di potong menjadi separuh.Manakala bil-bil hospital aku yang ntah berapa banyak itu pun di bayar melalui potongan gaji juga.Aku juga ada membuat pinjaman peri badi dari salah satu bank komuniti atas banyak sebab,juga bayaran balik menggunakan cara pemotongan gaji.
Bercakap pasal aku buat pinjaman peribadi dari satu bank komuniti tempatan ianya di buat bukan atas dasar bersuka-suka.Aku ada 2 orang kakak yang telah pun memeluk islam di takdir kan mereka ini sedang dalam proses keluar dari masalah.Kakak yang sulung menjadi mangsa ke kejaman rumah tangga bertahun-tahun lamanya.Sehinggalah aku berjumpa dia dan memberi jalan keluar.Tetapi apabila bercakap pasal apa pun juga mesti ada kekuatan kewangan.Jadi kakak sulung membawa kesnya ke mahkamah syariah dan melantik peguam.Semua urusan dan perbelanjaan aku yang tanggung.
Kakak aku yang kedua pula mempunyai suami yang kaki mabuk dan tak penah bertanggung jawab pada keluarga.Sehinggalah anak sulung mereka jadi mangsa rogol,di pendekkan cerita kes dapat diselesaikan dengan aman.Tetapi rupa-rupanya perkhawinan anak mereka adalah secara sendikit.Jadi semua dokumentasi perkhawinan dan anak cucu menghadapi masalah,kakak pula tak mampu nak menyara 2 orang cucunya,lalu berhasrat untuk memberikan cucunya itu pada orang lain.Di sini lah peranan aku menjadi penyelamat untuk meyelesaikan segala masalah yang berbangkit.Segala usaha dan wang ringgit aku lakukan supaya proses dokumentasi cucu kami dan membawa mereka tinggal dengan aku.Walaupun aku baru keluar hospital setelah kemalang an teruk tetapi aku terpaksa 2 kali ulang alik ke sabah untuk memestikan cucu kami ini selamat.
Pada masa yang sama anak angkat aku pula dah masuk belajar di sebuah kolej swasta di kuala selangor.Jadi semua perbelanjaan sekolah dan harian aku yang tanggung,kos untuk rawatan sam pingan kaki dan tangan aku pula memang sangat membebankan.Dari situlah datangnya idea mengapa aku terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank komuniti tersebut.
Dulu sebelum aku kemalangan pendapatan aku boleh mencecah rm4000,jika aku rajin melibat kan diri dengan aktiviti yang berbayar.Tetapi aku terlalu memikirkan kesusahan orang lain dan yakin rezeki sentiasa ada pada ku.Sebab itu sesiapa pun yang datang meminta pada ku aku rasa sangat gembira untuk memberikannya walaupun esoknya aku cuma makan sayur saje.Bila aku duduk di hospital selama 87 hari iaitu kira-kira 3 bulan,wang simpanan ku makin susut di tam bah pula, lambakan masalah kakak-kakak aku yang semuanya perlukan sokongan kewangan.
Akhirnya ku menangis lagi mengenangkan nasib diri jadi begini, dengan gaji berbaki rm70 hati mana yang tak sayu, jiwa mana yang tak jadi pilu.Terkenangkan 2 orang anak kecil kat rumah yang masih minum susu, barang-barang dapur,bil-bil yang belum di bayar.........Sape yang nak jemput aku untuk program mereka dengan kecacatan aku ini.mana aku nk cari duit untuk belanja sebulan dua ini?????persoalan dan persoalan ini terus ku ajukan pada ALLAH swt untuk mohon di beri kelapangan dan permudahkan jalan biar pun aku menangis lagi..

Ruang Tamu Rumah bujang Aku...


Inilah rupanya ruang tamu rumah bujang aku...
sempit aje tapi cukup untuk aku melepaskan penat seketika setelah balik dari keja, kdg2 tu aku jadikan ruang sempit ini macam opis kat umah pula...
Aku minimakan segala perabut sebab bila umah baru dah dapat hasil dari kerja keras aku selama ini baru lah aku buat a kaw2 punya.....
jadi jika sudi datanglah time raya nanti.tp jgn tokojut..sbb rumah bujang aku nie tumpuan klient2 bila musim perayaan..

KUASA DUIT>>>


Sekeping note ini memberi erti yang banyak dalam kehidupan seorang manusia,itulah duit nama nya.Pergantungan manusia pada duit adalah di sebabkan oleh manusia telah menciptakan satu sistem yang wajib melakukan sesuatu urusan dengan nilai tertentu.Dan nilai itu terletak pada duit.Tiada duit tiada urusan.tiada urusan tiada berlaku sistem nilai yang sering kali berubah-ubah mengikut keadaan dan tahap ukuran yang telah di tetapkan.
Duit juga menentukan keupayaan kelangsungan hidup seseorang,dengan adanya duit seorang individu itu mampu berbelanja mengikut yang dia mahu.Banyak atau sedikit duit yang dimiliki oleh individu itu akan mempengeruhi pola dan gaya hidup seharian mereka.Orang kaya yang banyak duit akan berbelanja pada barang-barang yang mahal-mahal.Orang yang tidak punya banyak duit memadailah dengan kadar cukup makan dan cukup pakai.

Wednesday, July 21, 2010

Nak cerita kat ko orang laman sosial facebook dah temukan aku dengan seseorang yang ade kaitan kekeluargaan dengan aku.Ini kerana aku mula merantau pada usia yang sangat muda
Pada usia baru mencapai 16 tahun iaitu selepas aje selesai menduduki peperiksaan SPm tahun 1991 aku telah merantau jauh dari kampung halaman ku Kuala Penyu Sabah, ke Semananjung.
Hampir 20 tahun berlalu aku di perantauan dan cuma 2 kali saje balik kampung maka baru baru ini laman sosial facebook pun di lancarkan.Sebagai seorang generasi it maka aku pun join sama dalam facebook.....Hari2 ada aje orang nak add aku jadi kawan mereka pada hal aku tak kenal pun.mana yang aku terbuka hati nak terima aku terima mana yang belum turun restu aku biarkan saje.
Satu hari aku terbaca satu ulasan salah seorang dari anak saudara aku tentang"budak yang kuat nangis"masa dia kecil2 dahulu.Manakala nama dia pula ada kaitan dengan nama salah seorang anak saudara yang aku sendiri yang pilih.Tetapi dah berpuluh tahun tak jumpa bahkan aku dah lupa...Akhirnya ku beranikan untuk hantar mesej untuk pertanyaan tentang latar belakang kelurganya.
Ternyata betul dialah anak saudara aku yang aku bagi nama sebagai Nikman bin Jaroh,telah berpindah ke sarawak tetapi kini bertugas sebagai supervisor di salah sebuah kilang di Republik Singapura.so terima kasih facebook....

lagu panggil hujan kutt nie

Pada ko orang kat luar sana lagu dalam karoke ni meka ambil curik2 tau..meka paksa aku nyanyi sebab meka buat party untuk raihkan aku yang baru kuar dari hospital.Selama 3 bulan dalam Wad, aku meka ckp macam patung bernyawa bukan orang sakit,sebab aku tak penah menjerit,mengaluh,komplin dan macam2 lagi pada kebiasaannya perangai orang sakit yang dah patah renyuk.
Ada suara latar tu bukan suara aku yg ori,suara aku yg mendayau2 tu..tau ajelah nafas xnk berapa sampi..semputt !!!Ahhh..!! time tu lah hujan turun dgn tiba2,walhal td bukan main cerah langit siap ade bintang.....jd ikut ko orang lah lau nk komen ape pun aku layannnkan aje.

sekian

dari

hasil pena,
syazfrank.

Monday, July 19, 2010

Mengajar dalam wad di hospital Sg.Buloh.

Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengalaman untuka sekalian yang mengikuti coretan ku ini.
Satu situasi di mana adakala kita tak pun merancang untuk sesuatu tapi ia tetap berlaku.Seperti mana di mana aku menjadi cikgu sementara dalam wad 5A ,wad orthopedik sg.Buloh hospital.Da lam wad aku ada 3 orang pelajar yang beerumur 15 tahun dan akan menduduki peperiksaan Pmr pada hujung tahun nie.Tetapi malangnya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan yang serius.
lalu aku mendapat idea mengapa mereka tidak membawa buku pelajaran untuk membuat ulang kaji semasa mendapat rawatan di hospital.Mereka bersetuju dan oleh kerana aku adalah bekasa pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR dan daya ingatan ku masih kuat maka aku ada kan kelas ulangkaji dengan sesi soal jawab.Mereka bebas memilih subjek yang hendak mereka tanyakan dan aku akan memberikan jawapan atau pun ulasan pada jawapan yang mereka berikan.
Rupa-rupanya usaha kami telah di ketahui oleh nurse yang bertugas,lalu dia pun memanjang kan berita ini kepada pesakit-pesakit di kalangan pelajar.Akhirnya jumlah pelajar menjadi 7 orang.Syukur pelajar-pelajar tersebut sangat berminat dengan cara aku mengajar dan nampak sangat seronok sebab dapat membuat ulangkaji pelajaran walaupun tinggal dalam wad.
Tapi apakan daya pada 19/07/2010 aku minta kuar cepat sebab pembedahan dah buat,sa kit dah tak ada,cuma tinggal bekas luka sahaja,aku dengar pula ramai pesakit yang sedang waiting list untuk masuk wad jadi,aku sukarela nak keluar dari wad.Aku tahu pelajar-pelajar tu sedih dan akan rasa kehilangan.Tapi dengan kata-kata semangat dan nasihat yang sempat ku tinggalkan.mereka pasti berjaya dalam hidup...amin itu doa ku pada mereka.
sekian.
wassalam

Sunday, July 18, 2010

Suntikan Antibiotik yang sakit...

Salam untuk sekalian yang mengikuti blogg ku ini,hari ini aku bercerita tentang pengalaman yang ku alami bila tiap kali di suntik satu ubat anti biotik dalam bentuk cecair.Di dalam wad ini antara lain rutin harian aku ialah mendapatkan suntikkan antibiotik dalam bentuk cecair setiap 6 jam sekali.
Jumalah yang perlu di ambil ialah 500mlg sahaja,oleh sebab yang demikian kaedah suntikan ia lah cara yang di syorkan oleh doktor.Jika di ukur dari jumlah yang perlu di ambil memang tak banyak,tetapi hakikatnya di situlah adanya cabaran.
Setiap kali cecair antibiotik tersebut di suntik kedalam badan kita ia akan mengakibatkan saraf kita bertindakbalas dan menghasilkan rasa pedih dan perih atau sakit di tempat yang di suntik lalu meresap sampai ke sendi bahu dan tengkuk.
Ia juga akan mengakibatkan kesan merah dan bengkak pada tempat yang di suntik tersebut.Se lain dari itu tempat di mana branula tadi di cocok cuma boleh bertahan 2 hari sahaja.Dan kesan lebam dan bengkak juga merah akan berlarutan sampai seminggu bahkan lebih lama.
sekian
wassalam.

Friday, July 16, 2010

OPERATE KE 8-SG.BulOh HSPTL:16/07/2o10

16/07/2010, hari ke 3 aku di masukkn ke wad 5A Sg.Buloh,Hospital kerana ada jangkitan ku man pada lutut kesan pembedahan lama.Setelah 2 hari berpuasa maka tepat jam 12.00 aku di usung ke Dewan Bedah oleh 2 orang Nurse terlatih yang baik hati dan peramah.Mereka sentiasa senyum dan berikan aku semangat.
Sampai aje ke dewan bedah aku di sambut oleh 2 orang doktor dan seorang pakar Bius dan memberikan jenis bius dan prosedur pembedahan yang mereka lakukan terhadap aku.Walau pun dah kerap memasuki dewan bedah ini tapi jauh dalam hati memang ada rasa gemantar,ter utama jika mengenangkan saiz jarum yang sebesar lidi sate.Kecut tiba-tiba perut aku,dag dig dug jantug ku.Tahu ajelah bagaimana sakitnya nanti bila jarum itu di tusukkan ke bahagian bela kang.
Proses Bius pun bermula sakitnya tiada kata untuk menjelaskannya,tahan ajelah dengan linang air mata ku berikan sekuntum senyuman pada doktor dan nurse-nurse yang ada.Aku tahu mere
ka faham betapa sakitnya aku ketika itu.Satu demi satu wayar dan tiub di lekatkan ke badan aku.Sedikit demi sedikit badan ku terasa kebas dan berat bermula dari hujung jari hinggalah separuh badan ku sepenuhnya kebas Dr.bedah yang d ketuai oleh Dr.Shafeek di bantu oleh se orang Dr.pelatih aku lupa namanya pun memulakan tugas mereka terhadap aku.
Tidak sampai 5 minit tiba-tiba aku rasakan dada ku terasa berat,nafas yang ku sedut semakin sedikit terasa kerongkong ku tersekat oleh lendir.Akhirnya aku terpaksa di beri bantuan per nafasan melalui tiub dan perlahan-lahan semua jadi gelap.Tiba-tibaterasa tubuhku terasaa di gerak-gerakkan sambil nama ku di panggil sayup-sayup.Rupa-rupanya pembedahan telah pun selesai,ku sempat menjeling jam dinding,tepat jam 3.30 petang.
Jam 4.30 petang aku dengan selamatnya balik ke wad 5A untuk rehat sehinggalah keadaan ku stabil.Doktor nasihatkan untuk rehat selama 6 jam tanpa makan minum dan tanpa melakukan pergerakkan yang kasar dan kuat.Ini bertujuan untuk mengelakan berlakunya kecederaan pada urat belakang yang telah luka kerana jarum bius.
Bermula rasa mual-mual,pening,panas,telinga berdengung,kepala berdenyut-denyut,letih dan lemah semua bercampur jadi satu.Sehinggalah tiba-tiba aku di kejutkan oleh nurse untuk suntik kan ubat barulah aku sedar betapa aku telah terlena dalam tidur yang panjang.Ahhh..!!! pukul 6.30 subuh...aku pun melaksana seruan kewajiban yang Maha Kuasa Pada ku....

Thursday, July 15, 2010

keadaan motor ku selepas xcdnt....


Pic di sebelah adalah motor ku selepas terlibat dengan sebuah kereta di jalan Bukit Rotan Kuala Selangor,Ijok.Kemalangan berlaku pada 22.11.09 lebih kurang jam 6.30 petang.
bagaimana kemalanagan itu terjadi itu semua keja Tuhan kerana kita percaya akan adanya qada dan qadar.Tetapi pun begitu perlu di ingat sikap dan perangai manusia adalah jadi punca jika berlaku sesuatu di bumi ini.
Petang tarikh tersebut aku dalam perjalanan ke rumah sahabat ku di Kuang Gombak.Tujuannya ialah ingin memestikan betul atau tidak mereka ada mengadakan majlis Korban Hari Raya Haji untuk Mualaf.
Jalan raya menuju ke Kuala Selangor agak sibuk petang itu,mungkin ramai pemandu mengguna
kan jalan alternatif untuk balik kampung.Maka aku pun menunggang motor dengan hati-hati dan dengan kelajuan yang sedarhana anggaran 60-80.Manakala jalan raya ke arah ijok pula agak
lengang.Dalam deretan kereta yang menuju ke destinasi masing-masing ada sebuah kereta yang memotong barisan dan aku dapat mengelaknya.Maka aku mula fokus dan lebih berhati-hati,tapi tiba-tiba dari deretan 5 buah kereta di belakang keluar satu kereta jenis proton wira warna hijau
dari jauh aku dapat melihat asap dari tayar kereta tersebut.Aku pun letakkn gear rendah pada motor aku dan mengelak ke sisi kiri terus ke kawasan rumput.Tiba-tiba aku rasakan hentakkan
pada bahagian kanan kaki ku dan badan ku terasa melayang.
Lalu badan ku jatuh menyembah bumi di atas rumput dan tanah liat yang keras dan berbatu

Wednesday, July 14, 2010

ibu ku bukan muslim....

Ini adalah ibu ku Puan Tamiew bt Akat, berumur 84 tahun, beragama buddha dari suku kaum sino kadazan.Seorang balu yang mempunyai 12 orang anak,42 orang cucu dan 6 orang cicit.
Kerana fahaman kepercayaan dan ingin mencari kebenaran dalam agama aku terpaksa berpi sah dengan ibu ku selama 17 tahun.Ketika aku berpisah dengan ibuku usiaku baru masuk 16 ta hun.Tetapi takdir tuhan akhirnya kami di pertemukan semula dalam suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Walaupun ibuku masih belum memeluk islam dan tetap kekal untuk bersama fahaman agama asalnya tetapi dia tetap ibu ku.Hormat,kasih sayang dan memuliakan ibuku adalah keutamaan ku dari segala bentuk kasih sayang,hormat dan kemuliaan yang patut aku berikan selepas Allah dan Rasul.

Berada di celah-celah lautan manusia yang berkumpul dan berkunjung ke Pasar Tamu Besar Kota Belud negeri Sabah.Uniknya Pasar Pekan Sehari ini ialah barang-barang yang di jual di sini bukan saja barangan keperluan rumah,seperti pakaian,sayur-sayuran,ikan segar,binatang ternakan bahkan barangan hasil krat tangan pun di jual dengan harga yang jauh lebih murah dari biasa.

kemana adik ku berada...Hayad..

Hayad aku mula jaga dari umurnya 13 tahun,dari sebuah keluarga yang berentakan.Aku tak sang gup melihatnya bersusah payah bekerja untuk menyara hidup pada usia yang sepatutnya dia belajar di sekolah,mendapat kasih sayang ibubapa dan menikmati zaman remajanya.
Aku telah menjaga dan memberikan segala yang aku mampu,bahkan kadang-kadang aku melebih kan semua keperluan hayad dari diri ku sendiri. Limpahan kasih sayang dan kesenangan telah ku berikan padanya melebihi aku sayangkan diri ku.
Tetapi resam anak muda pendiriannya goyah dan mudah tergoda oleh keadaan.Kawan-kawan banyak mempengeruhi cara berfikir dan tindakan nya.Hayad selalu keluar dari rumah secara senyap-senyap, tanpa memaklumkan aku terlebih dahulu.Kadang-kadang aku terduduk kakuh terlalu bingung bertanyakan apa salah ku padanya.
Tak cukupkah kasih sayangku padanya.Di saat dia banyak duit dan senang kawan-kawannya ramai dan baik padanya.api setelah dia papa kedana hinggakan makan minum pun tak ada, ka wan-kawannya tak memendangnya lagi lalu membuangnya.Dan barulah angah meminta bantu an dari ku.
Beginilah kesilapan dan perangai yang sering kali dia buat pada ku,tapi aku tak penah serik dan putus asa dalam memberikan kasih sayangku padanya.Hinggalah pada satu hari dia keluar rumah 4 hari sebelum raya haji tahun 2009.Pada petang sebelum hari raya haji aku di timpa kemalangan yang sekaligus mengubah hidup ku.Apabila di hubungi oleh kakak dan seorang lagi adik angkat ku untuk memaklumkan yang aku terlibat dalam kemalangan dan dalam yang sangat kritikal,dia memberi jawapan kami sedang mereka-reka cerita untuk membohonginya.
Akhir sekali dia berpakat dengan kawan-kawannya dengan memberitahu bahawa dia dah pun meninggal dunia sebab terlibat dengan kemalangan.Hancur hati ku dan aku rasa sangat bersalah
sebab jika tidak ku panggil dia balik dia tak akan terlibat dengan kemalangan.
Selang 3 minggu tiba-tiba sms ku berjawab bila angah mengatakan dia ada di Klang dan susah dan tak ada duit untuk makan dan tambang balik.Ku terima dengan syukur walaupun sedara dan kawan-kawan ku sangat marah.semuanya kembali baik bila mereka memahami hasrat hati ku.bahkan aku sempat menghantarnya belajar di sebuah kolej swasta selama 6 bulan dengan semua kos belajar dan sara hidup aku tanggung.Sedangkan di masa yang sama aku dalam kead aan yang masih tidak boleh berjalan,kos perubatan yang mahal dan sara diri yang banyak.
Selepas 6 bulan angah abis belajar dan sesuatu dapat ku kesan padanya,angah dah berubah dia dah pandai marah-marah pada aku.Dia lebih utamakan kawan-kawannya dari aku,dia tinggalkan aku kesakitan di rumah sendirian tetapi dia sanggup meredah malam gelita menung gang motor untuk berjumpa kawannya.Dia akhirnya ungkapkan selama ini dia cuma anggap aku sebagai kawan dan lebih sayangkan kawannya itu sebagai adiknya.
Lalu dia mengungkit mengatakan dia tak mahukan harta aku dan kemewahan aku,lalu dia pergi keluar dari rumah tanpa sebab yang sampai kini aku tak tau apa puncanya.Puas ku pujuk dia balik dan minta maaf.tapi rupa dia kenakan aku lagi,dia balik dan tunjukkan satu komen dari fb tentang hasrat dia yang ingin kembali pada abang,kawan dia itu kata baik fikirkan semula...
Saat itu aku sangat terhina dan baru terfikir aku ini cuma kawan saja setelah 10 tahun aku korbankan jiwa,perasaan,kasih sayang dan wang ringgit ku padanya.Sia-sia aku menjadikan dia sebagai nyawaku selama ini.
Jadi bila aku balik dari satu program dan mendapati dia sekali lagi keluar dari rumah tanpa memberitahu aku terlebih dahulu,aku langsung tak berfikir apa-apa melainkan ahhh...!!! biarkan
aje dia yang pilih demikian.dia dah besar dan berhak untuk memilih apa yang atau buruk dalam hidupnya.Langsung aku tak fikirkan untuk coba menelefon atau bertanyakan halnya dari kawan kawannya.ku kemas pakaian-pakaian lamanya,ku delete no telefon, ku simpan foto,ku remove profilenya dari fb ku.....
Pic:Anak Saudara ku dari suku kaum Bajau
Suku Kaum Bajau adalah salah satu etnik yang majoritinya beragama islam di negeri Sabah.Popu lasi mereka paling banyak di temui di daerah Kota Belud Sabah.Mereka ini lebih dikenali sebagai "orang Koboi" Sabah.Ini sebabkan oleh kemahiran mereka menunggang kuda.
Kuda adalah antara binatang peliharaan yang ke banyakkan di bela oleeh suku kaum ini selain dari lembu,kerbau dan kambing.....
Antara ciri-ciri keunikan sukum kaum Bajau ialah berkenaan dengan pakain tradisi yang masih di guna pakai dalam majlis-majlis khas.Kebiasaanya anak-anak gadis dari suku kaum baju akan menge kan pakain yang bersulamkan manik,tenunan renda,perhiasan kepala dan aksesori2 lain.
salam......
14/07/2010
Masuk hari ke 2 aku berada di wad 5A Hospital Sg.Buloh..keadaannya tidak banyak yang berubah dari yang semalam.Suasana hambar dan lesu tetap menghiasi dan mewarnai wad 5A ini.Aku dan 3 lagi pesakit semakin mesra antara satu dengan lain.Mereka masih budak remaja lagi bahkan pesakit yang menghuni katil no.1 baru saje berumur 13 tahun.
Petang tadi dalam jam 2.30 petang pesakit di katil no.1 telah di usung ke dewan pembedahan untuk proses pembedahan.Tinggal lagi aku yang masih di hantui pertanyaan bila lagi aku memasuki dewan bedah yang telah pun kerap aku kunjungi sebelum ini.Ianya bagaikan satu penantian yang tak berkesudahan bagi aku..ssebab terlantar di katil wad ini bukanlah sepertia suasana berlibur penuh dengangurau senda.Tetapi ianya seperti satu sesi terapi untuk merenung hari-hari yang lepas dan mengharapkan hari-hari yang bakal tiba.
Tadi akak nurse tukarkan jarum kat tangan aku.uhh!! tak sakit yang seperti doktor pelatih buat kelmarin.Dia seakan mengaluh bila aku cakap kenapa nurse buat tak rasa sakit ? di jawab nya dengan nada seperti keluhan,"kami pangakat rendah,kalau doktor ada kami tak buat,bila doktor tak ade atau sibuk ahh!! baru kami di perlukan..

Tuesday, July 13, 2010

Masuk Wad Hospital Lagi..

Salam untuk semua yang suka mengikuti blogg aku nie...
Akri nie aku nk cite pasal pengalaman aku duk Wad Hospital.Pengalaman ini begitu berharga bg ku kerana bukan semua orang berpeluang untuk menikmati menu hospital yang sesedap rasa,nurse2 yang riuh dan garang,pelatih2 yang ntah2 aje cara meka..
Aku daftar di klinik pakar seawal jam 9.30pg tadi pukul 11:40 baru dpt jumpa doktor.bila jumpa doktor cakap ish2 dah teruk dah lutut awak nie..aku pun cerita dari A smpai Z hal bengkak dan sakit aku....pas tu doktor tu pun cakap masuk wad,,ermmm terkedu aku jadinya.
Aku masuk wad dalam jam 2.40 ptg.bila urusan semua dah siap.uhh!! masuk wad yang dulu aku masuk.
Dalam jam 4.00ptg sorang doktor pelatih datang untuk mengambil sample darah dan memasukkn
jarum.tapi alangkah sedihnya sebab doktor pelatih terpaksa membuat 8 kali suntikan baru dapat memasukkn jarum dan mengambil sampel darah ku...

Monday, July 12, 2010

bila aku msuk keja dgn govmen aku dpt rasakn betapa staff2nya keja relax dan sambil lewa..tp akhir aku fhm juga sbb dah sbb bnyk sgt protokol dan birokrasi maka itulah jdnya semua slow dan terenjut2.
baru-bzaru nie aku terlibat dgn xcdnt yg teruk..3 bulan d hsptl dan 8 bulan terlantar di rumash bukanlah sesuatu yg mudah untuk di hadapi.Bosan ,jemu dan bermacam2 perasaan dah aku alami.
Aku berulang alik ke hospital sg.Buloh 2 kali seminggu.,samaada untuk fisioterapy mahu pn tamu janaji dgn doktor pakar..
Baru2 nie iaitu 28/07 yang lepas aku dtg seperti biasa ke klinik pakar lalu ku tunjukkn kaki ku yg sakit dan mula membengkak.Aku bgi tau pada doktor itu kawasan itu sakit dan berdenyut2.Tp doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan antibiotik aje.bahkan surat cuti pun terpaksa aku minta balik.poada hal tadi aku minta surat pelepasan keja dia x bagi.
Selang 4 ari dari paha sampi ke betis kaki ku bengkak lg dan sakit nya sangat bisa.Lalu aku minta bantuan arafat driver opis untk hantar ke hsptl.Tg.Karang...lagi sekali aku cuma di bekalkan dgn ubat tahan sakit....4 hari selepas itu aku rasa macam dah nk meletup bengkak itu aku pergi pula ke bhg.kecemasan hsptl sg,buloh...smpi di sana dr,tu cuma ckp urat2 lembut yg bengkak,tak ada ape2 masalah tulang.
Aku ckp masalah aku bukannya tulang tp jangkitan kuman pd luka sbb tu dia bengkak dan kuar nanah.tapi doktor tu sentuh pun tidak kaki aku yang bengkak tu..2 ari lepas tu..bengkak tu dah pecah darah dan nanah macm paip bocor kuar..3 hand towel dan 1 towel mandi aku guna utk lap kaki aku..

Thursday, July 8, 2010

adik kesayangan ku

Namanya Mohammad Hayad bin Abbas Gahyono...mula aku bela dia pd umur 13 tahun lebih.......anak yg di kira dari fmly yang bermasalah.Tak ada pendidikan yang sempurna, tak mendapat kasih sayang dari kedua orang tuanya...umur baru 13 tahun dah keja untuk menyara hidup dan keluarga.Ibunya asyik dgn kawin dengan lelaki muda pas tu gaduh dan cerai.Tak lama pas tu khawin lagi.Ana-anak terabai dan terpaksa membuat kerja untuk meneruskan kesinambungan hidup..
Kerana pada waktu itu aku kerja di tempat budak nie buat keja part time make aku pun dapat mengenali dia dan kawan-kawannya.Keja dari pagio sampai ke petang hanya dengan gaji rm4 satu jam.Deangan sedikit rezki yang Allah swt bagi maka dgn gaji itu ku lengkapi rumah sewa ku dengan kelengkapan rumah yang seadanye supaya senang untuk aku bila tiba hari-hari cuti.Masak,mem basuh,menonton tv,dvd dan kadang-kadang berkleroke.
Rupanye sudah takdir Allah swt budak-budak ini menjadikan rumah sewa aku sebagai pot lepak mereka.Aku pun tak kisah sbb bila aku masak ada orang yang habiskan,bila aku nk berkeroke ada orang yang teman kan.bila aku nak menonton dvd ade aje yang bawa cd baru.
Tapi dengan hayad atau panggilan manjanye angah" hubungan kami agak rapat,dia panggil aku abang,minta pendapat dengan aku jika dia ada masalah,minta nasihat jika nak buat sesuatu,jika dia nak membuat atau ambil barang samaada nk makan atau alihkn barang-barang di rumah aku dia akan minta izin dulu.maka kami pun semakin rapat dan mula lah ku anggap dia sebagai adik dan rasa sayang ku padanya adalah sayang seorang abang pada adiknya.
Dia bebas kuar masuk di rumah aku bahkan aku izinkan dia tidur dalam bilik aku yang ku rasa sangat privicy ,tetapi dengan angah aku rasa selamat.Bila aku di naikkan pangkat aku terpaksa berpindah ke rumah executif,tetapi aku teruskn juga hubungan mesra dan baik ku dengan angah.Walaupun angah jarang dah lepak kat umah baru aku sebab aku tahu dia tak sekesa berkawan dengan boss hotel.Tapi di luar waktu pejabat aku tetap meluangkan waktu ku dengan angah.Sehinggalah angah keja di kawasan Port pasir gudang dan akhirnya dapat pula kontrak keja di lumut, disitu lah kami mula terpisah.Aku pun mendapat pula tawaran keja di Kuala lumpur.
Tapi jodoh ku keja dengan Hotel tak lama sebab aku bosan dan jemu berurusan dengan dosa dan susah untuk melakukan solat tepat pada waktunye.Maka aku berhenti keja dan berniat untuk sambung pengajian dalam bidang agama.Tapi entah dimana silapnya tiba-tiba pula aku jumpa kawan lama dan tawarkan pula kerja di dalam agama.walaupun aku berbelah bagi untuk menerima pada awalnya. tapi qada dan Qadar tuhan lebih hebat dari apa yang kita rancang.

adi kesayangan ku..